Saturday, March 19, 2016

BESAR PUNYA TURRR!!! RUPA-RUPANYA TIDAK DIPECAT, LEBIH MERIMASKAN DAN LEBIH MENYIKSAKAN MUKHRIZ MAHATHIR!!!



Gelagat Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah sekarang, benar-benar berbeza berbanding semasa dia menjawat jawatan itu sebelum ini. Sekarang, Mukhriz sudah rajin benar turun ke kawasan-kawasan yang kurang dijelajahinya, tanpa protokol dan tanpa lalat-lalat dan langau-langau yang menjadi pengekornya.

Alangkah baiknya, kalau semasa menjadi Menteri Besar dahulu, luangan masa yang besar diberikan kepada Kedah seperti sekarang, dilakukannya.

Malangnya, Mukhriz hanya melakukannya selepas dia kehilangan segala-galanya kerana terburu-buru atau sesetengah orang berkata, serba-salah untuk memilih antara Ketua dengan bapa.

Kesilapan besar Mukhriz membuat andaian bahawa pengaruh bapanya terlalu besar dan penghormatan sebahagian besar orang UMNO kepada bapanya, akan memudahkan rancangan bapanya menggulingkan Najib Abdul Razak, ternyata memakan diri sendiri.

Tun Dr. Mahathir memang nama besar, bahkan dunia mengenalinya selepas 22 tahun mengendalikan Malaysia dan mengubah Malaysia daripada sebuah negara pertanian kelas ketiga menjadi negara membangun kelas pertama, walaupun akhirnya yang menanggung segala beban adalah rakyat Malaysia sendiri untuk tempoh yang sangat lama menerusi peningkatan kos akibat pembayaran dan pengekalan untung berlebihan kepada taukeh-taukeh konglomerat yang bersekutu dengan Mahathir.

Perubahan masa, kebanjiran maklumat, kemudahan mendapat maklumat bahkan kepekaan penyaluran maklumat, telah mendedahkan bahawa Mahathir sendiri dalam usahanya mengubah negara ini, telah melakukan kesilapan besar yang perlu ditanggung oleh rakyat Malaysia dan kesilapan tersebut memerlukan dasar serta polisi baru kerajaan yang tidak lagi bergantung kepada taukeh-taukeh konglomerat seperti yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak sekarang.


Malangnya Mukhriz tidak mampu mengikut arus semasa sebaliknya lebih memilih legasi walaupun Mukhriz mempunyai masa hadapan kerjaya yang lebih baik seandainya dia bijak mencatur perjalanannya. Legasi dan nostalgia 22 tahun bapanya tidak membantu langsung kecemerlangannya dalam politik. Seharusnya dia berdiri di atas kakinya sendiri.

Tindakannya menjelajah ke serata Kedah, berceramah untuk membenarkan Deklarasi Mahathir-Kit Siang dan memperteguhkan doktrin kononnya, deklarasi tersebut sekadar mahu menolak Najib, bukannya kerajaan UMNO-BN adalah sesuatu yang membodohkan dan mengelirukan.

Mukhriz sendiri sedar bahawa parti-parti pembangkang terutama sekali tidak akan sama sekali membantu UMNO-BN untuk bertahan sebagai Kerajaan Malaysia, bahkan dari semasa ke semasa akan mempergunakan apa-apa sahaja untuk menjatuhkan UMNO-BN daripada menjadi Kerajaan. Apabila dia mengeluarkan kenyataan bahawa deklarasi sekadar menjatuhkan Najib, bukannya kerajaan, seharusnya dia juga sedar, dia diundurkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah hanyalah untuk memperkukuhkan dan menyusun semula UMNO Kedah, bukannya untuk melemahkan UMNO Kedah. Apatah lagi sewaktu kemenangan UMNO-BN Kedah pada PRU lalu, tidak melibatkan Mukhriz secara langsung, sebaliknya Mukhriz hanya dihidangkan dengan kemenangan dan ditatang sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.

Meskipun terdapat desakan agar Mukhriz dipecat dari UMNO, seelok-eloknya biarlah Mukhriz sendiri yang memecat dirinya. Mungkin gelagatnya sekarang, bagaikan telunjuk menjolok mata, tetapi semakin ramai yang sedar dan dapat melihat sendiri bagaimana Mukhriz sedang membodoh-bodohkan dirinya sekaligus menjadi penangkis kepada cubaannya untuk menjahanamkan UMNO dari dalam.

Biarkan dia terus tersiksa dengan terus berada di dalam UMNO!!!

Sesuatu yang pasti, POLITIK BUKANNYA AGAMA yang tidak boleh diubah dan berubah!!!




5 comments:

azwan aziz said...

Mcm pundek je cite kau ni puihhh ko ingat rakyat bangang mcm kau ke macai dedak

Anonymous said...

he is telling the truth that others are liars (geng dedak)

Anonymous said...

Bior kn dia dlm umno.. Dan jadi berok sumbang.. Tun ibarat sampah, dh x do kuasa. Makin dia buat onar, makin org meluat kt tun.. Dah buang tebiat nk mam...

Anonymous said...


Err..mmg cerita dia ni mcm tu lah..like pundek..
Kalau mukhriz mb kedahblagi dan turun padang buat roadshow mcm ni..kan itu namanya politik..

Kalau dia mb dan turun padang bantah najib pada aku tak approporiate..dia kena tanpa jawatan baru boleh berpolitik..

Pada aku..blogger ni pun cuak..mcm najib kena serang hendap dgn reporter aussie hari tu..hahaha..

KALAM said...

relax ler...

top