Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 7, 2016

HINA IBADAH UMRAH PERDANA MENTERI, PEMIMPIN DAP JOHOR DILAPOR POLIS!!!




Presiden Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pro BN, Zulkarnain Mahdar tampil membuat satu laporan polis terhadap Timbalan pengerusi DAP Johor Bahru, S. Ramakrishnan Suppiah atas tindakan beliau memuatnaik gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Masjidil Haram dengan kapsyen yang berbaur rasis di laman sosial Facebook miliknya, baru- baru ini.

Zulkarnain berkata perbuatan S. Ramakrishnan itu merupakan satu tindakan yang melampau dan keterlaluan dan tidak mementingkan sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.

“Gambar itu bukan sekadar ditujukan kepada PM tetapi ia juga ditujukan kepada seluruh umat islam. Sekarang ini, gambar ini viral di Facebook dan Whatsapp.

Katanya, tindakan biadap pemimpin DAP itu menimbulkan kemarahan semua umat Islam di negara ini.

“Perbuatan tersebut seolah-olah menuduh bahawa Masjidil Haram ini merupakan tempat untuk penghapusan dosa dan setelah datang sini, kita boleh pula melakukan dosa akan datang.

“Masjidil Haram ini satu tempat yang suci dimana ini tempat yang bukan boleh dimainkan. Tempat ini adalah satu tempat untuk kita mengabdikan diri kepada tuhan.

“Setiap agama mempunyai kaedah masing- masing untuk mengabdikan diri kepada tuhan, dan sepatutnya S. Ramakrishnan perlu sensitif,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa membuat laporan polis terhadap S. Ramakrishnan di Balai Polis Karamunsing, disini, hari ini.

Selain itu, tegas beliau, S. Ramakrishnan tidak boleh mencampur adukkan soal agama dan politik.

“Urusan dosa ini adalah urusan dengan Tuhan. Kita mempunyai kefahaman agama masing- masing dan saya fikir tidak seharusnya kita mencampur- adukkan politik dan agama,” ujarnya.

Beliau berharap agar pihak polis dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi perkara ini.

Ini akan menimbulkan satu persepsi yang tidak baik di kalangan mereka yang bukan beragama islam, seolah-olah apabila kita ke Masjidil Haram, dosa kita akan terhapus, katanya.

Terdahulu, S. Ramakrishnan memuatnaik gambar PM dan isteri memakai ihram dan duduk di Masjidil Haram ketika melakukan umrah dan disertakan kapsyen “All sins cleared”. Selain itu, di dalam gambar tersebut ditulis “Now we can steal again”. (SUMBER)


3 comments:

Anonymous said...

Obama adalah pemimpin terhebat di abad ini untuk Amerika. Ini fakta.

Namun kehebatan itu tidak beliau gunakan untuk memperkecil kecilkan semua agama atau untuk nampak lebih hebat.

Malangnya seorang pemimpin kerdil dari sebuah parti yang kecil tidak mahu menerima hakikat kekerdilan sebaliknya guna jalan salah untuk nampak lebih hebat.

Anonymous said...

Memang celako ramakrishnan ni, YB bodoh!!! Aku doakn dia cepat mampos, jadi kayu api neraka.

Anonymous said...

ini pariah kalau menyelam kat sg gangga bolih tukar kasta tak?

 
Blogger Templates