Monday, March 28, 2016

PANDAI MAHATHIR BERCAKAP, TAK SUSAH NAK LAFAZKAN, 'SAYA LETAK JAWATAN', TAPI DIA AMBIL MASA 22 TAHUN UNTUK BERBUAT BEGITU!!!



Bagi yang baru hidup dan terlalu mengkagumi Mahathir serta melihat Mahathir sebagai manusia tiada cacat cela, malah sekadar membuat tanggapan bahawa zaman Mahathir adalah zaman senang hanya berdasarkan kepada penghujung hayat pentadbirannya, tidak banyak yang dikorek tentang sejarah 6 tahun awal pentadbiran dan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Mahathir mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Allahyarham Tun Hussein Onn pada penghujung 1980. Sebaik-baik sahaja Mahathir mengambilalih, dia melakukan perubahan drastik termasuklah menukar polisi negara daripada sebuah negara yang bergantung kepada pertanian iaitu getah dan perlombongan iaitu bijih timah kepada negara hub pembuatan.

Bagaimanapun, perbelanjaan besar Mahathir untuk kesemua polisinya tidak disenangi oleh para pemimpin yang lain. Walaupun hari ini, Mahathir tidak mengaku menggunakan wang pinjaman luar negara atau mengehadkannya, tetapi pinjaman daripada Arab Saudi untuk pembinaan Fasa Kedua Projek Pelabuhan di Pulau Pinang dan Lebuhraya Timur-Barat sahaja mencecah RM132.2 juta. Arab Saudi juga memberikan bantuan kewangan berjumlah RM10.6 juta dalam bentuk pinjaman untuk membina lima buah hospital di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

6 tahun pertama Mahathir sebagai Perdana Menteri memang mencabar. Projek Protonnya dianggap sebagai sesuatu yang merugikan negara, bahkan tidak akan ke mana-mana. Projek Jambatan Pulau Pinang pula dilihat lebih menguntungkan pihak tertentu berbanding rakyat. Manakala Projek PLUS dilihat sebagai projek menggunakan dan memaksa rakyat membayar keuntungan kepada syarikat konsesi yang merupakan syarikat kroni menerusi perjanjian konsesi yang amat rahsia dan berat sebelah.

Menjelang tahun ke-7, Mahathir mula ditekan untuk meletakkan jawatan. Penentangan demi penentangan dari dalam UMNO, mahupun dari luar UMNO kerana pembaziran dan penggunaan wang terutama sekali daripada Petronas, KWSP dan Tabung Haji untuk membiayai projek-projek besarnya, menyebabkan ekonomi Malaysia menjadi lemah. Beberapa skandal seperti Maminco dan BMF-Carrian juga telah menggoncangkan kedudukan Mahathir.

Mujur pada waktu itu, Mahathir tidak berhadapan dengan dunia teknologi maklumat yang cerdas dan cergas seperti sekarang. Jadi, banyak cerita tersebut, tidak sampai kepada generasi yang gila menyokong dan mengagung-agungkannya sekarang.

Mahathir berbangga kerana tidak meminjam dari luar, tetapi Mahathir langsung tidak bercakap tentang kerugian-kerugian besar yang dialami oleh KWSP, Petronas, Tabung Haji dan sebagainya kerana bail-out syarikat-syarikat kroni yang berhadapan dengan masalah kewangan terutama sekali pada tahun 1998-2000.

Berapa ratus bilion wang Petronas yang telah dijahanamkan oleh Mahathir untuk cita-citanya yang besar, sedangkan kedudukan orang Melayu sekadar pemakan gaji manakala jutawan-jutawan dan konglomerat-konglomerat Melayu pula hanyalah beberapa orang yang sehingga kini, teras kekayaan mereka masih lagi bergantung kepada kerajaan.

Mahathir tidak pernah menyuarakan perletakan jawatan walaupun pada ketika paling serius dalam kerjaya politiknya terutama sekali antara tahun 1997-2001. Walaupun dikatakan Mahathir memang merancang untuk meletak jawatan dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar, ramai yang melihat percutian Mahathir selama dua bulan dan jawatan Perdana Menteri dipangku oleh Anwar Ibrahim adalah perangkap ke atas Ketua Umum PKR itu agar terus sibuk dan tidak tahu apa yang sedang dilakukan oleh Mahathir. Hasilnya, Anwar diheret ke mahkamah, didapati bersalah dengan bukti dan saksi di atas tuduhan liwat dan rasuah salahguna kuasa.

Semalam, dalam ucapannya dalam Kongres Rakyat 1200 orang di SACC Shah Alam, Mahathir menyindir Najib kerana sukar untuk mengatakan, 'saya letak jawatan', tanpa sedar, dia merupakan Perdana Menteri yang paling sukar meletak jawatan meskipun berhadapan dengan krisis-krisis besar pada tahun 1987, 1990, 1994 dan 1998-2001.

Mahathir amat mujur kerana para penyokongnya juga jeniz Zombie yang gagal mengkaji dan meneliti latar belakang Mahathir terutama sepanjang dia menjadi Perdana Menteri dari tahun 1981 sehingga 2003.


12 comments:

Anonymous said...

tuan mohon semalam Dan pembetulan Jika ada ke khiafan - "Fasa Kedua Projek Pelabuhan di Pulau Pinang dan Lebuhraya Timur-Barat sahaja mencecah RM132.2 juta. Arab Saudi juga memberikan bantuan kewangan berjumlah RM10.6 juta dalam bentuk pinjaman untuk membina lima buah hospital di Kedah, Kelantan dan Terengganu." - Juta atau Billion?

Anonymous said...

Bingai..ko igt bila ko korek semua "kesilapan" org tua tu , bole cuci semua dosa najib la.. totok umno skrg ni pn da mula tolak najib, celah mananya nk menang GE14 nnt??

Anonymous said...

Di Negara Jiran....

Pemimpinnya sudah mati dan memandangkan jasa dan kebijaksanaannya memerintah dia tetap disanjung dan di hormati.

DiNegara ini Melayu sentiasa bertelagah sesama sendiri. Jasa Tun memerintah dgn kebijaksanaannya tak dihormat dan di ambil kira lansong.

PM yang penoh dgn skandal dan menghancurkan Negara dan Bangsa di pertahankan kerana diberi habuan.

INILAH BLOG GOBLOG!!!

Anonymous said...

Siaa yang kata malnusia tiada cacat cela???!!!

Sekurang2nya dia sudah buat yang terbaik untuk rakyat dan kehebatannya diakui dunia selama 22 tahun dia memerintah.

Sekurang2nya PM kau yg penoh skandal dan perasuah sekarangni hormati dan terima nasihatnya.

BLOG VANGANG DAN GOVLOG!!!!

Anonymous said...

Terbaik.....

Anonymous said...

Selama 22 tahun jadi PM, anak beliau di jadikan millionaire. Sebelum tutup mata, dia nak Mukhriz jadi PM. Itu sahaja

Anonymous said...

Madey nak lingkupkan harta pada zaman beliau kebanyakan orang tak berapa kisah & peduli, tapi bila Najib & isteri makan, majoriti nak tahu berapa harga makanan tu?

FORENSIC PATHOLOGY said...

SESANGAT SETUJU DENGAN ADMIN

Anonymous said...

TERBAIK ADMIN....JASA TUN TETAP AKU INGAT..TAPI PERANGAI TUN MASA NI.. BUAT AKU MELUAT....... PAK LAH DIPAKSA LETAK JAWATAN....NAJIB PUN HANG PAKSA LETAK JAWATAN....HANG NI SAPA..????

Anonymous said...

setuju dengan Admin !

sekadar peringatan kembali era madey , kenapa timbulnya pangglan Mahafiraun?

kerana ketika itu orang ramai dah sakit hati, meluat , jemu , tertekan dengan cara mahatir , setiap patah perkataan yg dia lafaz adalah arahan! mesti dilaksanakan atau kamu kena kick out,

yang kata melayu mudah lupa itu mahatir, tetapi sekarang dia yang melanggarnya , mahatir kata bangsaku semakin berpecah tetapi sekarang dia semakin memecahkan, lihatlah segala perkataan yang mahatir pernah ucapkan , sekarang siapa yang menodainya? mahatir sendiri!

tak payah bandingkan era mahatir 22 tahun dengan Najib yang hanya baru 7 tahun sebagai PM , kalau mahu bandingkan ..tunggu 22 tahun .baru adil

siapa kata mahatir itu suci? tulus? tiada skandal kerugian tiada bail out bilion?

lupakah dengan kes BBMB ? (CIMB)
kes MISC ( yg dipunyai oleh anaknya , bankrupt ..kemudian paksa petronas selamatkan )
harta petronas ratus juta, ( duit bina putrajaya itu duit petronas)
kes PERWAJA STEEL ?
malah MAS juga memang dah rugi ketika era mahatir , bukan bermula dari era Najib!

tak payah lah agung2kan sanggat madey tu , fanatik membuta namanya ..

Anonymous said...

Cuma yg hidup zaman dia je knl siapa itu mahathir

Anonymous said...

jasa mahathir tak pernah dilupakan, tapi...orang yang berjasa dan ikhlas berisi patutnya lebih merendah diri dan tak perlekehkan orang lain... itu yang aku rasa pelik dan tak faham... resmi padi apa kebende....sanagt setuju dengan admin..

top