Friday, March 11, 2016

MAHFUZ PANAS DENGAN PAS DAN NAK SERAHKAN KERUSI PARLIMEN POKOK SEA UNTUK MUKHRIZ?



Antara pemimpin PAS popular yang tidak menyeberang masuk ke Parti Amanah Negara yang diterajui oleh bekas Timbalan Presiden PAS yang juga merupakan ayam denak utama DAP, Mat Sabu adalah Mahfuz Omar.

Walaupun begitu, perangai Mahfuz tidak seperti perangai pemimpin PAS. Dia lebih menyerupai orang PASMA, PAN malah ada kalanya seperti orang PKR.

PAS telah mengeluarkan arahan yang melarang ahli-ahlinya terlibat dalam Deklarasi Rakyat Anti Najib yang dipimpin oleh Mahathir. Malah sebelum Deklarasi Rakyat, Mahfuz adalah antara orang yang paling membenci Mahathir dengan pelbagai caci nista dilemparkan kepada Mahathir dan keluarganya.

Namun pertembungan kuasa di Kedah yang akhirnya menyaksikan Mukhriz Mahathir hilang jawatan Menteri Besar Kedah, menyebabkan Mahfuz berasa dia boleh mengambil kesempatan apabila dia membela Mukhriz.

Apa yang menyebabkan Mahfuz tidak wala' lagi kepada partinya sendiri?

Sama seperti Mukhriz, Mahfuz kehilangan semua jawatan dalam parti kecuali sebagai Ahli Parlimen. Perkembangan terbaharu merungsingkan Mahfuz terutama apabila dia bukan lagi YDP PAS Kawasan Pokok Sena.

Jawatan tersebut kini disandang oleh Wan Romaini, ADUN Bukit Pinang. Dengan kata lain, Mahfuz yang disyaki sebagai salah seorang geng Harumanis di luar hijau di dalam oren, sudah tidak berpengaruh dan dipercayai oleh orang PAS Pokok Sena sendiri.

Dek kerana itulah Mahfuz boleh merayau sana sini tetapi masih pengecut untuk berdiri di atas kaki sendiri, sebaliknya bersandarkan kepada PAS yang meragui kesetiaannya.

Kesudian Mahfuz untuk menyerahkan kerusi Parlimen Pokok Sena untuk ditandingi oleh Mukhriz sebenarnya dibuat sebagai ugutan kepada PAS. Dia tidak mungkin akan melepaskan kerjaya politiknya untuk anak Mahathir yang telah dimusuhi sepanjang dia berkerjaya politik.

Cuma kalau Mukhriz Mahathir percaya bahawa Mahfuz akan menyerahkan kerusi Pokok Sena kepadanya agar mencerahkan peluangnya untuk menjadi Perdana Menteri, filem animasi BOBOBOI yang sedang ditayangkan dan sedang membuat kutipan memberangsangkan, tiada sebarang ertinya lagi.


No comments:

top