Friday, March 18, 2016

HARAP-HARAP SPRM BUKTIKAN MEREKA BUKAN AGAR-AGAR LEMBIK TERENDAM KOPI PANAS DALAM ISU BANGLO GUAN ENG!!!



Ketika Ahli-Ahli Parlimen DAP dan PKR membangkitkan tentang isu rumah agam Khir Toyo yang dikatakan dibeli di bawah harga pasaran dan mempunyai kepentingan perniagaan sekalipun tiada sebarang kontrak, tanah atau balasan berkaitan kepada broker dan pemilik hartanah tersebut berlaku, semua orang akhirnya akur bahawa undang-undang perlu dihormati walaupun jauh di sudut hati ada terbuku rasa tidak puas hati.

DAP begitu gembira kerana berjaya membuktikan 'rasuah' Khir Toyo. ADUN DAP Sekinchan sebelum itu membawa beberapa rombongan melawat rumah agam Khir Toyo yang akhirnya dirampas oleh kerajaan.

Kepantasan SPRM dan Peguam Negara pada waktu itu bertindak dalam kes Khir Toyo memang mengkagumkan. Mereka bukan sahaja sangat cekap, bahkan mereka juga sangat efisien. Semua orang hairan, SPRM yang pernah tertekan dalam dua kes saksi bunuh diri terutama yang melibat Teoh Beng Hock sehingga pubca kematiannya memerlukan kewujudan mahkamah koroner, seakan-akan mahu menebus semula kesilapan mereka.


4 tahun lalu, SPRM melaporkan kononnya kertas siasatan telah dibuka dalam kes rumah sewa Lim Guan Eng yang terletak di kawasan yang hartanahnya sangat bernilai tinggi di Georgetown.

Bagaimanapun kes tersebut tidak pernah dipanjangkan. Sehingga kini ia terus dilihat sebagai COLD FILE.

Pendedahan di Parlimen semalam oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya membuatkan bengkak lama kembali bernanah.

SPRM yang sangat efisien serta Pejabat Peguam Negara yang pantas mendakwa dalam kes Khir Toyo diminta memberikan sebab, mengapa dalam kes Lim Guan Eng layanannya berbeza sama sekali walaupun memang jelas dalam kes ini pembelian banglo tersebut amat meragukan dengan diskaun yang sangat besar sedangkan pemilik rumah berkenaan pula merupakan rakan kongsi dalam sebuah syarikat pemaju hartanah yang telah mendapat tanah yang sepatutnya untuk pembinaan PPRT tetapi digantikan dengan pembinaan klinik pergigian mewah dan hotel.


Terlalu banyak kes melibatkan Lim Guan Eng yang menimbulkan teka teki di kalangan rakyat, mengapa ianya dipandang sepi oleh pihak berkuasa seperti SPRM terutama sekali yang melibatkan pembotakan puncak bukit dan penambakan laut serta penyerahan wang rakyat Pulau Pinang kepada syarikat amatur untuk kajiselidik yang nilainya beratus-ratus juta ringgit.

Kini dalam isu pembelian rumah banglo di bawah paras harga pasaran dengan perbandingannya adalah kes bekas Menteri Besar Selangor.

Jangan sampai nanti, rakyat Malaysia langsung tidak mempercayai kredibiliti SPRM kerana SPRM hanya pandai mencari salah dan bukti ke atas pemimpin-pemimpin parti kerajaan tetapi apabila melibatkan Lim Guan Eng dan DAP, SPRM tidak ubah seperti agar-agar lembik yang terendam dalam kopi panas!!!

5 comments:

kaw said...

dah kenyang terbelahak menketedarah duit haram hasil ehsan cina dap kot...sabit tu jedi cam agar2 lembik dalam kopi ja

Anonymous said...

Alaaa kalau pergi tukar tayar pun pandai minta diskaun paling rendah..siap warwar lagi siapa dia dan dari mana...inikan pula dapat ribuan dari cina pencacai..mahu tak senyap...sesuai la dgn nama SPRM...( Setan Perosak Rakyat Melayu ).

Anonymous said...

SPRM=Saya Pandang Ringgit Malaysia.... depa pandang yg mana offer tinggi RMnyerr....

Anonymous said...

SPRM adalah Ahli keempat dalam gugusan pembangkang selepas DAP, PKR dan PAN. Pegawai tertinggi SPRM semua dalam kocek DAP. Kamu tengoklah nanti mesti tak ada kes punya.

Anonymous said...

teruk betul melayu hari ini.... sudah kena beli sama cina... dari pemimpin no1 sampai ke bawah...lagi apa mau cakap maa....

top