Monday, March 21, 2016

LIDAH RAFIZI RAMLI DAH TERSENGKAK KE TELUR KE?



Sebelum ini, dialah orang yang paling hebat membongkar segala-galanya yang dilabelkan sebagai RASUAH dan penyelewengan serta salahguna kuasa. Semua benda terutama yang membabitkan institusi Melayu-Islam akan menjadi mangsa serangannya. Bahkan ada yang terpaksa dihentikan operasi dan berhadapan dengan undang-undang tetapi kemudian berakhir dengan Rafizi memohon maaf dan kes tersebut selesai begitu sahaja. Kerosakan besar yang diakibatkan oleh fitnah berpanjangan dan intensif Rafizi Ramli, tidak lagi membolehkan firma tersebut beroperasi kerana kerosakan imej yang sangat teruk.

Terbaru ialah, serangannya ke atas Tabung Haji. Tabung Haji difitnahnya sebagai sudah muflis dan perbuatannya seperti menggalakkan para pendeposit mengeluarkan semua wang mereka dari Tabung Haji dengan cara menakut-nakutkan mereka, kononnya Tabung Haji tidak mampu membayar semula atau menggantikan wang mereka yang telah disalahgunakan. Namun akhirnya dia sendiri mendedahkan bahawa dia hanya melakukan fitnah dan dia sendiri mempunyai deposit di dalam Tabung Haji!

Laporan polis oleh Pelaburan Mara Berhad dua hari sudah kerana fitnah yang dibuat oleh Rafizi Ramli mengenali pembelian hartanah di Australia dan United Kingdom adalah berita terkininya. Kemudian kehangatan cerita tentang banglo Lim Guan Eng yang dibeli pada paras harga lebih murah daripada pasaran daripada seorang wanita muda yang mempunyai kaitan dengan sebidang tanah Kerajaan Negeri yang sepatutnya digunakan untuk pembinaan PPRT orang miskin Pulau Pinang pada harga RM11 juta berbanding RM22 juta yang ditawarkan oleh Barisan Nasional Pulau Pinang agar diteruskan projek PPRT Taman Manggis Fasa II, langsung tidak menarik minat Rafizi Ramli untuk mengulas atau memberikan komen.

Begitu juga dengan sikap melompat-lompat Lim Guan Eng yang sedang jelas kebimbangan sehinggakan tindakannya jelas kebudak-budakan menerusi gabungan ugutan, mengherokan diri sendiri, membawa wartawan melawat rumahnya sedangkan yang diperkatakan adalah nilai hartanah tersebut yang diperolehinya pada kadar diskaun yang amat tidak munasabah, selain keistimewaan Pang Li Koon, juga nampaknya tidak membuka nafsu Rafizi Ramli untuk bersuara.

Begitulah hebatnya PEJUANG ANTI-RASUAH di negara ini... bila kena tang diri sendiri, lidah pun kelu dan terus bungkam.


3 comments:

Anonymous said...

Mana perginya Ajijah..nurul...rapiji..pas pulau pinang..tony pua..gobin karam sink... teresa ... karpal sing... airene fernendez..tok gùru..(kiki yg masih idup dan yg mati pun harap respond) pasal tokong....kiki

Anonymous said...

DONT WORRY BRO...TOKONG TAK HERAN PUN KALAU BAWAK KES NI KE SPRM....BOLEH LEPAS PUNYA LA ....AKAN DI LEWAT LEWATKAN KES INI SEHINGGA PRU AKAN DATANG....
SAPA YG DUDUK DLM SPRM TU SEKARANG...??? NEUTRAL...?? TADA PILIH BULU...??? LETS WAIT AND SEE....

Anonymous said...

Ikut teori lapiji bila harga minyak turun harga barang akan turun.. bila org tanya kenapa myk turun rege brg x turun dia salahkan kerajaan blk.. bijak lapiji ni.. bijak pusing

top