Thursday, March 3, 2016

KERJA DAP SUDAH SELESAI APABILA MAHATHIR BERSATU DENGAN PEMBANGKANG!!!



Untuk menguasai kuasa di Malaysia, DAP tahu mereka hanya perlu menjahanamkan UMNO dan apa-apa sahaja institusi berasaskan Melayu-Bumiputera. Matlamat DAP untuk menguasai PRU-13, sudah semakin berjaya setelah mereka berjaya memecah-belahkan satu lagi parti Melayu iaitu PAS menjadi Parti Amanah Negara selain menimbulkan kecurigaan dan syak wasangka di dalam parti tersebut.

Masalah dalaman yang sedang dihadapi oleh Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan DAP sekarang ini, telah berjaya disembunyikan dengan berita-berita membabitkan Anwar Ibrahim, Dr. Mahathir, Muhyiddin Yassin, Perhimpunan Anti Najib 27 Mac dan gelagat para penyokong PROTUN yang cukup yakin dapat menggulingkan Najib Abdul Razak dalam tempoh yang terdekat ini.

Secara tiba-tiba berita tentang Lim Guan Eng dan gaya hidup mewah Betty Chew hilang dari radar apabila tumpuan diberikan kepada perpecahan dalam UMNO dan cita-cita serta harapan untuk melihat UMNO ruyup dalam tempoh terdekat.

Isu-isu membabitkan penyelewengan wang yang sangat besar oleh Lim Guan Eng, penambakan laut, pembayaran terlebih nilai serta pembayaran besar yang dibuat untuk kerja-kerja tidak bermutu bahkan menjadi lelucon seperti laluan sesikal di atas laluan pejalan kaki dengan menggunakan cat murah, selain pembotakan puncak bukit dan penjahanaman alam sekitar di Pulau Pinang, langsung tidak lagi disentuh dan dilupakan begitu sahaja.


Lim Kit Siang terus bercakap tentang pertemuannya dengan Mahathir untuk menggulingkan Najib Abdul Razak. Para pemimpin DAP bertaraf anak-anak ikan pula terus bercakap tentang perkara-perkara remeh termasuklah harga roti canai walaupun kawasannya di Kelang merupakan antara penghidap demam denggi tertinggi di Malaysia.

Begitu juga dengan penghinaan yang dibuat oleh para pemimpin DAP ke atas ibadah umrah Najib Abdul Razak walaupun mereka sebenarnya amat memusuhi Islam.

Kerja DAP dan Kit Siang nampaknya sudah hampir selesai. DAP terselamat sekali lagi!!!

6 comments:

Anonymous said...

aku sedih dgn pengkhianat -pengkhianat Umno terhadap Umno....menolak NAJIB dalam pru bermakna menolak Umno kerana Najib adalah ketuanya....secara tak langsung mengkhianati Melayu penyokong Umno yang memberi kedudukan dipelbagai jawatan selama puluhan tahun.

terasa sebak kerana semasa dia hadapi masalah dulu,orang-orang Umno inilah yang membela dia dan memberi undi padanya...aku tak dapat luahkan berkecamuknya hati aku dgn pelbagai harapan dan doa samada negatif ataupun positif terhadap pengkhianat-pengkhianat ini....semoga Tuhan membalasnya.

juragan 69 said...

Betul bhai semoga tuhan membalasnya..ttp pd siapa yg tuhan akan balas?kpd yg traniaya atau yg meniayai..itu persoalannya..bhai bgaimana jika tuhan mmbalas kpd najib yg mnjdkn UMNO terus lemah..adakh tuhan juga bersalah hnya kerana NAJIB ketua umno..knp umno menolak anwar?sdgkn dia juga brpngaruh kpd umno dan dia bakal ketua???knp ahli umno rela(rela ke)tolak tsmy bakal ketua umno hnya kerana mmbongkar onar ketua.. knp najib sbgi ketua tk saman tsmy dgn tuduhan mmfitnah ketua?
Bhai tkda beza dgn sultan adil sultan disembah..sultan zalim sultan disanggah.. adakh tuhan salah jika sultan disnggah oleh rakyat???bhai jika sygkn umno maka kita pastikn umno hak bangsa..dan bkn hak najib semata2
U-untuk
M-mohd
N-najib
O-Only...
bukan umno yg ditolak atau dibenci..gua sbgi ahli umno juga ada hak sbgi ahli..dn najib mnjd ketua juga atas kuasa tuhan..dn jatuhnya beliau juga kuasa tuhan...

Anonymous said...

Melayu mudah lupa.. Melayu sendiri hancurkan melayu. Apabila tun m bersama dgn kafir, maka tun m serupa dgn kaum itu. Dh termaktub dalam alquran.

anoymous said...

Tun mahathir sanggup bersama dap untuk menghancurkan imni dan najib...semoga segala usaha ini gagal dan najib dan umno sentiasa bawah lindungan Allah..

juragan 69 said...

Bhai blh jatuh kafir ke jika kita jatuhkn melayu???fuyooo camana llk kes umno vs pas...sapa yg jd kafir disini?adakh dulu pas kafir bila bersama dap lwn bn(umno) dan tk kafirkh umno besama gerakan/mca lwn pas..perghh lu nyer tafsiran superb bhai..hmmm

Anonymous said...

juragan 69 buat2 bodoh, kafir-mengkafir dimulakan oleh pas. Allah bayar cash, parti pas yang kononnya parti Allah pun boleh berpecah. tak teringin ke nak masuk syurga sebab bukankah pangkah pas masuk syurga. sebab nak kan kuasa, matlamat menghalalkan cara. Dap pun tahu yang dalam pas, ada yang sembah Allah direct dan ada yang sembah Allah melalui manusia. jadi dap tumpukan kepada yang sembah Allah melalui manusia, konklusinya tertubuh PAN.

top