Saturday, March 26, 2016

GADIS RAKAM BAPA ROGOLNYA DENGAN TELEFON BIMBIT SELEPAS IBU DAN KAKAKNYA TIDAK PERCAYA!!!



Seorang gadis berusia 18 tahun terpaksa merakam perbuatan bapa merogolnya sejak empat tahun lalu bagi membuktikan kepada ibunya yang tidak mempercayai aduannya itu.

Sarita Devi (bukan nama sebenar) dari Jalaun, wilayah Uttar Pradesh, India merakamkan perbuatan bapanya dengan telefon bimbit.‎

Sarita berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa merakam perbuatan bapanya itu untuk dijadikan bukti kerana ibu serta kakaknya tidak pernah percaya jika memberitahu lelaki itu sering merogolnya jika tinggal di rumah berseorangan.

“Bapa sering menyerang secara seksual sejak empat tahun lalu. Saya pernah cuba mengadu mengenai perkara ini, namun tiada siapa yang mempercayainya.

“Saya tidak mempunyai bukti. Jadi saya nekad mahu mengumpulkan bukti untuk menengakkan keadilan,” katanya mengikut laporan Sinar Harian Online yang memetik Daily Mail, semalam.


Tambah Sarita, dia bertindak meletakkan telefon bimbit secara sembunyi di tingkap rumahnya untuk merekodkan perbuatan bapanya itu.

Video berkenaan kemudian ditunjukkan kepada ibunya sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.

Lelaki yang berusia 53 tahun itu kemudiannya ditahan.

Sementara itu, menurut ibu mangsa, dia berang setiap kali anaknya itu melaporkan mengenai perbuatan suaminya itu dan menganggap dia sengaja mereka cerita.

“Namun apabila mengetahui perkara sebenar, hati saya luluh. Saya masih terkejut dan sukar mempercayai seorang bapa sanggup melakukan perbuatan terkutuk kepada anaknya sendiri.

“Saya kesal kerana tidak percaya mengenai aduan Sarita sebelum ini dan akan memberikan sokongan kepadanya,” katanya.

Pegawai polis, Alok Sazena mengesahkan insiden tersebut dan telah menahan lelaki berkenaan sebaik sahaja Sarita menfailkan aduan.

“Lelaki itu mengaku bersalah terhadap tuduhan itu dan dia akan dihadapkan ke mahkamah di bawah Seksyen 376 (rogol) dan 506 (ugutan jenayah).- FMT

No comments:

top