Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 3, 2016

DAP PULAU PINANG SEDANG HIDUPKAN PASUKAN SAMSENG PPS MENERUSI TINDAKAN MAHKAMAH TANPA DIPEDULIKAN SESIAPA PUN!!



Pada ketika semua tumpuan diberikan kepada UMNO, Najib Abdul Razak, Dr. Mahathir dan para penentangnya, DAP terus menjalankan kerja mereka secara senyap-senyap. DAP yang mencipta kekacauan dan huru-hara dengan menimbulkan pelbagai isu yang akhirnya termakan dek orang UMNO untuk bergasak sesama sendiri, tetapi pada masa yang sama, mengatur segala gerak dan rancangan licik untuk menyelamatkan diri mereka... bahkan memperkukuhkan kedudukan mereka, termasuklah penciptaan entiti atau kumpulan subversif yang halal di mata undang-undang!

PASUKAN PERONDA SUKARELA, sebuah pasukan samseng tempatan Pulau Pinang yang ditubuhkan oleh DAP unutk mengukuhkan kuasa Lim Guan Eng dan kerajaannya, telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. 

Mahkamah Rayuan semalam memberikan jaminan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memulakan prosiding mencabar arahan Kementerian Dalam Negeri yang telah mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sebagai sebuah pertubuhan haram. 

Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh HAKIM LIM YEE LAN membenarkan rayuan Kerajaan Negeri untuk mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk menolak permohonan kebenaran itu.


Hakim juga mengarahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk pengurusan kes. Hakim juga mendengar permohonan peguam Tommy Thomas, yang memberitahu mahkamah, Kerajaan Negeri tidak menuntut kos undang-undang, supaya kes itu didengar di hadapan hakim yang lain.

Selain HAKIM LIM YEE LAN, hakim-hakim lain dalam panel tersebut adalah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr. Badariah Sahamid dan Hakim Mahkamah TInggi Harminder Singh Dhaliwal. 

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden dalam permohonan semakan kehakiman.

Ia memohon, antara lain, satu deklarasi bahawa PPS secara sah dan betul yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Pada 8 Oktober tahun lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan kerajaan negeri bagi kebenaran untuk semakan kehakiman.— Bernama

4 comments:

Anonymous said...

Masing2 sibuk mencari alasan menghalalkan duit 2.6b...mana ada nak ambil kisah pasal yg lain2

juragan 69 said...

Apa nk heran bhai..kn ke najib kuat dn 'jujur lg amanah'apalh sngt dgn isu pps dan isu tun m.. yg pnting ketua kita..presiden kita..khalifah kita akan pastikn umno terus dipersada kuasa..hal kecik bhai sama sprti hal derma 2.6b tu...hidup najib hidup umno..kah kah kah..hmmm

Anonymous said...

Hakim hakim kat malaysia ni..normal ke tak normal eh..

Anonymous said...

yang tak normal rakyat malaysia sendiri yang menghikum orang lain tanpa bukti dan fakta

 
Blogger Templates