Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, March 16, 2016

KOYAK PASPORT MALAYSIA, DAH KAYA BERHIJRAH DAN JADI RAKYAT NEGARA LAIN... TAPI BILA BERMASALAH, MALAYSIA JUGA DIMINTA TOLONG!!!



Inilah hakikat yang terpaksa ditelan oleh Malaysia...

Dan kebanyakan mereka, menjadi 'SUPER KAYA-RAYA' kerana projek-projek kerajaan yang kemudian kekayaan tersebut digunakan semula untuk menyerang kerajaan dan menghasut rakyat yang tidak boleh berhijrah seperti mereka agar bercelaru dan bersyak wasangka sesama sendiri, sekaligus menimbulkan huru-hara.

Kita pun tahu, siapa yang paling terkenal kerana menjadi kaya raya dengan projek kerajaan dan kemudian berhijrah ke luar negara, tetapi menggunakan kekayaannya untuk membiayai kerja-kerja jahat dalam negara yang dilakukan menerusi bekas-bekas pemimpin negara, mahupun ahli-ahli politik yang menjaga kepentingan mereka.

Berdasarkan kajian, 26% daripada individu 'SUPER KAYA' (UHNWI) yang masih tinggal di Malaysia sedang mempertimbakan untuk berhijrah ke negara lain dalam tempoh terdekat, berbanding purata serantau sebanyak 16%. Itu menurut kajian perunding hartanah globa bebas, Knight Frank.

"Ini merupakan sesuatu yang menarik memandangkan kami telah melakukan kajian di rantau ini dan UHNWI Malaysia menunjukkan kecenderungan yang paling tinggi untuk mencari kediaman lain di negara asing," kata Ketua Penyelidikan Asia Pacificnya, Nicholas Holt.

Firma berkenaan sebelum ini telah mendedahkan bahawa UHNWI yang didefinisikan sebagai mereka yang memiliki aset bernilai tidak kurang USD30 juta boleh dilabur, tidak termasuk kediaman semasa, telah terjejas teruk oleh iklim ekonomi yang mencabar yang dibawa oleh kejatuhan harga minyak global dan penurunan nilai Ringgit.


"Malaysia mempunyai 1,168 UHNWI pada tahun 2014, tetapi jumlah itu menurun kepada 993 menjelang akhir tahun 2015," kata Holt.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi pula mendedahkan, seramai 54,406 rakyat Malaysia telah melepaskan kewarganegaraan mereka dari 2010 sehingga 31 Januari tahun ini.

"Alasan yang diberikan untuk mereka menyerahkan kembali kerakyatan adalah kerana mereka telah mendapat kerakyatan negara lain," kata Zahid dalam sesi Parlimen.

Pada bulan Januari tahun ini sahaja, 1,102 rakyat Malaysia telah melepaskan kerakyatan mereka. Seramai 11,080 rakyat Malaysia telah melepaskan kerakyatan mereka pada tahun 2011, manakala 10,644 memilih untuk tidak mengekalkan kerakyatan mereka pada tahun sebelumnya. Zahid berkata seramai 8,983 orang melepaskan kewarganegaraan Malaysia pada tahun 2012, diikuti seramai 6678 pada tahun 2013, 7843 pada tahun 2014 dan 8076 pada tahun lepas.


2 comments:

Anonymous said...

Bagus lh... X do malaysia heran!!! Hak masing2. Jgn nnti dh nk mampos teringin nk balik sini.

Anonymous said...

Bagus jg kaum ni lepaskan kerakyatan,tak de le semak sangat.Biar lah mereka beranak pinak di tempat lain..kuranglah sikit virus fitnah

 
Blogger Templates