Wednesday, March 23, 2016

MAMPUS GUAN ENG!!! BAGAI PUNGGUNG DIGANGGANG API, PERSOALAN JUAL BELI TANAH TAMAN MANGGIS YANG 'LUAR BIASA' PULA DIPERSOALKAN!!!



Bertambah pening dah si Lim Guan Eng, Phang Li Koon dan tokey KLIDC...

Naib Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, H'ng Koon Leng mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerangkan bagaimana plot tanah seluas 1.1 ekar di Taman Manggis ditukarkan statusnya daripada fasiliti penjagaan kesihatan kepada hotel dan suites berservis. 

Terletak di persimpangan Jalan Burma dan Jalan Zainal Abidin di George Town, 70% tanah Taman Manggi yang akan dimaukan menjadi hotel dan suites berservis manakala bakinya 30% akan dimajukan menjadi fasiliti penjagaan kesihatan. 

Menurutnya, penggunaan tanah tersebut telah ditukar sebaik-baik sahaja ianya dijual kepada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn Bhd menerusi tender terbuka pada 2011.

"Ianya jelas memberikan kelebihan komersial kepada syarikat tersebut memandangkan tanah itu kini boleh dinilai lebih tinggi," kata H'ng kepada wartasan selepas dia dan beberapa orang pemimpin tempatan Barisan Nasional membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan di Ibu Pejabat Polis Georgetown. 

Menurutnya lagi, nilai tanah tersebut akan meningkat ekoran pemiliknya membina hotel di tapak tersebut, dan menambah, penukaran status tersebut amat luar biasa dan memeranjatkan. 

"Ianya seperti selepas menang membida Proton Saga, anda menukarkannya menjadi Mercedez-Benz. Adakah ini adil untuk rakyat Pulau Pinang?" tanyanya. 

Katanya lagi, urusniaga tanah itu telah memberi kesan kepada rakyat Pulau Pinang, terutama sekali golongan miskin bandar yang telah dinafikan rumah kos rendah di bandar. 

Dalam laporan mereka, H'ng dan beberapa orang yang lain mendakwa terdapat banyak elemen penipuan dalam urusniaga tanah Taman Manggi dan menggesa polis mengadakan siasatan rapi ke atas isuberkenaan. 

H'ng turut menyerahkan sepucuk surat yang dialamatkan kepada pemilik tanah tersebut ari Pejabat Tanah Daerah Timur Laut bertarikh 7 Disember 2011 berkenaan penukaran penggunaan tanah tersebut.

Asalnya, Taman Manggis adalah perumahan kos rendah dengan Fasa Satu projek tersebut telah disiapkan pada tahun 2005 yang dirancang rapi oleh Kerajaan Barisan Nasional. Bagaimanapun, apabila DAP berjaya menggulingkan Barisan Nasional Pulau Pinang, mendakwa baki tanah seluas 0.4 hektar adalah terlalu kecil dan tidak sesuai untuk unit-unit rumah kos rendah dan menjualkannya kepada KLIDC dengan harga RM11.5 juta walaupun mendapat tawaran yang lebih tinggi daripada Barisan Nasional Pulau Pinang yang mahu meneruskan projek rumah rakyat termiskin itu dengan harga RM22.4 juta.

KLIDC hanya membeli bidang tanah tersebut pada harga RM232 sekaki persegi...

"Syarikat tersebut telah ditawarkan tanah berkenaan sekalipun bidaannya RM10 juta lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan oleh BN," katanya H'ng lagi.


2 comments:

Anonymous said...

Kafiak tu lgi lahanat !!!

Anonymous said...

Doa doa org yg teraniya... di sgpore lu bole bikin... but bukan disini...

top