Monday, March 7, 2016

PARA PENYOKONG PAKATAN PAKATUN TERPAKSA BERGANTUNG KEPADA DONGENG CINA TAK BOLEH JADI PERDANA MENTERI DI MALAYSIA!!!



Perlembagaan Malaysia tidak menyatakan, menetapkan, mengehadkan atau pun memutuskan bahawa hanya orang Melayu-Islam, lelaki atau perempuan, penduduk asal atau baru menjadi warganegara atau imigran atau pribumi yang berhak menjawat jawatan Perdana Menteri, Timbalan Menteri dan Menteri.

Kecuali persetujuan politik antara UMNO dan komponen di dalam Barisan Nasional sahaja yang meletakkan kedudukan Melayu-Bumiputera pada beberapa jawatan tertentu dalam Kabinet dan perjawatan Kerajaan hanya untuk kod sosial tidak bertulis yang terjalin semasa Perikatan ditubuhkan pada tahun 1955 antara UMNO-MCA-MIC.

Satu-satunya Artikel dalam Perlembagaan Malaysia yang dipegang sekarang ialah Artikel 153 yang menyatakan tentang 'Perezaban kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya, untuk orang Melayu-Bumiputera'.

Walau bagaimanapun, Artikel 153 juga berkuatkuasa dengan Artikel 40 yang menyatakan DYMM Yang Di-Pertuan Agong tertakluk kepada nasihat.

Pihak yang mula-mula mendendangkan tentang MITOS Perlembagaan Malaysia dan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera terutama dalam pentadbiran kononnya ia tidak boleh diubah adalah DAP. Anehnya, ramai yang mudah percaya dengan tahyul tersebut sedangkan Perlembagaan Persekutuan sendiri menyatakan di dalam Artikel 159 bahawa Rang Undang-Undang yang telah disokong oleh Bacaan Kali Kedua dan Kali Ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan Ahli Parlimen, membolehkan sesuatu Artikel dalam Perlembagaan digubah dan dipinda.

Justeru, bagaimanakah wujud kepercayaan bahawa Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan mereka sama ada Pakatan Harapan atau Pakatan PAKATUN berjaya menggulingkan UMNO dan Najib Abdul Razak?

Apakah kerja-kerja 'selamat' UMNO dengan MCA-MIC yang kian menunjukkan keretakan apabila di dalam MCA wujud elemen Malaysian Malaysia DAP yang menyamar sedang mempersoalkan kontrak sosial yang tidak wujud di atas konsep HITAM-PUTIH, membuatkan golongan pemercaya tahyul Cina tidak boleh jadi Perdana Menteri begitu istiqomah dengan kepercayaan mereka?

Bagaimanakah tiada seorang pun di kalangan mereka yang mahu tahu mengapa Tragedi 13 Mei 1969 menerusi gabungan GERAKAN, MCA, DAP, Parti Buruh, Parti Rakyat dan subversif komunis mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu seandainya ia adalah mandatori sehingga akhirnya mencetuskan pertumpahan darah antara kaum terbesar di negara ini selepas Perang Dunia Kedua dan Darurat?

Keyakinan yang ditanam bahawa tiada DAP atau mana-mana bukan Bumiputera menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran, Menteri Pertahanan, Ketua Polis Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Angkatan Tentera Malaysia, dan Ketua Setiausaha Negara, seharusnya dibuang jauh-jauh kerana Perlembagaan Malaysia adalah serapuh keputusan pilihanraya yang menentukan siapa pemenang majoriti - lebih-lebih lagi dua pertiga - yang mampu mengubah lanskap Malaysia buat selama-lamanya sepertimana yang berlaku di Singapura!


2 comments:

juragan 69 said...

Dan knp bhai selama berpuluh tahun umno mnguasai kerajaan tidak mampu mmgubah rang undang2 baru utk memastikn hak jawatan pm serta tpm mestilah hak mutlak MELAYU(bkn bumiputera)...knp dh jd camni baru nk guna isu ni utk takut2kn penentang najib(NAJIB)..
Bhai blh lu dptkn mana2 statement tun m, tsmy, mukhriz atau mana2 ahli (bakal bekas) umno yg menyokong deklarasi rakyat dlm masa yg sama
mnyokong ideologi dap..atau ahli gabungan pakatan..
bhai ada setengah2 kes kita perlu menjadi bersetuju utk tidak bersetuju dan juga tidak setuju utk bersetuju..adakh deklarasi tersebut secara jelas dan terang bertujuan utk jatuhkn atau singkirkn UMNO..utk tukar kerajaan maka pru pilihannya..bnyk negara didunia ni yg tukar pm atau presiden tnpa prlu tukar kerajaan melainkn 'rampasan kuasa' oleh rakyat atau tentera...
bhai jgnlh lu pun mentaliti sama sprti pncacai najib yg lain yg anggap rakyat malaysia ni bangang2 belaka..bijak sikitlh utk raih simpati atau gunakan kaedah menakutkn ahli umno..tk semua yg jd ahli atau bakal bekas ahli bangang utk menerima apa saja yg najib dan kuncu2nya hidangkn...hmmm

Anonymous said...

Juragan 69. Tahniah kerana masih ada yg berfikiran waras dlm umno.

top