Friday, March 18, 2016

LIM GUAN ENG 'DISERANG' LAGI APABILA PEMBOHONGANNYA TENTANG HARGA RUMAH, DISANGGAH!!!



1. Paras RM 400,000 harga maksima rumah mampu milik di Malaysia tidak pernah ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan, malah ia tertakluk dalam bidang kuasa mutlak kerajaan-kerajaan negeri. Penafian YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini adalah tidak berasas samasekali.

2. YAB Ketua Menteri dalam kenyataan balasnya telah menggunakan alasan bahawa Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Ucapan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri menetapkan harga jualan maksima rumah mampu milik pada paras RM400,000. Parameter yang digunakan oleh beliau adalah harga jualan rumah PR1MA, iaitu antara RM100 ribu hingga RM400 ribu.

3. Sebenarnya walaupun PR1MA dibenarkan untuk menjual rumah di paras harga maksima RM400 ribu, namun, 84% unit rumah di bawah PR1MA tetap dijual di bawah RM300 ribu.

4. Ini jelas menunjukkan Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengambil kesempatan daripada harga maksima yang ditetapkan. Manakala baki 16% rumah PR1MA yang dijual pada harga RM300 ribu hingga RM400 ribu, adalah unit premier yang mempunyai saiz dalam lingkungan 1200 kaki persegi, yang mana jauh lebih besar dari yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu 900 kaki persegi.

5. Jelas perbandingan ini tidak munasabah.

6. Di samping itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mengetahui bahawa dalam Mesyuarat Majlis Perumahan Negara pada 21 Ogos 2015, YAB PM telah meminta supaya semua Kerajaan Negeri mengkaji semula julat harga jualan rumah mampu milik supaya harga tersebut boleh diharmonikan di seluruh negara.

7. Seterusnya pada 18 Januari 2016, Jawatankuasa Kerja Pemantauan(JKPKM), yang turut dihadiri oleh YB EXCO Perancangan Bandar & Desa Dan Perumahan Negeri Pulau Pinang, memutuskan supaya semua Kerajaan Negeri memperhalusi enam (6) syor yang dibincangkan iaitu, harga jualan rumah mampu milik, keluasan lantai, kelayakkan pendapatan isi rumah pembeli, spesifikasi minima, sekatan moratorium dan juga densiti pembangunan.

8. Dalam mesyuarat tersebut, Kerajaan-Kerajaan Negeri juga diarahkan untuk memberi maklumbalas kepada Kementerian untuk di bawa semula ke dalam Mesyuarat Majlis Perumahan Negara yang bakal diadakan pada bulan Ogos nanti bagi memudahkan proses pengharmonian harga tersebut.

9. Pendek kata, Majlis Perumahan Negara belum lagi memutuskan had maksima harga rumah mampu milik untuk setiap negeri.

10. Justeru, tindakan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang menuduh Kerajaan Persekutuan yang meletakkan harga maksima rumah mampu milik di paras RM400 ribu, adalah suatu pembohongan untuk melepaskan diri beliau dari bertanggungjawab terhadap polisi yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu sendiri.

Tamat.

Kenyataan Media
Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
17 MAC, 2016



2 comments:

Anonymous said...

Dah bangsa Cina... menipu sebahagian dari rutin..

Anonymous said...

Dah jelas parti mana yang memperjuangkan rakyat dan parti mana yang sombong mengumpul hartanah untuk diri sendiri, tetapi tanpa rasa malu menggunakan nama rakyat setiap pilihan raya.

top