Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, March 27, 2016

DARI SKANDAL BANGLO JALAN PINHORN, GUAN ENG SEMAKIN PENING APABILA BOCOR PULA RAHSIA HUBUNGAN NIAGA PHANG LI KOON DENGAN KERAJAAN NEGERI!!!



Skandal tanah di Pulau Pinang membabitkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang semakin melebar. Semuanya bermula daripada pendedahan tentang banglo dan hartanah di Jalan Pinhorn yang dibeli oleh Lim Guan Eng dengan harga yang sangat murah berbanding harga pasaran serta kaitan dengan tanah PPR di Taman Manggis yang telah 'dirampas' oleh Kerajaan Negeri untuk dijual kepada sebuah syarikat, di mana pemilik 70% kepentingan syarikat tersebut merupakan rakan kongsi wanita bekas pemilik hartanah Guan Eng.

Berikut pula adalah permohonan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk kelulusan pelan bagi projek perumahan pada Jum 2015. 

Syarikat yang membuat permohonan tersebut adalah Magnificent Emblem Sdn. Bhd. 

Salah seorang daripada dua pemegang saham dalam syarikat tersebut merupakan wanita yang paling popular dan telah menandatangani Akuan Bersumpah yang mengatakan dia tidak mempunyai sebarang hubungan perniagaan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

Namanya adalah Phang Li Koon. 

Seorang lagi pemegang saham merupakan Pengerusi syarikat dan pemegang saham terbesar (70%) iaitu Datuk Tang Yong Chew, yang turut memegang kepentingan sebanyak 70% dalam KLIDC Sdn. Bhd, syarikat yang dianugerahkan tanah PPR Taman Manggis untuk membina hospital dan hotel serta apartment mewah.

Permohonan serta bentuk perniagaan tersebut sendiri sudah pun menunjukkan wujudnya urusan perniagaan dengan Kerajaan Negeri. 



Bagaimanapun, kelulusan ini telah ditolak secara misteri pada Disember 2015. Namun berdasarkan kepada urusniaga tanah Taman Manggis dan hartanah di No.25, Jalan Pinhorn, tidak mustahilkah sekiranya terdapat sebarang bukti atau memo yang 'sedang tersembunyi' yang menunjukkan kelulusan-kelulusan untuk perniagaan-perniagaan lain atau transaksi atau hubungan perniagaan dengan Magnificent Emblem mahupun dengan Phang Li Koon?

Mudah sahaja untuk mengetahui jawapannya... kita tunggu apa yang akan dikatakan oleh Lim Guan Eng dan DAP. Namun perlu juga berwaspada kerana bukti lain dan pembocor rahsia dalaman mungkin tidak lagi menyalurkan maklumat tentang hal itu.

Sementara itu, Lim Guan Eng, Tony Pua dan beberapa orang pemimpin DAP yang lain sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan cerita kononnya mereka tidak tahu, tanah Taman Manggis adalah untuk perumahan kos rendah dan saiz tanah tersebut terlalu kecil.


Namun ucapan Lim Guan Eng sendiri menunjukkan alasan yang diberikan itu hanyalah sampah semata-mata.

Fasa 2 Taman Manggis seperti yang dapat dilihat merupakan pelebaran Fasa 1, malahan pelan bangunan pun sudah cukup sebagai bukti. Projek tersebut bukanlah projek PPRT yang baru, sekaligus menolak dakwaan bahawa tanah itu bersaiz terlalu kecil sebagai mengarut!

Barangkali DAP dapat menjelaskan kepada kita bagaimana Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkata, saiz 1.1 ekar adalah terlalu kecil untuk rumah pangsa PPRT 18 tingkat tetapi sesuai pula untuk hospital bercampur hotel dan servis apartment 30 tingkat?


No comments:

 
Blogger Templates