Tuesday, March 1, 2016

GABUNGAN KIT SIANG-MAHATHIR MAHU GULINGKAN NAJIB TETAP GAGAL TAWAN SARAWAK TERLEBIH DAHULU YANG KUAT MENYOKONG NAJIB!!!


Ada yang mengatakan, keluarnya Tun Mahathir dari UMNO telah melemahkan UMNO. Ada yang berkata, habislah UMNO kerana Tun Mahathir telah keluar UMNO. Malah ada yang buta perut, bodoh tolol berkata, UMNO sedang menuju kehancuran kerana pengasas parti tersebut telah keluar parti.

Sebenarnya golongan yang beranggapan seperti itu hanyalah golongan budak-budak ubun lembik yang baru mengenal hidup dan sepak terajang politik UMNO dan Mahathir serta kaum puaknya. Tiada apa-apa yang dihairankan langsung dengan apa yang dilakukan oleh Mahathir, malah tidak mustahil dalam dua atau tiga hari ini, Mahathir akan berucap di atas pentas Parti Amanah Negara (PAN) kalau tidak pun memenuhi jemputan PKR untuk berucap di majlis mereka, yang mana kemudian dia akan mendapat pujian besar daripada kedua-dua parti berkenaan. 

Itu yang dilakukan dahulu oleh Mahathir pada ketika itu PAN dan PKR belum wujud lagi. 

Jadi, hanya si bodoh sahajalah yang berasa ramai orang UMNO atau penyokong atau pensimpati UMNO yang ketakutan atau kecewa kerana Mahathir keluar parti.

Dalam pada itu, Lim Kit Siang telah mengesahkan yang dia telah melakukan pertemuan dengan Mahathir bersama-sama Zaid Ibrahim, berhubung perhimpunan dan demonstrasi gulingkan Najib pada 27 Mac nanti.

Perhimpunan tersebut sebenarnya merupakan idea Zaid Ibrahim, orang yang tidak boleh buat kerja, tetapi diangkat secara salah menjadi menteri dan akhirnya menghuru-harakan sistem perundangan negara!

Zaid Ibrahim yang sudah hampir pupus namanya dari persada politik negara sedang cuba mengangkat kembali namanya dengan sebarang cara termasuklah menentang Najib. 

Cuma sesuatu yang agak aneh kerana seorang lagi yang tidak tahu apa-apa tetapi berlagak seperti seorang cendekiawan dan akhirnya memilih untuk menentang tetapi sekarang terus senyap, SAIFUDDIN ABDULLAH tidak menyertai gerombolan Lim Kit Siang-Mahathir-Zaid Ibrahim. 

Namun yang lebih aneh sekarang ialah, tumpuan hanya diberikan kepada Semenanjung sahaja, sedangkan yang mengalami kenaikan jumlah kerusi DUN dan Parlimen adalah Sabah dan Sarawak. 

Pada tahun 2008, DAP menumpukan Sarawak sebagai negeri pangkalan dan 'masa hadapan'. DAP sanggup melakukan apa-apa sahaja, termasuklah mencari modal kewangan dan pembohongan untuk menarik sokongan rakyat Sarawak kepada DAP. Pilihanraya Negeri Sarawak pada tahun 2011, akhirnya membuahkan hasil yang baik kepada DAP. DAP berjaya menguasai lebih banyak kerusi di DUN Sarawak. 

Tahun ini, DAP tidak begitu meriah di Sarawak apabila ramai pemimpin dari Semenanjung dikenakan larangan masuk dan mendarat di Sarawak kerana pelbagai pelbagai kesalahan Imigresen. Penguatkuasaan autonomi imigresen oleh Kerajaan Negeri Sarawak menyebabkan PKR dan DAP tidak kelihatan ghairah untuk menyambut kehadiran Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11 seperti tahun tahun 2011.

Bagaimanapun, sesuatu yang perlu diketahui ialah, Sarawak merupakan kunci kepada kekuatan Najib Abdul Razak walaupun di Sarawak tidak ada UMNO!

Untuk menjatuhkan Najib, Sarawak perlu ditawan terlebih dahulu. Kegagalan menawan Sarawak dan Sabah, bermakna, cubaan untuk menggulingkan Najib sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh Tun Dr. Mahathir tidak lebih daripada sekadar cubaan anjing menyalak bukit. 

Justeru, dalam tempoh yang semakin dekat dengan Pilihanraya Negeri Sarawak, gerombolan dan rombongan dari Yayasan Perdana tidak pula kelihatan ke Sarawak, malah semenjak kempen bersungguh-sungguh mereka dari bulan Mei tahun lepas lagi, Sarawak seperti tidak dipedulikan. Malahan di Sabah pun, tidak mendapat sambutan.

Beberapa orang pengikut protun tegar yang begitu berkeyakinan bahawa lebih ramai orang akan keluar UMNO selepas Mahathir berbuat begitu, sedang melihat bukan sahaja tiada sebarang perubahan yang berlaku tetapi juga menyaksikan Najib Abdul Razak masih lagi kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia!!!


9 comments:

Anonymous said...

Yg kutuk tun m dulu skrg nk jilat bontot kedut2 tun m.

Anonymous said...

Saya sebagai rakyat malaysia bsyukur ada pemimpin seperti tun m.. Dan teramat malu adanya pemimpin seperti najib dan barisan kaki bodek pemakan dedak yg ada skg ne.. Emmm..

juragan 69 said...

Hahaha klu tun m tk beri kesan kpd pemimpin umno knp lu sbgi org upahan brsungguh2 mnjatuhkn tun m..biarlh bhai tun nk buat apa pun sbb tkda apa2 kesan pun(kata2 pmbodek najib)...gua prnh beri komen utk prtahan kn umno dari PR..ttp skrg gua komen dlm blog lu sebagai penentang najib dan bkn umno bhai..
klu lu benar2 sygkn umno dn bkn kerana imbuhan..fikir2kn lh yg najib pasti bersara..dn kita semua pasti menemui pngakhiran..ttp umno prlu kita prtahankn utk zuriat kita demi agama bangsa dan negara...

diny yusof said...

Awak ni agaknya menulis artikel dgn mata dan hati yang tertutup ???
Tidak Nampak ke perubahan yang telah berlaku serta tengah berlaku ..

Muhyiddin telah 'di tendang '
Mukhriz telah 'di tendang '
Shafei Afdal telah ' di tendang '
dan banyak lagi 'dahan ' dan 'ranting ' telah ' di tendang '

Ini tidak termasuk beberapa penjawat awam yang tidak ' se bulu ' dengan Najib dan Zahid .

Pernah ke awak membuat kajian terhadap akar umbi ???
Sedar ke awak bahawa banyak akar umbi telah ber "anai-anai " ????

Nampak kah awak dengan cara Najib meletakkan 'dahan dahan' yang rapoh utk menyokong dia ?? Keaadaan ini tidak akan kekal lama kerana 'akar umbi' sudah ber' anai ' . hanya menunggu angai sepoi sepoi bahasa saja utk rebah !!!

Anonymous said...

Hanya org lama saja yg mengetahui maksud perenggan terakhir tu. Kalau keadaan aman damai alamatnya BN menang besar. Hehe tak payah kalut.

negro said...

pilihanraya pun beleum kata dah emnag Bn ni? hahahaha tunggu je la

Anonymous said...

alahaiii kelakau nyerrr...cuba Tanya tun m....berapa ramai yang beliau tending...tergolek dok.. semasa 22 tahun jadi presiden....
dulu beliau juga yang berhempas pulas jatuhkan pak lah...utk naikkan najib....sekarang ni beliau jugalah yg berhempas pulas utk jatuhkan najib....umno dan pm milik siapa sebenar nya....??????????????

Anonymous said...

Jdlah macai yg bijak bkn macai bahlol. Kesian macai umno.

Anonymous said...

wassalam. Kalo bukan kerana TDM Malaysia sekarang ini masih lagi negara yang dipanggil "agricutrue base" country. Kita hanya punyai getah,bijih timah, kelapa sawit dlln. Sebab TDM lah maka Malaysia melonjak menjadi sabuah negara pengeluar alat alat letrik. IT,semi conductor,dan juga kereta motor. Mna ada negara Islam yang bolih dibangga kan ada keluarkan kereta. Tak kisah lah teknologi tu dari Jepun tapi kebolehan rakyat Malaysia patut dibanggakan.
Syabas Tun dan saya sebagai ahli UMNO sokong Tun keluar parti Najib.
U- Untuk
M-Mohd
N-Najib
O-only

top