Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 15, 2016

KESIAN MAHATHIR... NAK BUAT REFERENDUM UMUM, KENA PINDA PERLEMBAGAAN DULU... TAKKAN DIA DAH NYANYUK?



Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Mohd. Azizuddin Mohd Sani berpendapat referendum umum merupakan antara kaedah terbaik kerana ia melibatkan seluruh rakyat.

Namun ia adalah mustahil untuk dilakukan di Malaysia kerana tiada peruntukan khusus dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung pelaksanaannya.

Katanya, referendum lebih sesuai dilakukan bagi menentukan dasar negara dan bukannya melihat individu yang lebih popular.

"Jadi saya rasa sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan dalam konteks Malaysia walaupun referendum itu baik untuk rakyat sama-sama terlibat dalam membuat keputusan mengenai sesuatu dasar yang ingin diperkenalkan,

"Contohnya seperti Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), daripada membiarkan Parlimen membuat keputusan adalah lebih baik diserahkan kepada rakyat untuk mengundi setuju atau tidak TPPA dilaksanakan dalam negara,

"Niat itu baik tapi masalahnya peruntukan tentang referendum tidak wujud dalam konteks Malaysia," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau turut mengambil contoh Scotland yang mengadakan referendum bagi mendapatkan pandangan rakyatnya mengenai kewajaran untuk kekal atau keluar dari United Kindom.

Dr Azizudin mengulas catatan terbaru bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan agar referendum diadakan menguji populariti antara beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir dalam blognya berkata, referendum perlu dijalankan syarikat asing yang boleh dipercayai, dan jika Najib menang dalam referendum berkenaan, beliau akan berhenti mendesak Najib meletak jawatan.

Sementara itu Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata tidak ada negara di dunia yang melakukan amalan itu termasuk negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat atau United Kingdom.

"Haruskah kita sekarang meminta syarikat asing yang menjalankan pungutan suara mengambil alih tugas daripada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) bagi mengendalikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia pada 2018?

"Walaupun kita mempunyai sistem pungutan suara di Malaysia, SPR yang sepatutnya menjalankannya dan bukan syarikat asing. Jika tidak, ia tidak akan terikat secara sah," katanya menerusi catatan dalam blognya, sskeruak.blogspot.com. - ASTRO AWANI


2 comments:

Anonymous said...

Tun ni dh x do kuasa.. Pedulikan dia... Anggap je langgau!!!!

Anonymous said...

Biarkan rakyat buat keputusan TPPA .apa lah pokchik2 dan mokchik2 moto getah tu tahu apa dia TPPA...paling biol punya idea

 
Blogger Templates