Saturday, March 12, 2016

KECOH APABILA ISTERI P.I BALA MOHON MAAF BAGI TUJUAN MENDAPATKAN WANG KERANA FITNAH ROSMAH MANSOR BUNUH SUAMINYA!!!


Kekecohan tercetus dalam sidang media di Petaling Jaya apabila isteri mendiang P.Balasubramaniam meminta maaf kepada Perdana Menteri dan isterinya kerana telah menuduh mereka membunuh suaminya tetapi kemudian menarik semula permohonan maafnya.

Dalam sidang media yang dibuat di Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia (MINDA), A. Santamil Selvi pada mulanya membaca kenyataan yang memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya kerana tuduhan-tuduhan dan kesusahan yang dia dan keluarganya telah lakukan.

Apabila diminta penjelasan mengapa 'secara tiba-tiba' dia memohon maaf, Santamil berkata, dia telah membuat segala tuduhan dalam keadaan marah.

"Saya marah dan sangat kecewa dengan kematian suami saya. Dan selepas mendengar semua orang menyalahkan Datin Seri Rosmah Mansor (isteri Najib), saya juga terpengaruh yang dia telah membunuh suami saya. Itulah sebabnya mengapa saya ingin menarik kembali semua tuduhan saya dan saya memohon maaf kerana menyebabkan masalah kepada keluarga," katanya.

Balasubramaniam adalah penyiasat persendirian sewaktu pembunuhan Altantuya Shaaribu, kekasih rakan rapat Najib, Abdul Razak Baginda.

Balasubramaniam meninggal dunia pada tahun 2013 tidak lama selepas kembali dari India, telah membuat dua akuan bersumpah yang menuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Akuan bersumpah kedua pula dibuat untuk menarik kembali akuan bersumpah pertama.

Ditanya sama ada dia akan menarik kembali tindakan undang-undang yang diambil ke atas Perdana Menteri dan isterinya, Santamail enggan menjawab.

"Saya berada di sini untuk mendapatkan dana untuk pelajaran anak-anak saya. Mereka yang telah berjanji kepada saya sejumlah wang dan banyak yang lain, tidak menunaikan janji, jadi saya berada di sini untuk mendapatkan wang daripada NGO ini.

"PKR telah berjanji akan memberikan bantuan kewangan kepada saya tetapi apabila saya menemui mereka, saya diminta menemui Barisan Nasional yang mungkin akan memberikan tawaran yang lebih baik. Saya tidak ada pilihan, jadi saya berada di sini.

"Saya menderita selama tiga tahun selepas kematian suami saya pada tahun 2013 dan sekarang saya bersetuju yang dia meninggal dunia kerana masalah jantung dan bukannya dibunuh," katanya.

Pada 2013, Santamil dan ketiga-tiga orang anaknya telah menfailkan saman ke atas Perdana Menteri kerana 'menyebabkan' mereka sekeluarga melarikan diri ke luar negara dari tahun 2008 sehingga 2013.

Saman itu turut menamakan adik lelaki Najib, Datuk Ahmad Johari Abdul Razak dan Datuk Mohd Nazim Abdul Razak, Tan Sri Cecil Abraham dan anak lelakinya, Sunil Abraham, Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat dan peguam M. Arunapalam sebagai responden.

Tekanan daripada para wartawan antarabangsa khususnya tuduhan yang mengatakan dia telah dirasuah dan dibeli untuk mengeluarkan kenyataan dalam sidang media itu, menyebabkan kekecohan tercetus. Santamil telah ditekan bagi mendapatkan penjelasan mengapa dia perlu meminta maaf kepada Perdana Menteri, Santamil berkata, ia bertujuan untuk mendapatkan dana bagi pendidikan anak-anaknya. Dan apabila ditanya, adakah dia akan menarik kembali samannya, Santamil berkata, tidak, sambil menambah, "Apa sahaja yang Bala katakan adalah benar. Saya hanya mengulanginya apa yang telah saya kataka. Saya menyalahkan Rosmah kerana kematian isteri dan sekarang saya katakannya kembali."

Ditanya adakah dia masih percaya bahawa Najib dan bekas penganalisa politik, Abdul Razak Baginda terbabit dalam pembunuhan itu, Santamil mengangguk.

Tercetus pertengkaran antara Santamil dan Ramesh Rao. Tidak lama selepas itu Santamil bangun dan menjerit kepada para wartawan apabila mengatakan, dia berada di situ hanya untuk mendapatkan dana bagi pendidikan anak-anaknya dan tiada mengena dengan Najib atau Rosmah.

Timbalan Presiden MINDA Zakuanhafiz Ahmad Ansari kemudiannya mengambil peranan selepas Ramesh Rao turut keluar dari bilik tersebut selepas bertengkar dengan Santamil. Zakuanhanif cuba menerangkan berdasarkan apa yang dia tahu tentang situasi tersebut.

Menurutnya, Selvi telah cuba mendapatkan bantuan daripada PMSP dan pada masa yang sama mahu memohon maaf kepada Rosmah kerana tuduhan-tuduhannya. Dia menambah bahawa Selvi marah dengan beberapa orang ahli PKR kerana membuat janji-janji palsu kononnya mereka akan menjaganya dan keluarganya.

"Drama ini berlaku kerana Selvi tertekan dengan wartawan antarabangsa dan kerana itu, gagal menjawab soalannya," katanya.

"Para wartawan seharusnya membenarkan wanita malang itu menghabiskan kenyataannya sebelum melemparkan pelbagai soalan kepadanya."

Zakuanhafiz turut mengulas, sekiranya ahli-ahli PKR tersebut menunaikan janji-janji mereka untuk menolongnya, sudah tentu Santamil tidak perlu muncul di sidang media itu hari ini.

Daripada pengakuan Selvi Santamil sendiri, dia dan keluarganya telah diberikan RM20,000 sebulan untuk perbelanjaan mereka selepas mereka melarikan diri dari negara ini pada selepas suaminya membuat akuan bersumpah sensasi itu pada tahun 2008 yang menuduh Najib ada hubungan dengan Altantuya.

P.I Bala kemudiannya membuat akuan bersumpah kedua untuk menarik kembali akuan bersumpah pertama dan selepas itu dia dan keluarganya secara rahsia melarikan diri ke India sebelum pulang pada Mac 2013 dan meninggal dunia.

Dari Sumber: 

FMT
The Star Online 
Asiaone 

 

2 comments:

Anonymous said...

mabuk toddy le tu. next step racun tikus

Anonymous said...

Kesian wanita malang ini.Dia dan anak2 telah menjadi mangsa politikus yang tidak berperikemanusiaan.Semoga Allah menghukum manusia2 rakus yang menganayai mereka ini .

top