Wednesday, March 23, 2016

PENERBIT CLEVER GIRL MALAYSIA MINTA ORANG RAMAI HENTI KECAM PESERTA RANCANGAN ITU!!!



Penerbit Clever Girl Malaysia meminta orang ramai supaya berhenti mengecam peserta rancangan terbabit apabila dianggap kurang bijak ketika menjawab soalan diajukan kepada mereka dalam program itu.

Shazreena Kassim berkata, 14 peserta yang dipilih mempunyai tahap IQ sangat tinggi, namun dek rasa gemuruh ketika berdepan ujian yang diberi, ia membuatkan sesetengahnya gugup. 

"Sebagai penerbit yang mengendalikan program baharu, segala kritikan diterima dengan hati yang terbuka. Cuma janganlah mengecam peserta secara berlebih-lebihan. Mereka sangat bijak sebenarnya, cuma kerana gugup, jawapan betul yang patut diberikan menjadi salah pula. 

"Mengatasi sifat gemuruh juga antara ujian buat mereka kerana ia mampu memberikan fokus yang penuh dalam melunaskan tugasan diberi," katanya kepada BH Online. 

Pada episod pertama rancangan itu, seorang peserta, Wan Zarith Sofea yang mewakili Johor menerima kecaman dan sindiran hebat daripada netizen apabila beliau tidak dapat membezakan antara Mother Teresa dengan Mahatma Gandhi. 

Selain itu, peserta Selangor, Arina Mohd Fairin juga gagal menjawab soalan mudah mengenai bilangan warna bendera Malaysia. 

Pada episod kedua yang bersiaran semalam, pihak produksi pula mendapat kritikan hebat apabila soalan; "Berapa banyakkah filem P Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok?" menyaksikan kebanyakan peserta memberikan jawapan "tiga". 

Seterusnya jawapan itu disahkan betul oleh pengacaranya, Alif Satar. 

Perkara itu membuatkan golongan netizen mengecam pihak produksi yang dikatakan tidak bijak menyediakan soalan kerana jawapan sebenar untuk soalan berkenaan ialah empat, iaitu Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok. 

Berikutan itu, netizen menyifatkan pihak produksi masih tidak mengambil iktibar daripada kontroversi pada minggu pertama program terbabit. 

Shazreena berkata, walaupun menerima pelbagai komen sama ada baik mahupun sebaliknya, program itu menjadi topik utama (trending) di laman sosial Twitter. 

"Saya tahu pihak kami perlu mengambil setiap kesilapan sebagai pengajaran agar dapat diperbaiki pada episod seterusnya. Saya juga yakin, Clever Girl Malaysia akan diterima masyarakat seiring dengan peredaran masa," ujarnya. 

Clever Girl Malaysia bersiaran pada setiap Ahad, jam 9 malam, bermula 13 Mac lalu.

5 comments:

Anonymous said...

Kalau tanya soalan2 yang mudah tu dikatakan clever. Jadi wanita2 yang memiliki phd nak panggil apa pulak?

Anonymous said...

Soalan mcm hampeh !!! Nk tayang muka je lebih. Perasan baguih!

Anonymous said...

Panggil cleapot..

kaw said...

huhhhhhh...

yang tukang tanya soalan pun...bodoh jugakkkkkk....

daripada dok tanya pasai mother teresa baik la tanya pasai nabi muhammad...

1. sapa ayahanda dan bonda nabi muhammad..??
2. umur brapa nabi muhammad di lantik menjadi rasul..??
3. wahyu pertama yang diturunkan kepada baginda rasullullah s.a.w..??

nasib baik la depa tak tanya clever2 girl tuh saiz sarung tetek teresa kok saiz brapa...

dari soalan2 tuh nampak sangat lah rancangan tuh takde purpose yang jelas...saja buat rancangan tuh nak perabih duit ja...???

aku nak bagi cadangan skit utk rancangan clever girl nih....selain dari sesi tanya soalan bodoh yang takdak wawasan camtu...

aku nak cadang diaorang buat sesi "menjadi suri rumah" utk clever2 girl tuh...cuba la test tgk girl2 tuh...reti tak nak tukaq pampest anak...nak basuh berak anak...nak urus emosi anak2..dan mana2 yang related pasai pengurusan rumah tangga dan ke arah menjadi isteri yang diredhoi suami dan Allah...

Maaf cakaplah klu ada yang terasa...tapi ini dari experience aku sendiri

pompuan zaman sekarang nih harap mengaji ja tinggi melangit sampai degree..phd bagai...tapi bila jadi bini orang suruh jaga anak tak buleh harap....

The Lady Enchantress said...

@Kaw, ko nye statement ni memang lengkap sexist ngan mysogyny nye. Apa kaitan clever girl ngan jadi suri rumah? Habis yg xreti buat kerja rumah tu sume bodoh2 ke akal diorang? Skrg dah zaman anak ngan tanggungjawab rumah bukan pada isteri/ibu je. Ayah/suami pun kena pandai semua tu. Why kalau rancangan jaga anak urus rumahtangga je mesti nak bagi kat pompuan?

Kalau nak rancangan camtu biar campur contestant laki pmpuan.

Tapi budak2 clever girl ni kononnya ada Mensa la, PhD la bagai. Soalan pengetahuan am pun xleh jawab. Dah tu soalan simple plak.

Kalo betul nak uji clever girl bagi Periodic Table of Elements Chemistry tu bagi diorg isi, baru tau clever ke x hahaha

top