Saturday, March 26, 2016

AYAT 'NO SWIMMING POOL, NO HIGH PRICES' DAN 'BELOW MARKET PRICES' SUDAH CUKUP BUATKAN LIM GUAN ENG KENCING TAK LAWAS!!!



Anda ingat lagi bagaimana Najib Abdul Razak diperolok-olokkan dengan 'KANGKUNG'?

Ingat lagi bagaimana Hishamuddin Hussein Onn diperolok-olokkan dengan 'KERIS'?

Malah ingat lagi bagaimana Tun Mahathir yang dipuja DAP sekarang, suatu masa dahulu hebat digelar MAHAFIRAUN dan sebagainya? Begitu juga dengan Muhyiddin yang digelar si lembam. Shafie Apdal yang digelar Raja Lanun Suluk.

Ingat lagi tentang DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu diperolok-olokkan bahkan digelar oleh BERHALA oleh Melayu-Melayu Sosialis penyokong DAP?

Tidak sahaja para pemimpin UMNO, bahkan pemimpin kerajaan Bumiputera di Sarawak juga, termasuklah Taib Mahmud, Adenan Satem, Musa Aman, Pairin Kitingan dan yang lain-lain diperolok-olokkan serta dilabelkan dengan pelbagai gelaran oleh DAP.

Rupa-rupanya bila kena kat batang hidung sendiri, menggelupur DAP macam cacing gila. Tak perlu sebut nama, tak perlu bubuh gambar, cukup dengan slogan pendek yang mempunyai kaitan dengan Lim Guan Eng, membuatkan Ibu Pejabat DAP Pusat bergegar dan terpaksa berlagak seperti mempunyai mandat kuasa di negara ini.

Itulah yang berlaku semalam apabila DAP menghantar mesej kepada seorang pemilik restoran untuk membuang poster iklan di Facebook.

Pemilik Skohns Canteen, Iskandar Azman telah menyiarkan satu teks mesej daripada Ibu Pejabat Kebangsaan DAP memintanya agar membuang iklan tersebut kerana 'IANYA MENYUMBANG KEPADA PUBLISITI NEGATIF' kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Iskandar kemudiannya, menggantikan poster asal yang tertera gambar Lim Guan Eng sedang tersenyum di hadapan mikrofon. Versi terbaru memaparkan imej Jiang Xemin, bekas Presiden China dengan kapsyen, 'Disclaimer: Random not Malaysian Chinese Politician'"

Poster terbaharu itu dimuatnaikkan selepas Pengurus Komunikasi dan Media DAP, Medaline Chang menyiarkan mesej yang antara lain bermaksud:


"Bagaimanapun, saya telah diarahkan untuk memaklumkan kepada anda bahawa tuduhan yang dibuat oleh BN adalah tidak berasas dan kerana ia telah digunakan sebagai mengalih semua skandal yang membelenggu kerajaan yang memerintah, kami rasa iklan anda menyumbang publisiti negatif kepada Ketua Menteri.

"Kami amat menghargainya jikalau anda dapat membuang iklan tersebut" kata Medaline di dalam teks.

Iskandar kemudiannya berkata, dia cuba mengelak daripada disaman walaupun dia sepatutnya membuat video parodi.

Kenyataan Iskandar tentang video parodi itu merupakan satu sindiran kepada DAP yang cukup terkenal dengan video-video parodi mereka ke atas Barisan Nasional dan kerajaan.


Iskandar kemudiannya memuatnaikkan poster kedua dengan kapsyen, "No Swimming Pool. No High Prices".

Menggelupur nampaknya Lim Guan Eng dan DAP walaupun sekadar ayat yang digunakan adalah ayat-ayat biasa seperti yang terdapat dalam poster-poster pemilik Skohn's Canteen itu.

Semuanya kerana skandal hartanah dan banglo berharga RM2.8 juta di Jalan Pinhorn, yang dibeli oleh Lim Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP daripada seorang wanita, Phang Li Koon di bawah harga pasaran.

Lim Guan Eng seperti biasa, menafikan semua tuduhan dan mendakwa semuanya adalah fitnah UMNO-BN untuk menjatuhkannya dan mengalihkan isu. Untuk membuktikan yang dia tidak bersalah, dia telah membawa sekumpulan wartawan melawat rumahnya namun langsung tidak menjawab tentang skandal penjualan tanah PPR Taman Manggis kepada KLIDC yang mempunyai kaitan dengan harga murah hartanah yang sedang diperkatakan.

Dalam bahasa yang lebih mudah, DAP boleh memparodikan orang lain dengan sebebas-bebasnya kerana ia adalah KEBEBASAN BERSUARA, tetapi apabila kena kat Setiausaha Agung DAP, terus jadi TAK BOLEH!!!




1 comment:

Anonymous said...

Ibupejabat winbond di jln yap kwan seng KL.. berhadapan pandan rest ada spa haram beroperasi..

top