Tuesday, March 22, 2016

CELAKA BETUL! MENTANG-MENTANGLAH PARTI AMANAH NEGARA, DEMO TERBESAR DALAM SEJARAH PAN PUN TAK ADA SIAPA PEDULI!!!



"TIADA dalam media: Demo terbesar dalam sejarah PAN. Semalam, PAN mengerah seluruh kepimpinan pusat untuk demo depan Istana Negara. Ahli-ahli juga dikerah hadir, kerana hampir semua pimpinan tertinggi turun.

“Hasilnya 300 RIBU ahli PAN berjaya dikumpulkan,” sindir Syed Hadi Syed Muhammad dalam postingnya di laman Facebook.

“Dia ada 4 penjuru ahli PAN berkumpul. Kalau gabungkan campur rumput, campur semut. Hampir sejuta berkumpul,” kata Mohd Noor BJ pula.

Tidak kurang juga ada yang mengaitkan kehadiran ahli PAN pada demo tersebut dengan isu Mat Sabu membaling mikrofon ketika berucap di Himpunan Bebaskan Anwar bulan lalu.

“Sebenarnya ramai lagi. Cuma tak nampak je. Sebab ramai yang berada jauh hampir 300-400 meter dari Mat Sabu. Faham-faham la sebab apa. Yang keliling Mat Sabu tu ciPAN panggil sebagai ahli berani mati, tempurung kepala keras,” kata Muhammad Umar.

Hanisya Abdul Hamid pula menyindir dengan berkata:, “Parti yang dihebohkan seantero dunia oleh presidennya. Parti yang paling pesat berkembang dalam negara.

“Dipimpin oleh beberapa ulama luar biasa dan para profesional yang bergeliga dalam negara. Rahmatan Lil ‘Alamin.

“Kehadiran para penyokong kepada program yang dihadiri Presiden dan Timbalan Presiden serta hampir kesemua pimpinan utama PAN sempena menyerah memo kepada Istana Negera membuktikan betapa benar kata-kata Mat Sabu itu.

“Punah jahanam dan lumpuh terus PAS sekarang sebab yang menyokong PAN kini sudah termasuk makhluk-makluk halus yang lebih halus dari bunian dan jin. Terima kasih,” katanya.



2 comments:

Anonymous said...

terdesak sgt pan ni. sampai ke istan. .. pemimpin melayu jenis apa diaorg ni... lawan sendiri la.. nk tagih campurtangan istana buat apa..
dah tadak modal nk lawan on real paper world ke

Anonymous said...

pan cakap je berdegar degar tpi pnyokongnya tak seberapa...org tak percaya kat depa tu..

top