Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 24, 2016

KALAU TAK ADA 'HUBUNGAN ISTIMEWA' ANTARA GUAN ENG-PHANG LI KOON, GUAN ENG BOLEH BELI TAK DENGAN DISKAUN 60%?!!!



MCA menimbulkan persoalan sekiranya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan mampu membeli hartanahnya pada harga di bawah pasaran sekiranya bukan kerana 'hubungan istimewa' antara pemilik hartanah tersebut dan rakan kongsi perniagaannya. 

Pengerusi Biro Publisiti parti itu, Chai Kim Sen merujuk kepada dakwaan hubungan antara Lim Guan Eng dengan bekas pemilik hartanah tersebut, Phang Li Koon dan rakan kongsinya, Dr. Tang Yong Chew.

Dalam kenyataannya, Chai mendakwa, Phang mempunyai 'hubungan luar biasa' dengan Kerajaan Negeri dan secara sengaja cuba mengelak daripada menyebut tentang perkongsiannya dengan Tang, pemilik majoriti saham dalam Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) di mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng menjual tapak untuk PPR kepada syarikat berkenaan.

Menurutnya, Lim dan Phang cuba mengelakkan isu yang membabitkan penjualan tanah Taman Manggis. 

"Phang dan Tang adalah rakan kongsi dan pengarah dalam tiga buah syarikat lain dan kesemua maklumat tersebut boleh diperolehi menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)," katanya. 

Menurutnya lagi, Phang membina hubungan rapat dengan isteri Lim Guan Eng, Betty Chew sebaik-baik sahaja Pakatan Rakyat mengambilalih Pulau Pinang. 

"Kenyataannya dalam bentuk Akuan Bersumpah yang dibacakan oleh Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh hanya membuktikan hubungannya dengan Kerajaan Negeri di luar daripada kebiasaan."

Menurutnya, ini juga menunjukkan Phang mempunyai hubungan rapat yang sangat luar biasa dengan Kerajaan Negeri, termasuklah dengan Ketua Menteri dan isterinya selain dengan pemilik saham majoriti dalam KLIDC.

"Adakah Tang dapat membeli tanah Taman Manggis pada kadar harga yang sangat rendah sekiranya bukan kerana hubungan istimewa ini?

"Malah, bolehkah atau mampukah Lim Guan Eng membeli hartanahnya dengan harga di bawah pasaran," tanyanya sambil menambah, Lim dan Phang perlu menjelaskan isu tersebut kepada masyarakat Malaysia. 

Minggu lepas di Parlimen, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya mendakwa Lim Guan Eng telah membeli sebuah hartanah hanya pada harga RM2.8 juta, angka yang didakwanya terlalu rendah berbanding nilai pasaran semasa bagi hartanah di kawasan terbabit.

Pada Selasa lepas, Phang Li Koon membuat Akuan Bersumpah yang cuba menjelaskan tentang pembelian dan merayu kepada orang ramai agar tidak mengganggunya memandangkan hartanah tersebut telah dijual berasaskan prinsip 'willing buyer, willing seller."


2 comments:

Anonymous said...

Skandal

Anonymous said...

siasat cepat la sprm....jgn tunggu lama2.

 
Blogger Templates