Sunday, March 13, 2016

PENAHANAN WARTAWAN DAN JURUKAMERA STESEN TELEVISYEN AUSTRALIA, JADI MODAL BARU MEDIA AUSTRALIA BURUK-BURUKKAN MALAYSIA!!!



Bermodalkan penahanan seorang wartawan televisyen dan jurukamera Australia di Kuching malam semalam, Malaysia dan Najib Abdul Razak diburuk-burukkan lagi. 

Australia Broadcasting Corporation (ABC) yang sentiasa mencari fasal dengan Malaysia, terutama semasa 'pergaduhan' antara John Keating dengan Dr. Mahathir dahulu, pernah disekat daripada membuat liputan di Malaysia, ekoran berita-berita yang memburukkan Malaysia menjadi minat stesen televisyen tersebut. 

Penafian kedua-dua kakitangan ABC itu, Linton Besser, 39, dan Louis Eroglu, 51 dari rancangan Four Coners milik ABC kononnya mereka tidak berbuat sebarang kesalahan sebaliknya telah ditahan oleh PDRM dan pasport mereka telah ditahan oleh Imigresen sekaligus tidak membolehkan mereka meninggalkan negara ini, dan disokong pula oleh rakyat Malaysia bernama Albert Tang yang diupah oleh konsulat Australia, sememangnya menarik. 


Ini adalah kerana, sebelum ke Sarawak memburu Najib, kedua-duanya menyerbu dan menceroboh di pejabat Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) semalam ketika balu P.I Bala, A. Santamil Selvi sedang membuat sidang media. Mereka bukan sahaja tidak dijemput, tetapi juga berkelakuan biadap, sebagaimana yang didakwa oleh Ramesh Rao.

Selvi sedang membacakan permohonan maaf kepada Perdana Menteri dan isterinya serta keluarga Perdana Menteri apabila wartawan Australia itu menuduh Selvi telah dibayar dan dirasuah untuk meminta maaf, sekaligus menimbulkan kemarahan dan kekecohan melibatkan A. Santamil Selvi dan Ramesh Rao sendiri. 

Kejadian tersebut segera digunakan oleh Sarawak Report untuk mengeluarkan berita kononnya A. Santamil Selvi telah dibayar RM50,000 oleh Ramesh Rao untuk meminta maaf.

Selepas melakukan provokasi dan bersikap kurang ajar dalam sidang media tersebut, kedua-dua petugas ABC itu terbang ke Kuching dan menyerbu Perdana Menteri ketika Najib sedang melakukan 'walk-about" di Masjid Darul Ehsan di Kota Sentosa. 


Terdapat laporan yang menyatakan, kehadiran Linton Besser dan Louis Eroglu ditaja oleh beberapa orang ahli politik Pembangkang yang cuba mensabotaj sidang media, sekaligus cuba menutup tembelang PKR yang telah menipu A. Santamil Selvi. 

Selvi sendiri turut mendakwa beberapa orang ahli politik PKR telah memungkiri janji dengan keluarganya. Sebaliknya mereka menyuruhnya berjumpa dengan Barisan Nasional bagi mendapatkan bantuan bagi keluarganya. 

Ramesh turut menceritakan bagaimana wartawan tersebut mengulangi soalannya walaupun soalan yang sama telah dijawab oleh Selvi berulang-ulang kali. Keadaan itulah yang membuatkan Selvi menjadi tertekan, naik angin dan kemudian meninggalkan sidang media tersebut. 

Sally Neighbour, produser eksekutif untuk program Four Corners dalam Twitternya berkata, kedua-dua petugas ABC tersebut telah diberkas 'selepas cuba bertanya kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak berhubung skandal rasuah."

Kedua-duanya ditahan ketika mereka di hotel. Polis berkata, kedua-duanya telah dibebaskan pada jam 3:00 pagi selepas kenyataan mereka dirakamkan. Pasport mereka dirampas dan ditahan oleh Imigresen atas dakwaan melakukan menghalang penjawat awam menjalankan tugas rasmi. Merek aperlu melaporkan diri kepada balai polis pada hari Selasa. 


Ketua CID Sarawak, Dev Kumar MM Sree Shumugan berkata, kedua-dua lelaki tersebut telah melanggar garis keselamatan dan cuba mendekati Najib secara agresif. 

"Kedua-dua mereka ditahan kerana gagal mematuhi arahan polis agar tidak melintasi garis keselamatan," katanya dalam sidang media awal hari ini. 

Laporan oleh akhbar The Australian, Besser dan Eroglu telah berada di Malaysia selama beberapa hari kerana membuat liputan berita 'skandal rasuah multi-bilion dollar membabitkan 1MDB selain pembunuhan rakyat Australia yang dilabelkan sebagai 'penterjemah', Altantuya Shaaribu yang kemudian kematiannya cuba dikaitkan dengan pemimpin tertinggi negara'. 



No comments:

top