Friday, March 18, 2016

KEPALA DUA MUKHRIZ TERBUKTI... UCAPAN SIANG UNTUK UMNO, UCAPAN MALAM MEMBELASAH UMNO!!!



Perasmian serentak Mesyuarat Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Jerlun semalam telah dirasmikan oleh Mukhriz Mahathir. Dan semalam juga, Mukhriz menunjukkan 'dua mukanya' yang sebenar apabila bertukar watak pada hari yang sama, tetapi lokasi yang berbeza.

Di Jerlun, ucapannya untuk UMNO tetapi ucapannya di pertemuan dengan Gerakan Ketua-Ketua Cawangan Malaysia di sebuah kedai makan di Sungai Petani pula, adalah untuk menghancurkan UMNO walaupun terselindung di sebalik alasan menjatuhkan Presiden.

Sesuatu yang ketara ialah, ketiadaan Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Puteri Bahagian. Daripada 25 orang AJK Bahagian pula, hanya 12 orang yang hadir. Hanya suku daripada keseluruhan Ketua Cawangan yang hadir. Hadirin di dalam dewan pula terdiri daripada ahli-ahli biasa dan para penyokong yang bukan ahli UMNO pun, menurut sumber.

Sebagai Ketua Bahagian Jerlun yang ditatang sebelum ini, Mukhriz ternyata sudah hilang kawalan dan cengkaman ke atas Bahagiannya sendiri. Pengaruh dan aura Mukhriz yang diuar-uwarkan serta diperbesar-besarkan sebelum ini, tidaklah setara mana. Malah Mukhriz dilihat sedang bergelut untuk mengekalkan keberadaannya dalam dunia politik tanahair apabila memilih laluan yang lebih sukar menerusi persengkokolan dengan Pembangkang, khususnya DAP dan PKR untuk menggulingkan Najib Abdul Razak.


Difahamkan, sambutan kepada Mukhriz di Sungai Petani pada sebelah malam juga, amat memalukan bagi seseorang yang dikatakan mewarisi kebijaksanaan bapanya, bekas Perdana Menteri Malaysia yang membangunkan negara ini selama 22 tahun dengan cara menggadaikan kepentingan kepada taukeh-taukeh konglomerat kapitalis yang akhirnya, perlu ditanggung oleh rakyat Malaysia selama beberapa dekad, sedangkan keuntungan kepada Bumiputera, terlalu kecil.

Rekod Mukhriz di Sungai Petani tidak begitu baik memandangkan ketika UMNO Sungai Petani bergejolak dahulu, Mukhriz tidak pernah meluangkan masa dan mencari jalan mendamaikan mereka. Sebaliknya semua urusan di Sungai Petani diserahkan sepenuhnya kepada Ahmad Bashah yang merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri pada waktu itu.

Hanya sesudah Sungai Petani kembali 'aman', barulah Mukhriz menunjuk mukanya di sana.

Kempen yang dijalankan oleh Mukhriz terutama menerusi kenyataan-kenyataan besar diri, kononnya rakyat Kedah bersama-sama Mukhriz, sedang dan semakin mengecil. Mukhriz seharusnya bermuhasabah dan mula memikirkan untuk menumpukan lebih perhatian kepada syarikat-syarikat perniagaanya berbanding politik kerana Mukhriz memang tidak berbakat sebagai ahli politik pun!

Lebih-lebih lagi kalau terpaksa bersandar kepada bapanya yang sudah berusia lebih 90 tahun itu!


1 comment:

Anonymous said...

Mukhriz ni setan botak...

top