Wednesday, March 30, 2016

GOLONGAN PRO-TUN SEMAKIN KELAM-KABUT MEMPERTAHANKAN FITNAH YANG DIBUAT SELAMA INI APABILA SATU DEMI SATU MULAI PECAH!!!



Rupa-rupanya dosa penfitnah ini besar dan membuatkan si pembuat dan pemercaya fitnah, bukan sahaja diburu ketakutan dan keresahan, bahkan jadi tidak tentu arah.

Bagi yang diberikan hidayah dan inayah, mereka akan segera bertaubat, meminta ampun dan bermuhasabah. Tetapi bagi yang telah digelapkan hati, ditutup dan dihijab iman mereka, mereka bukan sahaja mempertahankan fitnah-fitnah yang dibuat, bahkan mereka akan cuba untuk menambahkan lagi fitnah dengan bertanyakan soalan-soalan tidak berkaitan sebagai contoh....

"Kalau benda tu tak betul, kenapa tak saman?"

Itu cerita tentang fitnah la...

Tetapi ini pun cerita tentang fitnah pula. Fitnah ni mainan halus. Kalau yang boleh menggunakan akal, dan ada pula iman walaupun sedikit, kebenaran boleh diperhatikan dan dicari dengan mudah. Tetapi kalau dah jenis bukan sahaja iman jauh lebih nipis dari kulit bawang, tetapi benak dan bebal namun berlagak pandai untuk menutup kebenakan dan kebebalan tersebut, kebenaran terpampang depan mata, perubahan demi perubahan yang berlaku di sekeliling, tetap tidak kelihatan sehingga menimbulkan alasan paling mudah sebagai contoh....

"Mereka semua DEDAKIANS."


Kita sedang melihat kelam-kabut geng yang menerima secara sehala tanpa ulangkaji atau selidik. Menerima kerana persepsi negatif yang telah dimainkan lebih awal dan ianya bersifat sensasi. Yang tidak dapat memahami fakta dan data serta sebarang penjelasan yang bertentangan daripada kepercayaan kerana persepsi telah dibuat lebih awal sesuatu itu bersalah dan walau apa pun penjelasan atau bukti yang ditampilkan ia akan tetap bersalah.

Begitulah juga dalam kisah 1MDB dan Rosmah Mansor.

Penjelasan daripada Kedutaan Amerika Syarikat bahawa Rosmah Mansor tidak menghubungi untuk meminta agar Washington menghentikan siasatan ke atas 1MDB, sukar diterima dan dihadam. Walaupun penyiar berita tersebut adalah bersifat tunggal - maknanya, kat dia sahaja yang ada... agensi berita ternama dan lebih berkredibel langsung tak sentuh - tetapi ia tetap dipercayai. Lebih daripada itu, ada pula yang menggunakan hujah daripada 'black blog' yang dibina dan diwujudkan untuk memutarbelitkan fakta.

Mereka mahu memaksa orang lain terima bahawa apa-apa sahaja kepercayaan mereka, perlu diterima sebagai satu kebenaran. Kalau tidak diterima, orang tersebut adalah pemakan DEDAK.

Nah, kita tengok pula contoh di bawah ini... perhatikan bagaimana hukum agama pula dipermain-mainkan dalam usaha untuk membela, menjaga dan menjunjung fitnah. Hukum yang diberikannya sahaja sudah salah, mengelirukan dan menyesatkan, sekaligus menunjukkan dia bukannya seorang yang tahu tentang agama, tetapi berlagak macam tahu.


Begitulah.... tetapi yang pasti sekarang, puak-puak ini seperti kaum Nabi Salleh a.s yang sedang berlari-lari dan berteriak-teriak ke sana ke mari apabila melihat langit sudah bertukar menjadi merah dan mereka tetap menyalahkan Nabi Salleh a.s serta unta yang keluar dari celah batu tanpa mereka menyalahkan perbuatan mereka membunuh unta tersebut yang menyebabkan bala diturunkan Allah Taala!!!



7 comments:

Anonymous said...

Aku tgk tembelang najib yg pecah sbb date donation dan amount tak sama. Susah nak taichi tu.

Anonymous said...

Assalam Bro,memang menarik episod 1MDB ni.Kita tunggu dan lihat siapa memfitnah dan siapa difitnah.Allah Maha Mengetahui..

roshan are said...

xde sape yang taichi maichi pasal dedak byk leh wat smear fiction lg

Anonymous said...

mAT SALLEH LATIF TU PAKAI KOPIAH KAN MAIN LAGI,TAPI MULUT DAN HATI CUKUP BUSUK.UPAH HJ PUN BOLEH DI JALANKAN,APA PASAL PULAK NAK SPONSER ORG NAIK HAJI TAK BOLEH?.FATWA MANA NI?.INI SUDAH TENTU PENGIKUT PAKATAN HARAPAN.1MBDA,CURI DUAIT BAPAK DIA KE?.

Anonymous said...

Org Pas budak salleh tu.... fatwa yg dio dapat dari ceramah bangang 1 stadiom .... banyak kan baca buku dan mengkaji bukan dengar ceramah bodoh 1 stadium. ..

Anonymous said...

Aku lebih suka kerja angkut bata daripada dapat upah dok reka cerita.
Depan hidup melayu, belakang juai tanah melayu.Nak bagi makan anak bini
oooie!!!!

Anonymous said...

Cuba kalau dia yang dapat tajaan. Pasti gembira. Sembang kencang aje tu.

top