Wednesday, March 23, 2016

DR. MAHATHIR AKHIRNYA BANTU DUA MACAI BONGOKNYA SAMAN NAJIB ABDUL RAZAK!!!



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah menfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi salah laku (tort misfeasance) dalam jawatan awam dan kemungkiran kewajipan fidusiari dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Selain Dr Mahathir, dua plaintif ialah bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu hssan dan bekas Wanita UMNO Anina Saadudin.

Saman tersebut telah difailkan melalui firma guaman, Tetuan Haniff Khatri.


Ini merupakan kali pertama Dr Mahathir menfailkan saman terhadap Najib.

Ketiga-tiga plaintif merupakan individu menandatangani 'Deklarasi Rakyat' yang menuntut perletakan jawatan Najib Razak sebagai Perdana Menteri pada awal Mac.

Menurut mereka, Najib sebagai PM, pengerusi Barisan Nasional, presiden UMNO di atas tindak tanduk sengaja menghalang, mencampuri, menindas dan menindas siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berserta kemasukan dana dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Najib menyalahgunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.

Tahun lalu, Anina telah menfailkan saman terhadap Najib dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh menuntut pembayaran balik RM2.6 bilion, yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik UMNO di Singapura. - ASTRO AWANI


2 comments:

Anonymous said...

Itu haknya nak saman. Sesiapa boleh saman. Bukan makna dia saman dia betul. Kita tengoklah macam mana dimahkamah nanti.

Anonymous said...

Biorlh dio saman... Turun naik mhkmah... Nyawa pun kapan.

top