Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, March 16, 2016

GIAT NAMPAKNYA MALAYSIAKINI PUTAR BELIT... HISHAMUDDIN HUSSEIN ONN PULA CUBA DIFITNAH!!!



Lain yang dikatakan oleh Hishamuddin Hussein Onn, lain pula yang ditulis dan diputarbelitkan oleh portal yang cukup terkenal dengan putar belit dan pura-pura bodoh Bahasa Kebangsaan, Malaysiakini.

Dengan mengambil sekerat daripada kenyataan Hishamuddin, portal tersebut menyiarkan sebuah artikel yang sepenuhnya putar belit dengan niat memberikan persepsi buruk kepada Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO itu.

Yang dijadikan tajuk, bahasanya amat angkuh tetapi Hishamuddin sendiri tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu kalau berdasarkan kepada klip video sidang media Hishamuddin tentang perkara tersebut.

Sebaliknya, Hishamuddin berkata, "We have to deal with it because at the end of the day it's the public that makes a difference."

Malaysiakini bagaimanapun tidak berminat dengan itu. Malaysiakini yang akan membetulkan dan mendewakan DAP terutama sekali Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, mahu mewujudkan persepsi dan kebencian umum kepada Hishamuddin sekaligus kepada para pemimpin UMNO dan UMNO itu sendiri dengan menggambarkan Hishamuddin sebagai bercakap angkuh dan juah.

Mereka melaporkan Hishamuddin berkata, "Hisham: March 27 gathering will flop like previous attempts" dan "Hishamuddin: March 27 gathering won't make any differences'.

Setelah penutupan The Malaysian Insider milik The Edge Group, nampaknya Malaysiakini yang dibiayai oleh George Soros cuba menjadi RATU media yang cuba menarik perhatian daripada DAP dan pembiaya DAP. Modus operandi mereka tetap kekal dengan menfitnah dan memutarbelitkan berita sebenar selain menimbulkan persepsi agar sentimen kebencian ke atas para pemimpin parti kerajaan terus melekat.

Sudah lama Malaysiakini tidak menyerang dan menfitnah Hishamuddin Hussein Onn selepas mereka berjaya melaga-lagakan kepimpinan utama UMNO sehingga berlakunya perpecahan seperti hari ini dengan adu domba penyumbatan berita mereka yang kini digunakan oleh kumpulan serpihan dan penentang Najib sebagai dalil serta nas.

Nampaknya mereka kembali melakukan serangan ke atas Hishamuddin Hussein Onn yang kali terakhir mereka lakukan ketika Hishamuddidn mengangkat dan mencium keris ketika masih berjawatan Ketua Pemuda UMNO dahulu.

Apa maksudnya?


2 comments:

Anonymous said...

Bersatu lah kita orang Islam. Puak kapir sedang menyerang kita dari segenap sudut!

Anonymous said...

berita putar belit mnyebabkn rkyat keliru dn marah...akan lahir tentangan secara ekstrim yg mngeruhkan suasana.

 
Blogger Templates