Sunday, March 20, 2016

LUPA... HARI INI, HARI AHAD... HARI AHAD, SPRM CUTI!!!



Bila Shabudin Yahaya enggan patuh dan akur dengan kehendaknya untuk bersemuka, membawa dan menyerahkan bukti, kemudian berasa bersalah dan meminta maaf sambil diperhatikan oleh media yang telah dijemput lebih awal, Lim Guan Eng segera menggunakan 'kelebihan' tersebut untuk menghentam Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu dan mencabar Shabudin agar mengungkapkan tuduhannya sekali lagi bagi memudahkan dia menyaman.

Pada masa yang sama, Shabudin Yahaya dalam satu sidang media membidas 'sesi minum kopi bersama Lim Guan Eng' dengan menyatakan, dia tidak akan bersemuka dengan Lim Guan Eng, sebaliknya menyarankan Lim Guan Eng secara sukarela menjawab siasatan SPRM tanpa mempolitikkan isu tersebut.


Tidak berpuas hati, Lim Guan Eng bawa pula pasukan media melawat rumah banglonya untuk membuktikan dia tidak hidup secara bermewah-mewah. Kononnya dia hidup secara sederhana walaupun isu sebenar ialah, dia membeli rumah dan hartanah tersebut dengan diskaun 60% daripada penjual yang mempunyai kepentingan dalam pembelian dan pemajuan tanah Kerajaan Negeri yang sepatutnya untuk golongan miskin tetapi telah digunakan untuk pembinaan klinik pergigian dan hotel mewah.


Sebelum itu, Lim Guan Eng sibuk Tweet mencabar dan cuba bersikap samseng dan mencabar Shabudin Yahaya bersemuka sambil mengecam sesiapa sahaja yang memperkatakan tentang banglonya yang dibeli pada harga murah, tetapi tidak diambil tindakan oleh SPRM, berbanding kes melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo.

Melihat gelagat Lim Guan Eng, kita kena akur, Lim Guan Eng memang bijak mengalihkan isu dan cuba memadamkan isu sebenar iaitu penggunaan jawatannya untuk kepentingan diri menerusi pembelian hartanah yang lebih murah.


Malah alasannya, kononnya dia tidak tahu tentang nilai sebenar hartanah yang dibelinya pada tahun 2015 itu, merupakan sesuatu yang sangat mengujakan. Apakan tidak, orang yang paling bertanggungjawab mencari wang negeri dengan menjual tanah-tanah negeri, tiba-tiba sahaja tidak tahu apa-apa tentang nilai tanah terutama sekali melibatkan hartanahnya.

Cuma hari ini, Lim Guan Eng tidak lagi bercakap tentang kolam renang dan banglo 40 tahun kerana dia baru sedar, nilai hartanah di Pulau Pinang, terutama di Jalan Pinhorn tidak akan terjejas atau jatuh mendadak sehingga 60% hanya kerana ketiadaan kolam renang dan usia tua. Cuma hari ini, alasan Guan Eng ialah, hartanah tersebut dipersetujui harganya pada 2012 pada kadar harga RM2.8 juta. Sesuatu yang aneh kerana nilai hartanah tersebut, tidak berganjak-ganjak langsung dalam tempoh 3 tahun walaupun di kawasan yang sama, hartanah lain terus meningkat.


Tu baru rumah banglo... bagaimana pula dengan urusan Lim Guan Eng dan Betty Chew di Hong Kong pula?

SPRM duk tunggu apa lagi?

Ooooo lupa... hari ini, hari Ahad... hari Ahad, SPRM cuti!!!


5 comments:

Anonymous said...

Hari-hari hari ahad buat sprm kalau membabitkan tokong ni... Kalau orang bn, hari sabtu pun sprm kerja...

Anonymous said...

PAS pulau pinang...PKR pulau pinang...Rapizi...Tony Pua dah buat lapuran SPRM dan lapuran ke balai polis ke belum.... mintak Rani Kulup ajar rapizi..pas pulau pinang tony pua buat lapuran... kipidap..dongibab

Anonymous said...

SPRM tu ape bendanya? Longkang tersumbat ke?

Anonymous said...

apa kata pemimpin pan plk....senyap jer.

Anonymous said...

SPRM kan Agensi kerajaan...kenapa perlu curiga dengan SPRM? Agak2 la kalau nak mengata SPRM pun...mereka pun banyak kerja jugak...tentang isu LGE ni, kita tunggu dulu sehingga siasatan di jalankan...saudara blogger gopoh sangat nak memburuk-burukkan LGE...kalau benci sekalipun pada LGE, saudara sabar la...bimbang kalau isu ini memihak kepada LGE saudara akan dikatakan sebagai pemfitnah pula...saya hanya seorang pembaca yang ingin saudara menulis perkara yang benar dan sahih...saya tidak memihak kepada sesiapa... :-)

top