Saturday, March 19, 2016

KES PATI DI IOI MALL... MARAH SEBAB PATI DITANGKAP, PIHAK BERKUASA BILA LAGI NAK TANGKAP MAJIKAN PATI?



Peniaga makanan di foodcourt IOI City Mall merungut yang perniagaan mereka amat terjejas selepas Jabatan Imigresen melakukan operasi menangkap PATI dan pekerja asing haram, tiga hari lepas. Pekerja-pekerja asing tersebut biasanya bertugas membersihkan meja-meja makan dan mengambil pinggan mangkuk kotor.

Ketiadaan mereka, menyebabkan pinggan mangkuk dan peralatan makanan yang telah digunakan, berselerak di atas meja di Food Junction pusat membeli belah itu yang terletak di tingkat dua.

Seramai lebih 200 orang pekerja asing dari Indonesia, Myanmar dan Bangladesh telah diberkas dan dihantar ke Pusat Tahanan Bukit Jalil untuk siasatan lanjut pada hari kejadian. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat berkata, para pekerja haram tersebut ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuklah menyalahgunakan pas lawatan sosial, tinggal di negara melepasi tempoh yang dibenarkan dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Menariknya, banyak rungutan yang dibuat, menunjukkan kepentingan diri sendiri lebih diutamakan berbanding menghormati undang-undang negara. Malahan mereka langsung tidak berasa bersalah kerana melanggar undang-undang serta peraturan negara ini hanya kerana keuntungan besar.

"Sekarang adalah musim cuti sekolah dan kami berhadapan dengan jumlah pelanggan yang ramai dengan tenaga kerja yang sedikit. Tidak adil kepada kami kerana mereka sepatutnya hanya mengeluarkan saman atau amaran berbanding mengangkut para pekerja itu." (RUJUK SINI)


Penggunaan, melindungi, menggaji, mengupah dan menyimpan pekerja asing haram adalah salah di sisi undang-undang. Bagaimanapun, dalam kes ini, yang kelihatan hanya penangkapan ke atas para pekerja asing tersebut. Manakala pihak yang mengambil mereka untuk bekerja, tidak pula dikenakan tindakan dan sudah tentulah tidak akan didakwa di mahkamah kerana melanggar undang-undang.

IOI Mall juga akan terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang walaupun amat mustahil pengurusan dan pentadbiran IOI Mall tidak mengetahui tentang kehadiran pekerja-pekerja asing haram di pusat membeli belah mereka.

Sampai bilakah ketegasan dan kesungguhan akan diamalkan di negara ini agar undang-undang dijunjung, dan toleransi yang bukan-bukan seperti yang kita tengok sekarang, dihapuskan?

Undang-undang, akta, kanun dan peraturan banyak, malah sudah lengkap tetapi kalau perlaksanaan dan penguatkuasaan terlalu lemah, baik tidak payah ada langsung semua itu!!!


4 comments:

Anonymous said...

TANGKAP PERKERJA2 ASING HARAM!
TANGKAP PIHAK PENIAGA DAN PENGURUSAN YANG MENYALAHI UNDANG2!

Anonymous said...

patut tokey2 itu pun imigresen angkut sekali..

Anonymous said...

Mari kita tengok sapa majikan pertama yang kena sebat....kan zahid cakap majikan tak kena denda tapi kena sebat...jangan sembang je.zahid ..laksanakan segera harap harap majikan tu dari ca nun alif dulu lah baru terbeliak mata ...ahli parlimen pembangkang yang selama ni kutuk kerajaan ..hina kerajaan pasal isu pendatang asing ni...sekarang yang gaji Pati tak berstatus tu ramainya sapa kalau tak bangsa mereka sendiri.nak cari untung lebih...tak mahu bayar levi ..tak mahu sediakan tempat tinggal....kan...

hisham said...

antara pekerja asing yg ditangkap mungkin masuk sebagai pekerja ladang..terutamanya bangla..
bekerja dlm premis milik IOI..
IOI juga memiliki ladang sawit yg luas..
baru2 ni ada pegawai IOI cabar rakyat tempatan isi jawatan sebagai pemotong kelapa sawit.
bertahun pihak ladang bawa masuk pekerja asing tapi masih tak cukup?

top