Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 17, 2016

MENARA WARISAN MERDEKA KL118... JANGAN MACAM KLCC, MENANG MEGAH KLCC ORANG LAIN PUNYA!!!



Diam-diam berisi... nak buat kerja, tak perlu hingar-hingar, tahu-tahu bukti kerja terkeluar.

Begitulah yang berlaku kepada Menara Warisan KL118 yang bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia, mengatasi KLCC. Malah bukan sahaja menjadi bangunan yang lebih tinggi berbanding KLCC, malah, kosnya juga jauh lebih murah berbanding KLCC walaupun KLCC dibina pada zaman di mana material pembinaan dikatakan jauh lebih murah berbanding zaman kini.

Tiada penukaran dan proses broker tanah di mana kerajaan perlu membayar tak fasal-fasal daripada tangan broker yang dianugerahkan tanah tersebut seperti yang berlaku kepada KLCC apabila Petronas tidak boleh membeli tanah Kelab Lumba Kuda Selangor/KL secara terus sebaliknya daripada Ananda Krishnan pada kadar harga lebih RM1 bilion berbanding harga pasaran.

Untuk beberapa lama, KLCC dimegahkan sebagai satu lambang negara. Menara Berkembar Petronas, walaupun hakikatnya, Petronas tidaklah berkuasa sepenuhnya ke atas kompleks tersebut kerana pembahagian pengurusan, pentadbiran dan sebagainya telah dijuzuk-juzukkan dari awal.

Carilah kalau ada premis perniagaan Melayu-Bumiputera di KLCC yang dibangga-banggakan oleh para pengikut dan pemuja Tun Dr. Mahathir walaupun pengunjungnya sangat ramai Melayu-Bumiputera yang bersiar-siar sambil melihat-lihat dan berangan-angan membeli barangan yang dijual berharga di luar kemampuan di KLCC. Melayu-Bumiputera selain hanya mampu tengok, hanya mampu makan di medan selera, bersiar-siar di taman di belakang KLCC dan melepak di tangga di hadapan air pancut.

Jadi, Menara Warisan KL118 yang dibina pada kos RM5 bilion berbanding KLCC yang dibina dengan kos RM5.7 bilion, berhampiran dengan Stadium Merdeka bermula tahun 2014 setelah tertangguh akibat tentangan kaum DAP tidak mengulangi 'kesilapan' KLCC. Kalau pun tidak sepenuhnya Bumiputera, sekurang-kurangnya tidak seperti di KLCC apabila pengurusan yang memilih orang asing, mengeluarkan hampir kesemua syarikat-syarikat yang menjual barangan tempatan untuk memasukkan barangan import.

Nampaknya dengan terkeluarnya berita tentang Menara Warisan, DAP pasti akan menggiatkan usaha untuk memburuk-burukkan usaha tersebut tersebut, apatah lagi ianya melibatkan PNB, sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan pada asalnya untuk meningkatkan ekuiti Melayu-Bumiputera.


1 comment:

Anonymous said...

KLCC bujan melayu yg control...suria klcc keling kroni mamak yg berkuasa.... sokong menara 118 ganti ikon klcc...cuma jangan nnti nasib menara 118 dan kawasan sekeliling menerima nasib spt di Bukit Bintang...harta UDA banyak terjual di bukit bintang dulu suma kerja kroni tun daim dan mader... baca buku tun daim....Diam diam tun Daim.... srbelum jadi menteri Daim dah buat duit dengan UDA.... skg bukit bintang tiada tanah UDA lagi suma jatuh ke tgn çina melalui kroni mamak mudah lupa...

 
Blogger Templates