Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 31, 2016

BETTY CHEW AKAN DISOALSIASAT OLEH SPRM BERHUBUNG PEMILIKAN BANGLO DAN HARTANAH DI JALAN PINHORN!!!



SPRM dikatakan akan memulakan soal siasat ke atas Betty Chew, isteri Lim Guan Eng berhubung pembelian banglo yang mendapat perhatian sekarang ini. Banglo itu dibeli pada tahun lepas dengan harga di bawah harga pasaran.

Difahamkan, beberapa orang pegawai dan anggota daripada SKMM akan bertemu Betty Chew hari ini. 

Betty Chew akan disoal tentang kaitannya dengan bekas pemilik banglo, Phang Li Koon. 

Dalam SD yang dibuat oleh Phang Li Koon, wanita tersebut berkata, dia dan Betty Chew adalah kawan baik. Penjualan banglo tersebut telah dipersetujui antara Betty Chew dan Phang Li Koon pada tahun 2012 tetapi hanya tahun 2015 barulah hak milik hartanah tersebut dibeli oleh Lim Guan Eng. 

Phang Li Koon dan Betty Chew juga kedudukan dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang di mana Betty Chew telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Hartanah yang kemudian, setelah keadaan kecoh, dia meletak jawatan.

Di dalam Akuan Bersumpahnya, Phang berkata, dia tidak mempunyai sebarang pertalian atau kaitan dengan Lim Guan Eng mahupun Kerajaan Negeri. Dia juga mengaku tidak mendapat sebarang faedah daripada pentadbiran negeri selain berkata, "Ini adalah keputusan saya apa harga yang saya mahu untuk dijual kepada Ketua Menteri."

Bagaimanapun, bukti-bukti yang didedahkan pula, bertentangan daripada apa yang didakwa oleh Phang Li Koon apabilba sekurang-kurangnya di dalam tiga buah syarikat, Phang Li Koon merupakan rakan kongsi kepada Tang Yong Chew.

Tang Yong Chew merupakan pemegang kepentingan 70% di dalam syarikat KLIDC yang telah membeli tanah PPRT Fasa II Taman Manggis. Walaupun Phang Li Koon tidak mempunyai kedudukan atau kepentingan dalam KLIDC, tetapi dalam beberapa syarikat melibatkan Phang Li Koon, Tang Yong Chew dan isteri Tang, Sally Chew, asas perniagaan mereka banyak terlibat dan berkaitan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


2 comments:

Anonymous said...

siasat betul2

Anonymous said...

Mana mau lari haiyaaa

 
Blogger Templates