Thursday, March 3, 2016

HANYA BERMODALKAN MULUT BESAR, CHALLENGER SYED SADDIQ ABDUL RAHMAN NAK REVOLUSIKAN MALAYSIA!!!



Kekaguman marhein kepada golongan yang pandai berdebat, bertekak, bertaki, berperang mulut dan memberikan hujah-hujah sememangnya sudah lama wujud dalam setiap akar budaya setiap bangsa dalam dunia. Namun terlalu jarang yang percaya kepada golongan terbabit untuk menguruskan urusan sesebuah negara, syarikat mahupun firma.

Syed Saddiq Abdul Rahman mungkin seorang orator yang dikagumi kerana kelas dan pencapaiannya selaku pemenang Debat Asia sebanyak 3 kali. Dengan usianya yang masih muda, dia kelihatan mempunyai masa hadapan yang sangat cerah untuk terlibat dalam politik sepenuh masa. Apatah lagi, politik sememangnya memerlukan orang yang pandai bercakap sepertinya walaupun pandai mereka setakat itu tanpa perlu pandai bekerja.

Namun apabila pencapaian tiga kali sebagai pemenang Debat Asia cuba disandarkan sebagai modal untuk terlibat dalam dunia politik, mencampuri sesuatu yang hujah dan kekuatan lisan tidak akan memberi kesan, Syed Saddiq sebenarnya sedang memusnahkan kerjaya politik yang baru dibinanya sendiri.

Apatah lagi, dia cuba mencari jalan popular dengan kaedah menyongsang iaitu dengan jalan pintas menerusi penentangan kepada establishment.

Terlalu jarang anak muda yang naik awal, yang diberikan populariti, yang namanya disanjung, disebut, bahkan dijadikan ikon kepada kepimpinan muda yang mampu bertahan di atas jalan anti-establishment untuk terus memberikan sumbangan yang lebih besar kepada negara, bangsa dan agama. Sebaliknya mereka hanya digunakan oleh kaum senior sebelum akhirnya dimatikan secara perlahan-lahan dan tidak mampu bangun lagi.

Sudah berapa ramai pemimpin muda seperti Syed Saddiq yang diberikan pelbagai pujian, kemudian dipergunakan dan akhirnya dipancung dibunuh?

Kalau Syed Saddiq berasakan dia akan disanjung kerana dia sedang mengikut 'arus menentang' sekarang ini, dia telah membuat satu kesalahan besar. Ruang yang selama ini dia berada dan menjadi perhatian, kini mulai dilihat oleh orang lain yang tidak kurang juga kebolehan walaupun tidak mempunyai gelaran JUARA DEBAT.

Syed Saddiq dalam usaha mengangkat dirinya lebih tinggi dalam politik, memujuk perhatian ramai dengan kehadirannya dan kehebatannya berdebat terutama sekali bagi pihak yang disokongnya menerusi pembentukan pakatan ANAK MUDA BENCIKAN KEPIMPIMPINAN NAJIB ABDUL RAZAK yang digelarkannya sebagai THE CHALLENGER dalam gabungan dengan ketua-ketua persatuan pelajar universiti yang kita tahu, tidak mampu memimpin kecemerlangan mana-mana universiti di negara ini dalam ranking terbaik universiti dunia.

Agak sayang kerana golongan seperti Syed Saddiq dan kawan-kawan sekongkolnya yang berasakan mereka lebih pandai dan lebih bijak, seharusnya membantu universiti masing-masing untuk mempertingkatkan ranking dan membuang stigma TAHAP RENDAH DAN TIDAK BERMUTUNYA pengajian mereka tetapi sebaliknya yang digunakan hanyalah naman Mahasiswa untuk dunia politik yang akhirnya akan membunuh mereka perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit.


Sesuatu yang perlu diketahui dan dimaklumi ialah, orator atau tukang debat hanya akan kekal sebagai tukang debat dan mereka tidak akan ke mana-mana kerana sifat suka bertekak mereka dan berasakan mereka sentiasa lebih hebat berbanding orang lain.

Syed Saddiq sedang membawa empat orang lagi kawannya terjun ke dalam jurang yang akan menguburkan mereka... itu adalah sesuatu yang amat pasti!!!

Bagaimana pula dengan golongan yang tidak menyebelahi Syed Saddiq dan pendapat mereka:

KENYATAAN MEDIA SOKONGAN ANAK MUDA PADA PERDANA MENTERI

1) Kami rasa terpanggil untuk menyatakan yang kumpulan mahasiswa, NGO dan generasi muda menyanggah kenyataan kumpulan Challenger yang mengecam Perdana Menteri Malaysia.
2) Challenger bukanlah satu pertubuhan berdaftar dengan ROS, ROY atau universiti. Mereka tidak mewakili suara majoriti anak muda di Malaysia.
3) Kenyataan mereka yang mempertahankan Rafizi Ramli yang sering menyerang Tabung Haji dengan tuduhan tidak berasas menyerlahkan mereka adalah sekutu pada pembangkang.
4) Kami bersetuju bahawa menghormati hak majoriti yang dipilih melalui proses demokrasi yang berlangsung setiap lima tahun adalah lebih mulia berbanding merosakkan sistem yang sedia ada.
5) Semua tuduhan yang dilempar ke atas Perdana Menteri hanyalah bersifat prasangka dan propaganda semata-mata, sedangkan realitinya sudah banyak perubahan yang dilakukan dan rakyat sedang menikmatinya sekarang.
6) Tindakan mempertahankan The Edge, Sarawak Report akhbar yang memetik sumber daripada Xavier Justo orang yang sudah ditahan dipenjara Thailand juga membuktikan Chalenger ini buat kenyataan media secara melulu dan tanpa usul periksa.
7) SPRM dan Peguam Negara sudah mengesahkan tentang isu dana RM2.6 billion selepas meneliti secara forensik dokumen setinggi 1.7 meter daripada SPRM dan sumber sumber lain. Keputusan Peguam Negara adalah jelas, tiada kaitan dengan 1MDB dan tiada kesalahan jenayah.
8) Jika ada bukti baru, maka pihak pihak berkaitan perlu memberi kerjasama kepada pihak polis, SPRM dan AG untuk siasatan. Bukan menuduh tanpa asas dalam blog dan tidak menyatakan sumber seperti yang dibuat oleh WSJ
9) Soal penggantungan yang kita segani Tan Sri Muhyiddin dan keluarnya insan yang kita sayangi Tun Mahathir daripada UMNO adalah soal dalaman parti. Pihak luar dan anak muda hanyalah menilai berdasar persepsi sahaja. Realitinya, berapa ramai yang turut serta keluar UMNO bersama sama dengan Tun Mahathir? Tun Mahathir sendiri masih belum menghantar surat rasmi keluar daripada UMNO.
10) Tindakan Tun Mahathir yang mahu bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan PM adalah satu tindakan yang tidak wajar. Apakah Tun Mahathir mahu bersekutu dengan agenda Claire Brown, Editor Sarawak Report yang mahu raikan kejatuhan Najib dengan segelas arak?
11) Kami juga memperakui kepimpinan Perdana Menteri yang sehingga kini turut diiktiraf diperingkat antarabangsa. Pemimpin dari Timur Tengah, China, Eropah dan Amerika Syarikat menghormati kepimpinan Dato Sri Najib.
12) Dalam keadaan ekonomi dunia yang gawat, Malaysia masih lagi mengekalkan pertumbuham ekonomi 5% dan mendapat status kewangan yang semakin baik dari Fitch Rating. Ini bermakna, dasar ekonomi Dato Sri Najib adalah tepat, hinggakan Arab Saudi sendiri meniru GST yang dilaksanakan di Malaysia.
13) Sebagai anak muda, kita harus bertindak berdasar fakta, menjunjung Prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Tidak harus menyebar persepsi, menular emosi, menyemai benci terhadap pemimpin secara buta tuli.
14) Bagi umat Islam, Al Quran dan hadis tidak mengajar umatnya untuk membuat honar bagi jatuhkan pemimpin. Ayat 59 Surah An Nisa wajib dijadikan pegangan anak muda beragama Islam.
15) Ketika dunia lain bergolak dengan konflik dan kegawatan, rakyat Malaysia masih lagi berada dalam keadaan yang sejahtera untuk meneruskan kehidupan. Mahukah kita kufur dengan nikmat aman yang Allah SWT berikan ini?
16) Cuba namakan mana negara Islam yang aman dan stabil ekonominya pada hari ini? Cuba namakan nama pemimpin Islam yang dipercayai di peringkat antarabangsa hari ini?
17) Lima tahun yang lalu, anak muda berkumpul di Tahrir Square untuk gulingkan Mubarak secara berdemo, hari ini strategis anak muda yang memulakan demonstrasi itu sendiri menyesal dengan apa yang beliau lakukan.
18) Keadaan negaranya lebih tidak stabil, berlaku siri siri demonstrasi yang tidak terkawal dan anarki berleluasa di negara tersebut. Apakah perubahan sebegitu yang anak muda mahukan?
19) Sebagai generasi kepimpinan muda, usah kita hancurkan negara pada hari ini bersandar emosi dan persepsi. Marilah kita bersatu membantu Dato Sri Najib Razak untuk memajukan negara ini.
20) Banyak lagi agenda anak muda yang masih belum selesai dan perlu diperjuangkan secara bersama. Bukan mengikut dan terjerumus dalam "grand design" WSJ dan Sarawak Report yang mahu hancurkan negara ini.
Oleh:
Abang Mohd. Hafizie bin Abang Bunsu
Yang Di Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM sesi 2013/2014
Timbalan Presiden
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan sesi 2013/2014
Turut sama menyokong :
1) Mohd Fadlillah Mukhatar YDP MPP UPSI 2012/2013
2)Muhamad Amerul Muhamad, YDP MPP UMK 2012/2013)
3) Ahmad Mu'adz Nazari, Penolong SUA MPP UniMAP 13/14
4) Mohamad Amir Shaqim Bin Ahmad, NYDP MPP UPNM - 2013/14
5) Adam Ariffin (Exco MPP Multimedia University Melaka 2015/16)
6) Sulhairil Hafiz Sulaiman, Naib Yang Dipertua MPP UPM 2005/06
7) Muhammad Hariz Ahmad, Setiausaha Agung MPP UUM 2012/13
8) Azri Norfikri Aziz, Timbalan YDP MPP UUM, 2012/13
9) Mohd Fuad Ramlan, Timbalan YDP MPP UPM 2013/14
10) Nur Amierah Amaniena Binti Azmi, Timbalan YDP MPP Segi College Penang, 2015/16
11) Muhammad Syafiq Mahamud, Penggerak Hijrah UMK 2013/14
12) Mohd Fahzil Abidin, YDP MPP UMK 2014/15
13) Mohd Zaidi Mohd Idrus, YDP MPP UKM 2007/2008
14) Hariz Izham, Bendahari UTEM 2013/14
15) Mohd Ali Faiz Salleh, YDP MPP UUM 2014/15
16) Mohd Syahiran Annuar, YDP Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu Kebangsaan, Permata.
17) Asrizal Mohd Radzi, MPP UKM 2004/05
18) Raj Akhbar Sabu, MPP UMS 2004/05
19) Zuhairi Zuremi, Presiden MPP Unisza 2013/14
20) Azrinizam Ibrahim, Presiden MPP UUM 1999/2000
21) Mohd Ikhwanul Shafiq Mohd Fudzi, MPP UTHM 2012/13
22) Mohd Zul Fadzli Alias, MPP UPM 2014/15
23) Hanafi Mohd Ali, Naib Yang Dipertua MPP UPM 08/09
24) Hezrul Akram Bin Kamaruddin, Naib YDP MPP UMK, 2014/15
25) Jabdin Juhat
YDP MPP UMS, 2000/2001
26) Mohamad Shafiq Kamaruddin, YDP MPP USM 2013/15
27) Kamarul Badlishah Kamarulzaman, Exco MPP USM 1997/98
28) Muhammmad Zufar Zulkefle, YDP Mahasiswa Negeri Sembilan
29) Mohamad Syzrul Yahya, YDP MPP UPM 2015/16
30) Sarfarizmal Saad, Timbalan Presiden MPP UKM 2009/10
31) Mohd Efendi Omar, YDP MPP Universiti Malaya 2005/06
32) Muhammad Raziq Rezza Bin Azmi, YDP Kor Suksis UTHM 2014/15
33) Abdul Hadie Abdul Halim, Timbalan Hijrah UMK 2012/14
34) Muhammad Syahmi Aiman Sulaiman, Timbalan Pengerusi MPPK / YDP MPP UPSI 2015/16
35) Ahmad Raziz Rashid, Pengerusi Persatuan Anak Putra Perkasa UPM 2003/2004
36) Amiruddin Bin Nasrudin, Pengerusi Pertubuhan Pemikir Kreatif Pulau Pinang
37)Muhammad Farhan Bin Abd. Hadi, Bendahari MPP UniMAP 2013/14
38)Muhammad Azry bin Anuardy, Setiausaha Agung MPP UPSI 2014/15
39) Johari Awang Sazali, YDP MPP USM 2004/05
40) Yusuf Ghani, Presiden Persatuan Belia Generasi Interaksi, YOUGEN

10 comments:

Anonymous said...

pandai berdebat tidak semestinya bijak akalnya. otak tidak sama dengan mulut dan mulut bercakap tidak semestinya sudah link dengan otak.

Anonymous said...

Tu dia. ..antara idea Bernas berbanding idea Hambar....antara cerdik dan haprak. ..

Anonymous said...

Budak ni beuk tamat belajar.Tamat belajar esuk kemana nak pergi? Boleh ke orang2 yang menentang kerajaan sekarang ini menjamin masa depan kamu?
Bukan kamu sorang pelajar universiti. Pelajar2 universiti sekarang be5rsepah macam daun kering.Di kamound saya ada 9 orang mahasiswa yang melepak belum dapat kerja. Itu lah nasib kamu besuk.
Hidup kamu hari ini pun ditanggung PTPTN. Jangan cakap banyak. Bikin malu saja.

By: Pak Mat Kampung Hulu

Anonymous said...

Asal x sokong najib jer bodoh...kalo sokong najib jer pandai....mana nyer fatwa ko amik ni jahnam...bukan sume org selera makan dedak cam ko..

Anonymous said...

MEREKA PATUT LEBIH BERANI LAGI.KENA BRANI KENA TTENTANG HINGGA AKHIR HAYAT

Anonymous said...

wah wah wah!!!....masa engkorang mengutuk pro Najib ataupun penyokong Najib sebagai bodoh ,makan dedak ,bangang dll....bukankah itu juga fatwa gangs kamu!kamu jugak makan dedak malah seera lagi dari hari kehari.

Anonymous said...

Asal sokong najib jer pemakan dedak...kalo benci najib jer bagus...mana nyer fatwa bangang kau kutip ni bahlul...bukan semua orang tolol macam kamu la....

Anonymous said...

S4EPAK 2 EKOR BINATANG SEBELAH TU DULU .ITU PUN PENYANGAK NEGAR JUGA SMPAI BUNCIT PERUT

Anonymous said...

"Asal x sokong najib jer bodoh...kalo sokong najib jer pandai....mana nyer fatwa ko amik ni jahnam...bukan sume org selera makan dedak cam ko....."

ko bodoh sebab kenyang makan dedak bercampur tahik babi Pembangkang yg terkenal dengan politik fitnah dan persepsi yg tak ada sebarang bukti...Hari hari telan dengan 1000% percaya berita fitnah dan persepsi pembangkang tanpa ada fakta...Tok Mamak Kerala Mahathir pooojaaan ko tu sendiri mengaku tak ada bukti kukuh hentam Najib...tu pasal penyokong Najib gelar ko ni BODOHHH...!!!

Anonymous said...

ksian...patutnya dia jangan ikut campur tentang hal najis razak....dah terang terang politik kamu sial babi buta.

top