Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 15, 2016

MAHATHIR NAK MINTA BUAT REFERENDUM NASIONAL ANTARA DIA DAN NAJIB, HANYA SEMATA-MATA KERANA DESAKAN AGAR DIA KOSONGKAN JAWATAN YANG DISANDANGNYA!!!



Tiada sesiapa pun yang normal, waras dan mempunyai pertimbangan akal terbaik, akan menafikan jasa-jasa yang telah ditinggalkan oleh Dr. Mahathir walaupun ada banyak perkara yang membabitkan pembangunan-pembangunannya, terutama sekali kerugian yang dialami oleh negara yang selama ini tidak pernah didedahkan oleh para penyokong bahkan pemimpin UMNO sendiri kerana sayangnya mereka kepada Dr. Mahathir.

Baru kehilangan jawatan Penasihat Petronas, Dr. Mahathir sudah mula meracau. Baru Dr. Mahathir melihat tekanan, kemarahan dan kebencian orang ramai di atas perbuatannya bersekongkol dengan Lim Kit Siang, Dr. Mahathir sudah mula meracau dan mula mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan.

Jadi, tidak hairanlah mengapa dia marah sangat dengan Najib, dengan 1MDB kerana mengurangkan monopoli kroni-kroninya...

Dalam posting terbaru di blognya, Mahathir mencadangkan agar rakyat negara ini mengadakan referendum nasional atau undi awam bagi para pemilih di negara ini meyatakan sokongan kepada Perdana Menteri atau Dr. Mahathir sendiri.

"Sekaligus menunjukkan betapa pentingnya untuk menunjukkan saya salah kerana mendedahkan skandal kewangan Najib."

Hanya dengan memangkah nama Najib, atau Mahathir, bergantung kepada mana-mana yang disokong, kata bekas Perdana Menteri itu. "Rakyat Malaysia sudah biasa dengan pengundian."

Referendum itu perlu dikendahlikan oleh syarikat atau agensi kaji selidik antarabangsa yang berintegriti dan dipantau serta diawasi oleh dua wakil yang dilantik.

Kata Mahathir, sekiranya Najib memenangi referendum antarabangsa itu, dia akan berhenti daripada mendesak Najib agar meletak jawatan. "Saya tidak akan berkata apa-apa tentang 1MDB, RM2.6 bilion dan rumah agam di UK, US dan Hollywood atau filem lucah 'Worlf of Wall Street. Najib boleh terus menjadi Perdana Menteri Malaysia sepanjang hayatnya."

Bagaimanapun, sekiranya dia yang mendapat lebih undi berbanding Najib, itu bermakna rakyat menerima apa yang dia bangkitkan tentang penyelewengan kewangan Najib adalah benar. "Justeru, dia perlu meletak jawatan. Dengan cara ini, kita akan menyelesaikan persoalan tentang populariti Najib dan apa yagn rakyat fikirkan tentang skandal kewangan sekaligus."

Alternatif lain adalah, Akta Majlis Keselamatan yang perlu ditandatangani oleh Agong atau perlu menunggu sebulan sekiranya Agong tidak berbuat begitu, sebelum Akta tersebut dikuatkuasakan, kata bekas Perdana Menteri itu. "Kemudian, Najib boleh menangkap dan menahan saya tanpa perbicaraan sebagai bekas Perdana Menteri yang menjengkelkan."

"Saya mendapat mesej bahawa ini yang sedang menunggu saya sekiranya saya tidak berundur dan menutup mulut." Media bebas di Malaysia bagaimanapun, berpendapat Najib jauh lebih kuat dan lebih ramai yang menyokongnya.

Mahathir juga tersentuh dengan 'pemecatannya' dari Petronas. "Keputusan tersebut telah dibuat oleh Kabinet. Sudah tentu ianya amat penting kepada kerajaan."

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan dia sebenarnya telah meletakkan jawatan dari Petronas tidak lama dahulu. "Petronas enggan menerima perletakan jawatan saya atau elaun saya yang saya hantar balik. Mereka bertegas untuk memasukkan elaun saya ke dalam akaun saya."

"Para penyokong Najib juga mahukan saya disingkirkan dari Proton dan Yayasan Kepimpinan Perdana."

Kedua-duanya tidak dimiliki oleh kerajaan, tegas Mahathir. "Sudah tentulah, halangan besar untuk kerajaan yang boleh mendakwa sesiapa saya di bawah undang-undang pencegahan terrorism. Perkara buruk boleh berlaku, seperti mengancam untuk membankrapkan Proton atau mengancam orang yang mencipta PLF, jadi saya boleh dicampakkan. Sudah tentulah, ini merupakan demokratik."


6 comments:

Anonymous said...

Ada berani ka?

Anonymous said...

Jangan percaya cakap kerling kerala nih.....dulu cakap nak bersara dari politik tetapi sebok nak menjatuhkan setiap PM selepasnya sehingga anak botak jadi PM baru lah kerling kerala ni puas hati.

KELING KERALA RAJA KRONI YANG MENIPU RAKYAT, KHUSUSNYA BANGSA MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH SARAWAK!

Anonymous said...

Manyak lancho la ini olang tua msu mampos maa

Anonymous said...

Tun sudah-sudahlah. Jangan dok tabur persepsi yang melalut.

Adalah lebih afdal Tun muhasabah diri, selama 22 tahun memerintah apa kesilapan dan kesalahan yang Tun lakukan secara sengaja mau pun tak sengaja.

Tun pun banyak buat masalah kepada negara dan rakyat. Namun Tun gunakan ISA sebagai perisai yang cukup ampuh. Najib berdepan dengan tangan kosong namun dia tidak gentar mengharungi gtelombang. Bukan macam Tun kutip habis semua orang minta sokongan.

Anonymous said...

Jgn dilayan..dia akan senyap sendiri bila sampai masanye.

juragan 69 said...

Tang ayat mana bhai yg tun mmpersoalkn tntng pemecatan beliau dari petronas adalh hari terakhir tun utk bongkarkn skandal najib???mana ayat2 rayuan tun agar tidak ada tndkn kpd beliau..
bhai!!!adakh tuan lu yg mmpunyai belaan segala serigala trmasuk poddle dog yg menyalak ttp bunyi meow kucing parsi berani dgn saranan tun...klu benar najib berani rasanya tk perlu libatkn rkyat,gua fikir ahli umno dh cukup asalkn segala serigala (ketua bahagian dan cawangan) diawasi dn bkn sekadar dgn sewenang2nya guna ayat klise 'kami dpt sokongan akar umbi'hahaha akar umbi yg mana dan darimana tu?
Ada beran najib sahut cabaran tun...gua fikir ini cabaran paling mudah utk pm yg sesuci najib utk sahut..dia kn ke hebat???sehingga kn ada yg ckp tnpa najib maka musnahlh malaysia..tnpa brim maka rakyat malaysia mati kebulor..hahaha ada beran ke...hmmm

 
Blogger Templates