Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 24, 2016

JANGKAAN ABDUL RAHMAN DAHLAN TEPAT, LIM GUAN ENG MENGADU DENGAN WARTAWAN DAN PUTAR BELITKAN FAKTA DIA DIUSIR DARI DEWAN RAKYAT!!!



Seperti yang dijangkakan oleh Abdul Rahman Dahlan tatkala Lim Guan Eng dan rakan-rakan Ahli Parlimen DAPnya bikin onar dan provokasi di Dewan, yang mengatakan, Lim Guan Eng mencari helah untuk ditendang keluar dari Dewan dan kemudian mengadu di hadapan wartawan mencari simpati sambil menyalahkan orang lain. Walhal dia tidak berani langsung menjawab dan mendengar pendedahan yang akan dibuat di hadapan mukanya di Dewan Rakyat. 

Itulah yang dilakukan oleh Guan Eng. 

Di hadapan wartawan, Lim Guan mendakwa, pengusirannya dari Dewan Rakyat semalam menunjukkan perdebatan di Dewan Rakyat tidak dijalankan mengikut Peraturan Mesyuarat.

Lim yang merupakan Ahli Parlimen Bagan berkata, dia sangat kecewa dengan Timbalan Speaker, Datuk Ismail Mohamad Saad yang memandang mudah penggunaan perkataan 'bohong' dalam sesi Parlimen. 

"Ia telah diputuskan pada tahun 1986 bahawa ia melanggar peraturan Parlimen bagi sesiapa yang menggunakan perkataan tersebut.

"Sesiapa yang menggunakannya dan tidak menarik balik boleh diusir keluar, tetapi kali ini orang yang cuba mempertahankan Peraturan Mesyuarat pula yang diusir," katanya. 

Ismail telah memutuskan Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) yang menggunakan perkataan 'bohong' merujuk kepada apa yang dikatakan oleh Lim Guan Eng, bukannya ke batang tubuh Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen, Lim Guan Eng mendakwa, inilah kali pertama Ahli Parlimen diusir kerana mempertahankan Peraturan Mesyuarat.

"Dia (Abdul Rahman) tidak bercakap tentang fakta. Dia hanya mengatakan 'orang yang berbohong adalah Bagan.

"Faktanya ialah saya yang diusir keluar merupakan petunjuk bahawa keseluruhan perbahasan tidak dikendalikan mengikut Peraturan Mesyuarat," dakwa Guan Eng yang kebelakangan ini kerap mengadakan sidang media tetapi langsung tidak berani menjawab tentang skandal tanah dan hartanah yang melibatkannya. 

Sepanjang 40 minit lebih kekecohan yang ditimbulkan, memang jelas Lim Guan Eng melakukan provokasi bergilir-gilir dengan Gobind Singh Deo dan Kashturi Patto serta Hanipa Maidin bagi menghalang Abdul Rahman daripada membuat penggulungan dan menjelaskan bahawa label bohong yang diberikan kepada Lim Guan Eng adalah bersabit dengan kenyataan Guan Eng sendiri bahawa harga minimum rumah mampu milik di Pulau Pinang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. 

Selain itu, Lim Guan Eng juga jelas gementar dengan pendedahan mengenai penjualan tanah PPR kepada KLIDC yang kemudian dijual pula kepada syarikat lain pada harga RM20 juta dengan keuntungan atas angin selepas 5 tahun tanpa berbuat apa-apa di tanah PPR tersebut yang turut telah bertukar status.

Nampak sangat Lim Guan Eng sudah terdesak....


2 comments:

Anonymous said...

Ahmad Dahlan...dapat 2 bukti lagi..herankan...mana mudah nak dapat bukti yang sememangnya ditutup rapi puak Dap ni...ada 2 kemungkinan ....satu....Dap Penang yang bengang sangat dengan Guan Eng so mereka yang beri semua dokumen2 tu....atau kedua...Betty isteri Guan Eng sendiri yang serahkan bukti2 tu pada musuh Guan Eng sbb geram sangat Guan Eng menggatal dengan Miss P...di sibi ada 2 orang Miss P...amacam...rasa2 mana satu...

Anonymous said...

Duit ngan burit kalau lambat orang lain yang kebas..... Hehehehe.....

 
Blogger Templates