Thursday, March 24, 2016

DOUBLE BLOW BUAT GUAN ENG... ABDUL RAHMAN DAHLAN DEDAHKAN KLIDC JUAL TANAH TAMAN MANGGIS KEPADA PIHAK LAIN DENGAN HARGA RM20 JUTA!!!



Lim Guan Eng barangkali tidak pernah menyangka dia akan berhadapan dengan situasi segetir sekarang. Sangkanya kepompong yang dibina mengelilingnya dan diperkukuhkan pula dengan pembohongan, penipuan dan menuding jari kepada orang lain apabila terkantoi, akan terus menyelamatkannya.

Siang semalam, sedar yang dia akan dipanggang dengan isu banglo dan hartanah yang dimilikinya dengan kadar harga diskaun 60% daripada harga pasaran, sekaligus menyalahi peraturan dan undang-undang kepada penjawat awam, tiada sebarang berita yang menunjukkan Lim Guan Eng menjawab, mencelah mahupu sebaliknya  dan melarikan diri sebarang sebarang persoalan tentang isu itu terutama sekali daripada wartawan sepertimana yang dilaporkan oleh media. (DI SINI) Dia juga tidak berani berdebat dan berbahas di dalam Dewan sekalipun Shabudin Yahaya turut ada sama.

Walaupun diberitakan, Lim Guan Eng akan lari ke China semula, namun malam tadi, menerusi siaran langsung Sidang Dewan Rakyat, menunjukkan Lim Guan Eng hadir. Dan jelas, dia mahu berkonfrontasi dengan Abdul Rahman Dahlan yang disangkanya boleh dijadikan 'makanan mudah'.

Tekanan dan provokasinya selain gangguan yang dibuatnya bersama-sama Gobind Singh Deo dan Kashturi Patto serta Hanipa Maidin, membuatkan penggulungan dan pendedahan yang sepatutnya dibuat oleh Abdul Rahman Dahlan, tertunda selama 40 minit sehingga akhirnya Lim Guan Eng diusir dari Dewan kerana melanggar Peraturan Mesyuarat.


Taktik buruk Lim Guan Eng itu telah dijangka. Abdul Rahman Dahlan berulang kali memberitahu Speaker agar tidak menghalau Lim Guan Eng kerana ada beberapa persoalan yang perlu dijawab dan diterangkan oleh Lim Guan Eng. Namun Lim Guan Eng bertindak melakukan provokasi demi provokasi ke atas Speaker.

Pendedahan yang dibuat oleh Abdul Rahman Dahlan, amat mengejutkan. Selama ini, tidak ramai yang tahu bahawa tanah yang asalnya diperuntukkan untuk rumah PPR di Taman Manggis, telah dijual oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai KLIDC di mana pemegang saham utamanya mempunyai kaitan rapat dengan bekas pemilik banglo Guan Eng.

Dalam pendedahan tersebut, Abdul Rahman memberitahu, sebuah syarikat swasta yang membeli tanah tersebut untuk pembinaan hospital swasta dan hotel mewah, tidak berbuat demikian. Sebaliknya menjual tanah tersebut kepada pihak ketiga dengan harga RM20 juta.

Segala pendedahan itu adalah berdasarkan dokumen yang diterima pihaknya dan dia akan menyerahkan dokumen itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

 “Saya telah dapat maklumat tentang dokumen yang menunjukkan cubaan Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) untuk menjual tanah ini kepada pihak ketiga, dokumen ini diberikan oleh pihak tertentu dengan bukti jelas semuanya ada di sini di mana KLIDC membeli tanah dengan harga RM11 juta dan menjual dengan harga RM20 juta, dan saya tak teragak-agak untuk memberi kepada SPRM.


 “Apa yang nyata di sini, KLIDC tidak berminat untuk membangunkan tanah tersebut,” katanya pada sesi penggulungan usul menjunjung kasih, titah Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Ahli Parlimen AMANAH Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Rawa sewaktu mencelah menyatakan sokongan terhadap pendirian Abdul Rahman yang ingin menyerahkan dokumen tersebut kepada pihak berkuasa dan berharap agar ia disiasat dengan telus.

Sebelum itu, kekecohan di Dewan Rakyat bermula apabila Guan Eng menuntut Abdul Rahman menarik balik kenyataan yang dibuatnya minggu lalu, bahawa Guan Eng seorang pembohong. Abdul Rahman mempertahankan diri dengan mengatakan maksud kenyataan beliau ialah bahawa kenyataan Guan Eng mengenai kadar rumah mampu milik berharga RM400,000 ditetapkan oleh kerajaan pusat sebagai satu pembohongan.

Namun, Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud menegaskan bahawa tindakan Guan Eng itu sering memerangkap dirinya sendiri lantaran sentiasa mengeluarkan fakta yang tidak berpaksikan kenyataan.

“Kalau saya kata dia bohong, saya dimarah, tapi dia keluarkan fakta yang tak betul kata rumah PPR kerajaan persekutuan putuskan dengan harga RM400 ribu, rakyat Pulau Pinang marah, tapi bila orang Pulau Pinang marah, dia cari orang yang boleh dituding jari, paling senang adalah ini adalah arahan kerajaan persekutuan.

“Tapi dia lupa yang dia hanya memerangkap diri dia sahaja daripada setiap fakta yang dikeluarkan, dia dah kata dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tanah itu akan diletakkan untuk membina PPR, tapi akhirnya diguna untuk tujuan benda lain pula,” ujarnya.

__________________________________ ###_____________________________________


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendakwa beliau memiliki dua dokumen Perjanjian Jual Beli (S&P) berkaitan tanah yang diperuntukkan untuk projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) di Taman Manggis, Pulau Pinang.

Beliau mendakwa dua dokumen itu menyatakan bagaimana tanah itu yang kini dimiliki sebuah syarikat swasta iaitu Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) cuba dijual kepada pihak ketiga dengan harga RM20 juta. 

"Kedua-dua S&P ini ada dalam tangan saya, yang diberikan oleh orang-orang tertentu dan dalam percubaan untuk menjual tanah ini, dua perjanjian S&P ini begitu terperinci sekali. 

"Siap ada semuanya di sini yang telah menyatakan penjual meminta harga RM20 juta maknanya dia beli RM11 juta dia nak jual RM20 juta," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, malam tadi. 

Katanya, dua dokumen itu adalah baharu dan beliau tidak teragak-agak untuk menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat. Abdul Rahman berkata, berdasarkan kandungan dokumen itu, ia jelas menunjukkan bahawa KLIDC yang membeli tanah itu daripada kerajaan negeri tidak berminat untuk membangunkannya. 

"Saya serahkan kepada SPRM dan pihak yang memberikan dokumen ini kepada saya kalau diperlukan untuk ditemu ramah, sudah tentu mereka juga perlu dipanggil untuk memberi keterangan," katanya. 

Menjelas lanjut, Abdul Rahman berkata dokumen itu turut menyatakan mengenai satu pembayaran membabitkan RM17 juta yang perlu dibayar kepada empat syarikat. 

Tanah di Taman Manggis itu seluas 4.937 ekar (1.99 hektar) diperuntukkan untuk pembinaan PPRT yang mana sebanyak 2.872 ekar (1.162 hektar) telah dibangunkan untuk projek itu, manakala selebihnya sepatutnya digunakan untuk pembangunan projek sama bagi fasa kedua. 

Bagaimanapun, tanah selebihnya itu kemudiannya telah dijual kepada KLIDC yang pada awalnya bercadang untuk membina sebuah pusat rawatan swasta sahaja namun ditukar kepada pembinaan pusat rawatan swasta berserta lot komersial. - BERNAMA


2 comments:

Anonymous said...

Suruh dia lari ke china.. Dn jgn balik lgi... Malaysia x perlukan kafiak mcm tu.

Anonymous said...

Yes...tak ada muka anak komunis yang zalim mcm dia kat bumi penang lagi bagus....kan....saya sokong10000% berambus kau guan eng darp penang...

top