Thursday, March 10, 2016

CHONG CHIEN JEN (DAP) DAN DARELL LEIKING (PKR) PERTIKAIKAN KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA!!!




Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

BANGI, Rabu – Kedaulatan Islam di Malaysia terus menjadi bahan pertikaian oleh pemimpin rasis dan cauvinis DAP dan PKR.

“Semalam, Ahli Parlimen DAP, Chong Chieng Jen mempersoalkan agenda Islamisasi yang dilaksanakan kerajaan sejak merdeka hingga kini.

“Hari ini seorang lagi Ahli Parlimen PKR, Ignatius Dorell Leiking bangun seolah-olah mempertikaikan kedudukan Islam dan mendakwa kononnya semua pihak perlu hormat hak agama-agama lain,” tulis Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebooknya hari ini.

Asyraf kemudian mempersoalkan bila masa di Malaysia hak agama-agama lain tidak dihormati tatkala agenda mendaulatkan Islam terus diperkasa sebagaimana asas yang terbina dalam Perlembagaan.

“Malah, Malaysialah yang paling menghormati agama-agama lain seperti perayaan agama-agama lain yang menjadi hari cuti kebangsaan di kala negara lain hanya iktiraf cuti satu-satu agama sahaja.

“Bahkan di Malaysia kita memiliki pusat-pusat ibadah agama-agama lain yang tersergam besar seperti Patung Hindu terbesar Asia di Batu Caves, patung-patung Budha terbesar Asia bahkan dunia di Kelantan dan gereja terbesar di Asia Tenggara di Bukit Jalil,” tulisnya lagi.

Terdahulu beliau menyatakan sedang mengikuti perbahasan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang merangkap Presiden PAS di Dewan Rakyat.

“Beliau (Abdul Hadi) bangun menegaskan kepentingan untuk semua kembali kepada Perlembagaan negara yang meletakkan asas yang penting sejak merdeka iaitu Perkara 3 Islam sebagai agama Persekutuan namun agama-agama lain boleh diamalkan secara bebas.

“Apa yang penting kata beliau usaha untuk mendaulatkan Islam sebagaimana Titah Tuanku Agong mesti terus diperkukuhkan,” kata beliau.


1 comment:

Anonymous said...

macam mana cina nak hormat melayu dan islam? sedang kan depa tau bangsa cina terkuat di malaysia.

Kalau di campur dengan cina di singapura, bangsa cina adalah yang terkuat di asia tenggara.

Pemberian percuma pulau singapura kepada kuasa cina amat memalukan kaum melayu islam. Kenapa diberi percuma? Tak ada negaradalam dunia bagi percuma wilayah mereka kecuali pemimpin melayu dari malaysia. Hatta Palestin pun terkapai-kapai tuntut wilayah yg di rampas oleh kuasa yahudi.

Tak semua orang cina dari malaya lari masuk ke singapura bila diberi free free kpd LKY. Malah malaysia memberi kerakyatan penuh kepada berjuta-juta orang cina di malaysia. Malang lagi orang melayu, LKY lebih bijak dengan menambah bilangan orang cina dgn mengumpul dan memberi kerakyatan singapura kepada bangsa cina dari seluruh dunia. Menjadikan populasi cina yang teramat ramai di selatan asia tenggara mengatasi bilangan org melayu islam sendiri. Sekiranya singapura masih dlm malaysia, perkara ini sudah tentu tak berleluasa.

Di campur bangsa cina dari singapura dan malaysia sahaja dapat memberi tamparan kepada org melayu islam di malaysia. Sedar tak sedar ini menjadi kan cina adalah bangsa terkuat di tengah tengah kepulauan melayu asia tenggara.

Begitulah bijak nya pemimpin melayu dulu dan sekarang.

top