Tuesday, March 15, 2016

DAP TAKUT APA SAMPAI TERPAKSA CARI JALAN SABOTAJ PAC YANG AKAN BENTANGKAN KERTAS SIASATAN 1MDB DI PARLIMEN?



Apa sebenarnya yang ditakuti oleh DAP sekiranya PAC membentangkan laporan mereka di Parlimen? Mengapa para pemimpin DAP terutama sekali Tony Pua, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang terlalu gementar sehingga mereka mengeluarkan pelbagai usul yang jelas memperlihatkan cubaan mereka untuk melindungi sesuatu?

Difahamkan, PAC akan membentangkan laporan mereka tentang 1MDB di Parlimen dalam tempoh terdekat. Ada cubaan sabotaj yang cuba dilakukan oleh DAP terutama apabila Tony Pua kelihatan bersungguh-sungguh mahu ‘membelah’ dan ‘membedah’ laporan tersebut, biarpun ia masih tidak dibentangkan di Parlimen dan masih lagi diletakkan di bawah OSA.

Sebelum ini, dilaporkan Tony Pua berpuas hati dengan laporan PAC. Tony Pua sendiri merupakan salah seorang anggota PAC dan seringkali membocorkan pebagai perkara tentang laporan tersebut, di samping memutarbelitkan dan membohongi fakta-fakta tertentu bagi tujuan politiknya. Tony Pua bukan sahaja dikecam oleh orang ramai, malah Tan Seng Giaw yang merupakan Ahli Parlimen DAP Kepong, yang merupakan Timbalan Pengerusi PAC, turut mengecam Tony Pua yang cuba mempolitikkan dan memanjangkan isu berkenaan mengikut kehendaknya.

Lim Kit Siang pula mencadangkan satu RCI diadakan untuk menyiasat sekaligus Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Gelang Patah yang digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Parlimen, dilihat cuba mempertikaikan integriti PAC sendiri. Sedangkan PAC terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen pelbagai parti termasuklah daripada DAP sendiri yang berkelayakan.

Adakah Lim Kit Siang mempertikaikan kewibawaan dan integriti Ahli-Ahli Parlimen DAP yang berada dalam PAC termasuklah Tony Pua dan Tan Seng Giaw?

Semalam pula, Lim Guan Eng tidak berpuas hati apabila soalannya telah ditolak oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat kerana hanya berdasarkan andaian. Lim Guan Eng mengaitkan dakwaan oleh Peguam Negara Switzerland berhubung wang berjumlah USD4 membabitkan 1MDB dalam soalannya.

Menjelang pendedahan dan pembentangan laporan siasatan 1MDB oleh PAC, nampaknya DAP cuba mendahului permainan persepsi yang amat mengejikan. Mengapa tiba-tiba mereka jadi tidak sabar? Mengapa Ahli-Ahli Parlimen DAP dilihat amat gugup dan cuba mewujudkan persepsi bahawa pembentangan secara terbuka nanti, sebenarnya merupakan cubaan untuk melindungi 1MDB dan Najib Abdul Razak, sedangkan yang menyiasat, membuat laporan dan membentangkan adalah Pengerusi PAC sendiri setelah mendapat mandat daripada Ahli-Ahli PAC yang lain?

Apa sebenarnya yang ditakuti oleh DAP sehingga mereka melihat perlu mensabotaj pembentangan laporan siasatan PAC sebelum ianya benar-benar dibentangkan?... teruskan bacaan di OHOHYEKER.COM


No comments:

top