Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, March 30, 2016

HERAN EK, MENGAPA DALAM ISU LIM GUAN ENG, SPRM LANGSUNG TAK CERGAS!!! APA YANG SUDAH BERLAKU KEPADA SPRM?





Kerana mulut bongok si Teresa Kok dan cerita Fengshuinya yang dia sendiri pun antara percaya dengan tidak, DAP akhirnya membuat keputusan hanya empat orang sahaja yang dibenarkan bercakap tentang banglo dan hartanah yang dimiliki oleh Lim Guan Eng di No.25, Jalan Pinhorn, Georgetown.

Sekarang, DAP sudah mula memainkan isu baru untuk menjawab tentang banglo dan hartanah milik Lim Guan Eng, 'anak angkat baru' Tun Dr. Mahathir.

Jagdeep Singh yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan merupakan Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan kini menjadi benteng baru untuk menyerang balas BN yang telah mendedahkan tentang penjualan tanah Taman Manggis kepada KLIDC oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP.


Menurut Jagdeep Singh, terdapat bukti yang menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional BN telah merancang untuk membangunkan pusat komersial di tapak Taman Manggis Fasa II tetapi tidak diluluskan oleh Exco.

Exco perumahaan kerajaan negeri Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo mendedahkan beberapa dokumen yang membuktikan bahawa pentadbiran BN sebelum ini menolak permohonan Suruhanjaya Tanah Persekutuan untuk mengambil alih tanah Taman Manggis untuk dijadikan kawasan perumahan awam.
Dokumen itu termasuk minit mesyuarat bertarikh 28 Mac 2007 dan disahkan pada 4 April, 2007, yang menunjukkan bahawa exco kerajaan negeri ketika itu menolak permohonan suruhanjaya berkenaan. 
Pada sidang akhbar di bangunan Komtar, hari ini, Jagdeep mendedahkan bahawa mesyuarat exco pada 28 September 2005, yang diminitkan di bawah perkara 16.3, menyatakan bahawa exco kerajaan negeri ketika itu, Datuk Teng Chang Yeow memaklumkan bahawa satu blok rumah pangsa kos rendah telah pun dibangunkan di tanah berkenaan. (RUJUK SINI)

Justeru dengan alasan itu, halallah perbuatan menjual tanah itu kepada KLIDC dan kemudian KLIDC yang mendapat layanan tersangat istimewa daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pula dilaporkan menjual tanah tersebut kepada pihak ketiga, sebagaimana laporan polis yang telah dibuat oleh beberapa pihak.

Para pemimpin GERAKAN Pulau Pinang bagaimanapun, menafikan tuduhan Jagdeep Singh Deo, sebaliknya berkata, cadangan untuk menukar tanah tersebut menjadi kawasan komersial hanyalah proposal yang tidak diluluskan.

DAP cuba membuat pengeliruan menggunakan ilmu hikmah laywer terbang seperti Jagdeep Singh Deo yang juga merupakan anak mendiang Karpal Singh, saudara lelaki Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong.

Kalaupun BN mempunyai proposal untuk menukar tanah tersebut menjadi kawasan komersial, kuasa sebenar adalah pada Kerajaan Negeri kerana Kerajaan Negeri adalah penguasa tanah di negeri masing-masing.


Sedangkan pada tahun 2010, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual tanah tersebut kepada KLIDC, kemudian menawarkan tanah itu untuk dibeli oleh BN Pulau Pinang pada harga RM22 juta tetapi kemudian menipu dengan pelbagai helah dan menggelapkan wang deposit BN Negeri. Status tanah tersebut telah diubah pada tahun 2010 dan 5 tahun kemudian iaitu pada tahun 2015, dokumen hak milik telah pun dikeluarkan.

TIDAK BERMINAT UNTUK MEMBANGUNKAN dengan MENGUBAH DAN MENJUAL TANAH BERKENAAN adalah dua status yang sama sekali berbeza.

Lebih-lebih lagi kaitan paling besar adalah membabitkan Phang Li Koon yang merupakan eksekutif tunggal Tang Yong Chew untuk tiga buah syarikat yang lain, selain merupakan pemilik syarikat atau proksi yang mempunyai kepentingan perniagaan besar antara sebuah syarikat dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Phang Li Koon adalah orang yang telah menjual hartanah dan banglo pada kadar yang sangat murah kepada Lim Guan Eng.

Dengan sebegitu banyak pendedahan yang dibuat, berbanding tindakan-tindakan sebelum ini yang hanya melibatkan beberapa laporan, apa sudah berlaku kepada SPRM yang nampaknya seperti memberikan ruang yang sangat besar kepada DAP dan Lim Guan Eng untuk menjadikan media sebagai peguambela dan hakim mereka dalam kes ini.

Apakah berdasarkan persepsi media, maka Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang tidak akan didapati bersalah dan dibebaskan oleh SPRM, memandangkan sikap yang ditunjukkan oleh SPRM kepada Lim Guan Eng, amat mesra dan bersopan santun... jauh benar bezanya apabila SPRM mengambil tindakan ke atas mana-mana agensi atau orang kerajaan.


6 comments:

Anonymous said...

Sebelum buat kertas siasatan SPRM krna tunggu bini masing2 bagi kelulusan
Sebelum ambill keterangan saksi SPRM tggu bini bagi arahan selanjutnya
Setelah kumpul keterangan SPRM tunggu bini bagi kelulusan
Setelah semua laporan siasatan SPRM beri laporan pada bini masing masing
Setelah laporan siap bini bini SPRM simpan dalam peti.....

Hamba Allah said...

Salam

Tuan admin Blog.. saya sudah lama geran dan memerhati kenapa SPRM double standard dan hanya akan CERGAS kalau melibatkan UMNO dan Melayu..Bro, saya sekian lama dh duk posting pasal parasit dlm SPRM.

Mana dia kegalakan Abu Kassim dan anak didiknya Dato Bahri Bini Dua ekor yang dulu kemain galak nak dakwa Najib?

Mana dia geng2 galak dr SPRM Dato Syukri yang dulu buat2 kelam kabut depan kamera TV3 seolah2 esok2 Najib akan ditahan.. padahal siasatan baru nak mula.

AG di asak oleh SPRM untuk cepat2 dakwa Najib walaupun mereka belum habis siasat?

Siapa sebenarnya org dlam SPRM pelik benar.

Isu bauksit. mentang2 lan negeri BN perintah sepantas kilat terus TANGKAP. Xde main2 statement dah

Isu KBS.. terus tangkap.. SPRM tunjuk taring bukan main. Padahal isu itu baru sja masuk media.

Tapi isu yg melibatkan Pakatan Haprak, SPRM jadi BUTA, jadi BODOH dan diperbodohkan ataus ebenarnya dibeli dari dalam?

SPRM langsung tak proaktif, tidak pula galak nak masuk TV# cerita pasla kes ini, siapa dan mengapa. Sedangkan ini melibatkan peyelewengan yang sama dengan orang yang telah dihukum penjara (Khir Toyo)

dan juga penyelewengan t anah rakyat yang jelas bukti ada hubungkait dengan rasuah pembelian banglo.

Sekali lagi SPRM BISU PEKAK dan BONGOK.. dua isu besar ini tidak segalak isu2 jika melibatkan org Melayu UMNO.

Isu Cameron Highlands, kawasan cinapek2 DAPig buat kebun.. umum sudah tahu rasuah berleluasa, orang kampun di Berichang pun sudah maska rasuah di situ.. Cinapek di Ringlet seperti RAJA.. SPRM pengecut tak berani langsung masuk atau juga telah dibeli?

Inilah penipu2 yang bertopeng dengan 'accountability' . Inilah slogan Cinapek Lim tokong Sial penang CM DAP. CAT kononnya. CAT itulah dia membaham segala macam rasuah. Kes BUkit Gambir di gondol.. SPRM BISU dan MUNAFIK. Tak segalak isu2 IMDB.

Kes Tambak laut di sepanjang perisaran Jelutong Highway, kes penjualan tanah secara massive tanpa kelulusan rasmi EXCO Negeri di Batu Kawan kepada kroni Temasik Group Singapore.

Kes penyelewengan dana denda plastik. berjuta2 dikhabarkan lesap. Kutip duit hari2 tapi ke mana wnag itu?

Kemudian kes Terowong Bawah Laut di Bagan Ajam, harga kos sebenar seolah2 menipu dan comapny konsultan yang dibayar itu bagaimana kelulusan diperolehi.

Ya Allah. tuad Admin. Tk boleh kah ajak rakan2 bloggers pro BN gertak sikit SPRM atau siasat siapa sebenarnya HANTU RAYA / 'malaiakat tak dikenali' dalam SPRM. Lapiji Sotong boleh di denda hanya Rm1800, seolah2 diatur oleh geng mereka jugak.. supaya tak cukup RM200 yg boleh hilang kelayakan nya sebagai Ahli PArlimen.

Nampak sgt Malaysia dikuasai oleh parasit2 Pakatan Haprak dalam agensi2 Kerajaan!


Wallahualam

khairul zahari said...

betul tu bro. sana sini heboh pasal najib songlap duit. yg terbaru channel abc news dok putar cerita duit masuk akaun najib dan pembunuhan altantuya. apa depa ni takde keje ke?? kan peguam negara dah bersihkan najib dari sebrg salah laku. depa ni tak paham2 juga ke?? apa kata blogger2 pro-umno bersatu dan sekolahkan diorg yg tak reti bahasa ni. ini mesti dengki tgk kejayaan malaysia di bawah pentadbirab najib. malaysia dulu tak begitu dikenali tp skg sgt la famousnya. dulu takde kapal selam..skg dah ada.dulu bayar tol sikit tp skg byr banyak...dulu takde brim tp skg dah ada. najib berjaya bawa masuk pelabur dan penderma. pm lain mana boleh buat macam najib. brim boleh bagi kepada rakyat miskin. dlm perangi rasuah pula malaysia di belakang brazil. insyaallah bagi sepenggal lg malaysia dengan zumba KJ boleh mengatasi samba brazil. sama2 kita doakan yer....

penang-iklan said...

SPRM bukan tak cergas tetapi dah terkulai layu bila berdepan dgn apek DAP. rakyat sedang memerhati tindakan SPRM menangani isu LGE.

Anonymous said...

Rasanya ramai pegawai SPRM telah dibeli oleh DAP...percaya atau tidak?

Anonymous said...

Saya rasa percaya juga yang ramai Pegawai SPRM ni dah dibeli oleh DAP. Terlalu ketara sangat cara siasatan yang nampak sangat lain macam lajunya bila melibatkan pemimpin UMNO/BN tetapi bergerak macam siput apabila melibatkan pemimpin DAP terutamanya. Apapun masing-masing jawablah dengan Tuhan di Akhirat kelak.

 
Blogger Templates