Monday, March 28, 2016

GUAN ENG TUDUH KERAJAAN BN PULAU PINANG DULU YANGVTUKAR STATUS TANAH TAMAN MANGGIS!!!



Guan Eng makin kebingungan. Dia dah mula main temberang macam tok neneknya dulu minta nak tumpang tanah tapi kemudian mengaku sebagai pemilik tanah setelah pemilik asal lari keluar kerana faktor babi atau kubur.

Status Taman Manggis yang sepatutnya untuk projek PPR II katanya telah diubah pada tahun 2005 ketika Pulau Pinang berada di bawah pentadbiran BN.


Guan Eng membuat dakwaan itu di dalam Dewan Rakyat hari ini ketika membahaskan Usul Pembekalan Tambahan.

"Kerajaan BN yang ubah syarat tanah dari oelan asal untuk tujuan komersial. Ia adalah kesalahan BN tetapi kerajaan negeri sekarang yang terpaksa menanggungnya," kata Guan Eng.


Kerana itu, Guan Eng mencabar Kerajaan Pusat untuk menafikannya. Menariknya kalau benar Kerajaan Barisan Nasional terdahulu sudah ubah syarat mengapa pula Guan Eng sangat baik tidak menyebutnya sebaliknya berkata pembinaan rumah untuk golongan miskin itu terpaksa dihentikan kerana saiz tanah yang tak cukup besar.

Tanah di Taman Manggis dijual kepada syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC) pada 2010, dengan harga RM11.5 juta untuk dibina hospital swasta.

Tidak lama kemudian syarikat itu berjaya mendapat kelulusan kerajaan negeri untuk menukar status tanah Taman Manggis bagi pembinaan hotel dan pangsapuri mewah.

Bukti berdokumen menunjukkan pertukaran status tersebut beelaku pada zaman pemerintahan DAP bukan BN.


Paling menakjubkan apabila dia tetap bertegas dia tidak pernah tahu bahawa tanah tersebut telah dirancang untuk membangunkan rumah mampu milik.

Satu pembohongan yang terang dan nyata!

Nampaknya Guan Eng terus kalut dan tidak segan-segan lagi menipu dengan harapan dia tidak akan dipersalahkan. Masalahnya penipuannya itu puka sangat-sangat bertentangan dengan bukti-bukti yang dipaparkan.

1 comment:

Anonymous said...

Wa mmg tada goyang, tapi telur wa goyang mlm2 ingatkn ms phang rupe2 betty kedut ....kahkah

top