Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, March 27, 2016

GUAN ENG KANTOI LAGI!!! KLIDC SYARIKAT BANKRAP DAN JENAYAH PENIPUAN BERLAKU DALAM PROSES JUALAN TANAH TAMAN MANGGIS!!!



Lagi kebocoran maklumat!

Lagi kekantoian Lim Guan Eng!

Maka tidak hairanlah, DAP semakin panas dan semakin tidak tentu arah. 

Penyata akaun terbaru yang diserahkan oleh KLIDC secara rasmi kepada SSM, mendedahkan fakta yang amat mengejutkan!

KLIDC mempunyai nilai aset negatif dan simpanan negatif (secara teknikalnya, ia adalah sebuah syarikat yang telah bankrap) dengan KOSONG perolehan.

KLIDC adalah syarikat yang dianugerahkan tanah PPR Fasa II Taman Manggis pada harga RM11.5 juta pada tahun 2010 oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng.


Inilah syarikat yang sepatutnya membina projek 30 atau 24 tingkat hotel/pusat perubatan/apartment berservis, sekaligus sepatutnya meningkatkan pelancongan perubatan di Pulau Pinang, namun 6 tahun kemudian, tiada apa-apa yang dapat dilihat di tapak tersebut, termasuklah BATU ASAS.

Seperkara yang menarik untuk diperhatikan ialah syarikat tersebut, entah bagaimana, telah dibenarkan untuk menyandarkan tanah itu kepada bank (Ambank) pada 10 November 2011. 

Tarikh November 2011 merupakan satu penting kerana tiga alasan: 

(1) Salah satu daripada syarat tender tersebut ialah, syarikat harus mendapatkan lesen hospital sebelum projek itu dimulakan. 

Namun adakah syarikat itu memperolehi lesen pada tarikh tersebut dan adalah Kerajaan Negeri Pulau Pinang melanggar sebarang syarat tender dan perjanjian dengan memindahkan tanah itu kepada KLIDC sebelum syarat-syarat berkenaan dipenuhi?

(2) Syarikat itu telah menggunakan tanah berkenaan sebagai sandaran kepada bank untuk mendapatkan wang sebanyak RM11.5 juta tanpa sedikit pun menggunakan wang sendiri sekaligus menjawab persoalan mengapa modal berbayar mereka cuma RM300,000.

Dengan kata lain, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sangat bermurah hati memberikan modal kepada KLIDC menerusi penganugerahan tanah yang sepatutnya terbina projek rumah untuk rakyat miskin. 

Berdasarkan kepada jumlah sepenuhnya RM11.5 juta yang dicaj sebagai pinjaman dari bank menggunakan tanah itu, ia menunjukkan RAKYAT PULAU PINANG sendiri telah membiayai syarikat berkenaan untuk membeli tanah daripada RAKYAT PULAU PINANG sendiri, terutama mereka yang sepatutnya tinggal di PPR di atas tapak tersebut. 


(3) Kerajaan Pulau Pinang telah menawarkan penjualan tanah itu pada Oktober 2012 kepada Pemuda Barisan Nasional pada harga RM22 juta. 

Surat tawaran penjualan tanah itu telah dihantar sendiri oleh Setiausaha Politik Lim Guan Eng waktu itu dan merupakan Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik kepada Barisan Nasional Pulau Pinang. Ng Wei Aik dalam beberapa hari ini terkenal kerana mengatakan Lim Guan Eng adalah seorang akauntan dan bukannya seorang penilai.

Untuk itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengutip 1% deposit tetapi kemudian enggan menerima baki jumlah dengan alasan-alasan remeh dan tidak munasabah untuk tidak menjual tanah itu kepada Barisan Nasional Pulau Pinang. 

Jadi, sekiranya tanah tersebut telah pun disandarkan kepada bank oleh KLIDC Sdn. Bhd setahun lalu, bermakna tanah itu bukan lagi milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Jadi, bolehkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjual sebidang tanah yang sama, yang bukan lagi milik mereka kepada pihak lain. 

Adakah di sini berlaku penipuan komersial terutama oleh orang yang menghantar surat tawaran tersebut?

Barisan Nasional Pulau Pinang telah pun membuat laporan polis pada minggu lepas berhubung penipuan ini. Jadi kita tengok dan tunggu sahajalah hasil siasatan polis. 



1 comment:

Anonymous said...

mana pan yg selalu backup dap tu....senyap jer.....

 
Blogger Templates