Saturday, March 5, 2016

DEKLARASI RAKYAT ANTI-NAJIB ATAU PENCABULAN DEMOKRASI OLEH KENYANYUKAN MAHATHIR?



Apabila nama Dr. Mahathir disebut, maka ramai yang beranggapan ia adalah sebuah nama yang sangat teguh, nama yang sangat kuat dan nama yang tidak boleh dikalahkan. Lebih tepat lagi, nama yang akan menakluk serta menjajah segala-galanya di negara ini.

Pentadbiran selama 22 tahun telah menjadikan nama Mahathir sebagai satu jenama yang perlu dikaitkan dalam apa-apa sahaja yang berlaku di Malaysia terutama sekali yang membabitkan politik dan perniagaan politik.

Jadi, setiap pergerakan Mahathir dilihat sebagai satu denyut yang perlu diambil kira kerana ia akan mempengaruhi setiap pergerakan di negara ini.

Itu yang seringkali ditanggapi oleh golongan yang sudah terlalu lama ditanam dengan nama dan kehebatan Dr. Mahathir. Dr. Mahathir dianggap sebagai manusia paling hebat dan paling genius di Malaysia walaupun di kalangan mereka yang paling kuat menentangnya.

Justeru apabila Mahathir mengetuai angkatan pembangkang menentang Najib dan UMNO, ramai penganalisa yang memberi amaran kepada Najib bahawa deklarasi yang diisytiharkan oleh Mahathir itu perlu dipandang berat. Deklarasi tersebut dianggap oleh para penganalisa akan menjadi pemangkin kepada perubahan yang lebih besar, malah jauh lebih besar berbanding REFORMASI yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim pada tahun 1998 untuk menggulingkan Mahathir selepas dia dituduh melakukan jenayah liwat dan salahguna kuasa.

Kekaguman cuba ditanamkan seolah-olah kejayaan Mahathir ‘menyatukan’ pembangkang untuk menentang Najib merupakan satu kejayaan besar buat kali pertama dalam sejarah Malaysia. Para penganalisa itu berpendapat bahawa usaha Mahathir bersama barisan pembangkang merupakan satu amaran keras kepada Najib dan barisan kepimpinannya.

Hakikatnya, Mahathir hanyalah salah satu daripada medium yang digunakan menerusi kesempatan bagi merampas peluang serta merebut kuasa.

Persoalannya kini ialah, adakah deklarasi anti Najib yang diisytiharkan oleh Mahathir itu akan memberi kesan yang besar kepada politik negara sebagaimana yang diharapkan oleh para penentang Najib?

Berdasarkan kepada perkembangan yang ditunjukkan, terutama sekali menerusi media sosial, ia adalah berbeza sama sekali berbanding apa yang diharapkan oleh kebanyakan para penganalisa yang cuba memberi amaran tentang deklarasi dan pembabitan Mahathir.

Walaupun para penyokong Mahathir ‘cuba membetulkan’ keadaan dengan menyatakan Mahathir sedang bermain politik tahap tinggi apabila dia bersama-sama Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim, hakikatnya, Mahathir telah menimbulkan satu kemarahan luar biasa, yang barangkali tidak dijangkakan oleh mana-mana kumpulan, termasuklah dari kalangan pro-Najib sendiri.

Selama berdekad-dekad, para pemimpin UMNO seperti Mahathir menerapkan kepercayaan bahawa DAP, PKR, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan sesiapa sahaja yang menjadi pembangkang sebagai elemen-elemen tidak baik yang harus dihindari, malah langsung tidak boleh dipercayai. Namun semalam, dalam satu usaha untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak, orang yang begitu dipercayai kata-katanya menunjukkan satu sikap yang tidak boleh diteladani sama sekali.

Setelah berdekad-dekad dengan pelbagai dogma dan doktrin diterapkan, kini segala-galanya dibolehkan semata-mata kerana mahu menggulingkan Najib Abdul Razak dan menaikkan seseorang yang lain, yang kemudian akan dijatuhkan pula sekiranya tidak mengikut kehendak Mahathir atau mana-mana kuasa politik dalam negara ini?

Para penganalisa politik juga nampaknya terlupa tentang PENCABULAN DEMOKRASI yang dilakukan oleh Mahathir termasuklah yang terbaharu ini apabila mereka membuat kesimpulan bahawa Najib dan pentadbirannya perlu terlalu mengambil berat dengan deklarasi tersebut.

Tidak dapat dinafikan, sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional menurun kerana beberapa faktor. Antara lain termasuklah yang melibatkan gelagat para pemimpin UMNO seperti Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Shafie Apdal serta konco-konco mereka yang berkepentingan yang selama ini memperolehi kekayaan dan kemewahan daripada UMNO.

Pencabulan Demokrasi yang dilakukan oleh Mahathir sebenarnya tidak sukar bagi Najib dan kepimpinan utama UMNO untuk atasinya. Gambar mereka yang berada bersama barisan pembangkang dalam Deklarasi Anti Najib semalam sudah cukup untuk dijadikan bukti dan sandaran bahawa Mahathir menggunakan pihak dalaman untuk memusnahkan UMNO dan pentadbiran masakini bagi membolehkan satu rampasan kuasa dan pengembalian wang rakyat Malaysia kepada taukeh-taukeh kroni konglomeratnya yang telah dibantunya sepanjang 22 tahun pentadbirannya.

Apa yang perlu dilakukan oleh Najib dan UMNO sekarang adalah satu tindakan tegas yang akan memotong terus pengkhianatan yang dilakukan dari dalam selama ini. Secara tidak langsung, untuk tempoh terdekat, UMNO akan kehilangan beberapa kerusi, tetapi pada masa yang sama, UMNO akan lebih diperkukuhkan kerana pengkhianat yang hanya menumpang nama UMNO, tetapi tidak pernah melakukan sebarang usaha pengukuhan sepertimana yang ditunjukkan oleh Mukhriz Mahathir di Kedah, akan dihapuskan.

Kemarahan dan kekecewaan yang ditunjukkan oleh Netizen barangkali sukar dijadikan petunjuk tetapi perubahan sikap yang ditunjukkan dengan peningkatan simpati kepada Najib Abdul Razak kerana perbuatan Mahathir dan konco-konconya bersekongkol dengan ‘musuh’, merupakan satu petanda yang sangat tidak bagus untuk golongan anti-Najib dan kerajaan.

Lim Kit Siang sangat sedar hal tersebut…



5 comments:

Anonymous said...

SIAPA PILIH NAJIB JADI PM........?????
Pilihanraya di Malaysia TIDAK PILIH PM.
Di Indonesia dan US ya, rakyat pilih PRESIDEN.
Di Malaysia, sistem pilihanraya kita pilih parti -
itu pun bukan berdasarkan popularity tapi, parti
mana yang menang banyak kerusi atau kawasan yang
dipertandingkan dalam pilihanraya.
Najib dipilih oleh pengundi PEKAN.
Sekarang pengundi-pengundi Malaysia mahu
Najib turun dan digantikan dengan orang lain
yang amanah dan jujur - tidak menyonglap duit
rakyat melalui sebuah syarikat bogus 1MDB.
Inipun kamu susah nak fikir, ke.
Kick your own bontotlah for being so stupid

Anonymous said...

pengundi2 malaysia kena pi mintak izin dgn pengundi pekan yg pilih najib utk jatuhkn pm tu ha...atau tun tanding lawan najib di pekan dlm pru14 nanti.

Anonymous said...

Tun m tgh dok berfikir sapa dia boleh recomen ganti najib. Limkomunis kot oooo atau pon anak dia sendiri si guan eng yg hati komunis sebesar hati bapak dia. Pandai org melayu kita kan kan kan. Pandang jauh...

Anonymous said...

Nasi dah jadi bubur. Sekarang negara lebih penting dri najib.

juragan 69 said...

Ala apa nk heran dgn org tua..dh tk lama dh...nyanyuk dh semakin teruk...nk tolong kroni je lebih...tun dh tk da apa2 kekuatan apatah lg pengaruh...umno tk heran pun dgn pngkhianat sprti tun...bla bla bla...gua setuju bhai dgn segala entry lu tfk(tk kira entry ori atau rembat..)tp knp yg setiap tun buat lu org kisah sngt...kah kah kah kata lu org tk gigil tk goyang pun dgn tun...hmmm fenin ini celita

top