Saturday, March 19, 2016

HILANG SEGALA TELUR DAN KEBERANIAN NETIZEN MELAYU... BAB NAJIB, MEMAKI HAMUN... BAB GUAN ENG, TEKUP TELUR SAMBIL MELALAK!!!



Belum pun lama kita berbulu mata dengan gelagat Netizen khususnya dari bangsa Melayu yang cukup hebat berhujah, seolah-olah mereka adalah pakar kewangan, ekonomi, perbankan, mahupun pelaburan walaupun sesetengah daripada mereka tidak dapat membezakan apa itu SUKUK, apa itu BOND, apa itu SAHAM atau apa itu ANDIL. Malah ramai juga yang tidak dapat membezakan HUTANG LUAR NEGARA, HUTANG NEGARA dan HUTANG KERAJAAN.

Tapi kalau bab mengutuk 1MDB, menghentam RM2.6 bilion, menghentam GST 6%, merekalah jaguh. Tidak cukup dengan itu, ditambah pula dengan cercaan ke atas Perdana Menteri dan isterinya. Bahkan dikaitkan pula dengan UMNO walaupun UMNO itu hanyalah entiti yang tidak akan bergerak tanpa ahli atau pemimpin di dalamnya.

Masa timbul kisah Khir Toyo, mereka jugalah yang paling hebat mengutuk bekas Menteri Besar Selangor itu. Bukan main, seolah-olah mereka adalah golongan yang paling suci, paling zuhud, menolak dunia dan tidak langsung bernafsu.

Itu belum lagi cerita tentang tanah TRX, atau Tabung Haji dan TNB yang dituduh mahu bail-out 1MDB dan menyelamatkan pungkur Najib. Bukan sahaja bail-out malah ditimbulkan juga kononnya semua itu adalah rasuah, penyelewengan, sebat duit rakyat dan menjarah hak rakyat. Rakyat kononnya akan menanggung kesan daripada perbuatan tersebut.

TETAPI....


Apabila timbul kes Lim Guan Eng beli rumah pada harga di bawah harga pasaran, dikaitkan pula dengan rompakan tanah yang telah ditetapkan untuk pembinaan PPRT orang miskin tetapi diserahkan kepada syarikat di mana bekas pemilik rumah Lim Guan Eng mempunyai kepentingan di dalamnya, semuanya diam membisu, tidak bertelur, bahkan cuba mengalihkan isu.

Lebih malang pula, ada yang berkata, semua ini hanyalah cubaan UMNO-BN untuk mengalihkan isu semata-mata.

Alih isu?

Ternyata, Netizen yang sebelum ini cukup hebat bercakap tentang HAK RAKYAT, tentang anti-rasuah, anti-penyelewengan, anti-salahguna, SEKADAR BERANI DENGAN PEMIMPIN MELAYU UMNO-BN. Bila membabitkan Cina DAP seperti Lim Guan Eng, mereka hilang telur bahkan kalau ada telur pun, saiznya sudah bertukar menjadi sebesar biji kacang hijau yang terpaksa dipekup-pekup agar orang yang melihatnya, tidak mentertawakannya.


8 comments:

Anonymous said...

hrp jgn komen bnyk pasal lge nanti puak pan marah melenting lenting.

Anonymous said...

Cina bersatu. Melayu ada sifat dengki yang tinggi. Cina bagi Melayu duit, kedudukan yang baik maka Melayu cepat terhutang budi kat bangsa Cina

Anonymous said...

Setuju 100% harap ramai Melayu akan sedar akan kelicikan puak puak pemakan dedak DAP.

Anonymous said...

bagi akulah ,celakalah MELAYU semacam tu,....bab sesama bangsa,sesama agama,...dengki nak mampus,,,sebab tulah payah nak berkat rezeki,tak pernah cukup-cukup.

Anonymous said...

kah kah kah....ha ha ha....hi hi hi....hu hu hu......meleleh air mata ketawa. telur dah jadi sebesar kacang hijau..admin ni kelakarlah. ialah masa khir toyo kena..bukan main..pakai loud speaker bila bercakap. kena kat tongkang lge..cakap pun bisik2 macam nak ngajak ngentot.

ahmad zubib saad said...

Gambaq lama tuu

Anonymous said...

Memang patut kita namakan melayu yg mengutuk UMNO dan pemimpin melayu sebagai babi babi. Kena tang melayu bukan menguek macam babi siap bertukar jadi anjing lagi..menyalak sakan siang malam..tetapi kena tang CINA LGE ni..terus senyap..sial punya manusia..kecik kecik tak nak mampus dah besar menyusahkan ramai melayu.

Anonymous said...

Bagi aku , tak kiralah engkau bangsa apa . .kalau engkau derhaka kepada rakyat engkau mesti dihukum.Tak ada dalam quran yang suruh hukum orang kapir ajer, orang Islam pulak boleh buat sesuka hati , . . . boleh maki orang , boleh rembat duit rakyat dll.Ada ke ajaran tu dalam Islam.Jadi untuk kawan2 ku yang Islam , aku seru 'hayatilah perintah Allah, bukan terjebak dengan hasutan setan'.

top