Saturday, March 12, 2016

PETISYEN DESAK DAP, PKR, LFL, BERSIH DAN NGO-NGO BERKAITAN DEDAHKAN DERMA NED, NDI ATAU IRI YANG MEREKA TERIMA... ANDA SUDAH MENANDATANGANINYA?



Isu Wang Derma RM2.6 bilion sudah semakin menurun terutama selepas pengakuan daripada ahli keluarga Diraja Arab Saudi dan pendedahan BBC dan CNBC yang menyanggah tohmahan daripada Wall Street Journal dan Sarawak Reports kononnya wang tersebut datangnya daripada 1MDB yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.

Kecuali mereka yang enggan menerima berita kedua dan membandingkannya kecuali menerima bulat-bulat apa yang disajikan oleh Wall Streets Journal dan Sarawak Report, yang masih berpegang dengan pendirian asal bahawa Najib Abdul Razak telah mencuri wang pelaburan di dalam 1MDB walaupun tidak berbukti dan sehingga kini, kekal sebagai teori semata-mata.

Derma politik dan peruntukan untuk pilihanraya, dua benda yang sama sekali berbeza.

Derma politik biasanya bukan di had masa yang dibenarkan oleh SPR yang antara lain menyatakan setiap calon Parlimen, peruntukan dan perbelanjaannya hanyalah RM200,000 sekaligus kalau kesemua calon diambil kira, jumlah yang dibenarkan adalah RM44.4 juta sahaja. Peruntukan ini biasanya dipersiapkan oleh parti kerana setiap calon pasti memerlukan perbelanjaan dan dalam hal ini, Barisan Nasional selaku sebuah parti yang berkomponenkan 13 buah parti-parti lain, perlu menyediakan peruntukan berkenaan yang kemudian diagih-agihkan kepada setiap calon dari Barisan Nasional - bukan lagi mewakili parti komponen.

Zaman paling popular derma politik adalah pada zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir. Perbelanjaan besar untuk mempertahankan kedudukan Perdana Menteri pada tahun 1987, menyaksikan banyak GLC terutama sekali Petronas yang terpaksa menyumbang dalam bentuk melaksanakan projek dengan sebahagian daripada komisyen dialihkan kepada UMNO-BN bagi tujuan politik.

Namun derma politik yang paling besar, diterima oleh PKR untuk menggerakkan REFORMASI yang menjangkau selama beberapa tahun bermula pemecatan Anwar Ibrahim dan kekerapannya ke Amerika Syarikat dan Jerman untuk tujuan yang dikatakan, mendapatkan modal kempen.

DAP pula seringkali dikaitkan dengan Israel dan wang derma dari Amerika Syarikat, sekalipun para pemimpin DAP berjaya melarikan isu tersebut dengan menimbulkan pelbagai isu hangat, termasuklah dengan menyerang UMNO-BN mahupun memprovokasi umat Islam.

Terdapat banyak bukti yang menunjukan CIA, National Endowment for Democracy (NED), sama ada secara langsung atau tidak langsung menerusi IRI milik parti Republican USA atau NDI milik Parti Demokrat Amerika Syarikat membiayai parti-parti PKR dan DAP atau pemimpin-pemimpin mereka secara langsung.

Najib dan UMNO telah dipaksa untuk mengakui bahawa mereka menerima derma politik daripada Arab Saudi yang kemudian diperakui sendiri oleh ahli-ahli keluarga Diraja Arab Saudi. Siasatan juga telah dijalankan di mana SPRM dan Peguam Negara Malaysia 'membersihkan' Najib daripada tuduhan mencuri wang negara, manakala Peguam Negara Switzerland turut menafikan wang RM2.6 bilion tersebut dicuri dari akaun 1MDB sebelum disalurkan ke akaun peribadi Najib.

Usul yang membabitkan undang-undang wang derma politik telah dibentangkan sendiri oleh Najib Abdul Razak di Parlimen. Walau bagaimanapun, pada waktu itu, pembangkang sebulat suara menolaknya. Sekaligus menggagalkan usaha untuk memasukkan wang derma politik di dalam undang-undang di mana semua parti politik terlibat, perlu membentangkan sumber dan jumlah serta butiran perbelanjaan dan perolehan mereka.

Jadi, Malaysia tidak ada undang-undang khusus tentang derma politik. Walaupun dikatakan rasuah atau dilabelkan dengan seribu macam perkataan-perkataan retorik yang boleh menaikkan sentimen, ia tidak menyalahi undang-undang negara kerana tiada undang-undang negara khusus tentang wang derma politik.

Kini muncul petisyen di Facebook bagi mendesak parti-parti politik dan NGO-NGO yang banyak sangat bercakap untuk mendedahkan jumlah wang derma politik yang mereka terima.

PKR, DAP dan NGO-NGO seperti BERSIH, SUARAM dan Lawyers for Liberty, dilihat berbelanja besar walaupun di luar had masa kempen yang dibenarkan oleh SPR. Malahan DAP dan PKR, hampir setiap hari mempunyai ceramah-ceramah dan aktiviti-aktiviti politik termasuklah cubaan berselindung dengan meminta derma daripada orang ramai, dengan segala projek dan helah politik seperti kempen pemidang besar 'BEBASKAN ANWAR' dan 'IMPIAN SARAWAK', berbelanja besar tanpa diketahui asal-usul sumber kewangan mereka.

Sudah sampai masanya untuk setiap parti politik mendedahkan apa yang tidak mereka dedahkan selama ini. Takkan hanya Najib dan UMNO sahaja yang perlu mendedahkan sumber kewangan, bahkan disiasat oleh pihak berkuasa seperti SPRM, PDRM dan Bank Negara tetapi parti-parti politik kecil tetapi mewah lain seperti DAP dan PKR pula boleh lepas bebas.

Begitu juga dengan NGO-NGO berkenaan...

Tandatangani segera petisyen tersebut sekiranya anda benar-benar berminat dengan keadilan, bukannya TERLALU BODOH kerana lebih mempercayai fitnah dan tohmahan!

Petisyennya di SINI (KLIK)

SUMBER: SELANGOR CHRONICLE

 

3 comments:

juragan 69 said...

Hahaha ucapan tahniah sbb segalanya hebat buat najib..tkda sesiapa didunia ni yg mmpu lwn kehebatan dan kebesaran najib...klu ada pun cara yg mudah ialah bg je alasan mahathir pun
buat,mahathir dah buat..mahathir bla bla bla
najib juga yg terhebat...
'pengakuan kerabat diraja'???pengakuan yg mana satu bhai?mmberi derma kah?menerima kembali duit dermakah? Knp tk disebut dgn jelas siapa kerabat tu..atau najib pun dh lupa siapa yg mnyumbang kpd beliau?ialah org sehebat najib tntunya dia figura atau idola seantero dunia...WOW bngganya aku ada pm yg sejujur lg amanah dan yg paling utama kehebatan beliau tkda tandingannya...

Anonymous said...

Peduli apa.aku rakyat biasa rasa okey je.cuma orang busuk dan dengki je huruhara.

Anonymous said...

Kesian juragan idea baik pn blh buat dia meroyan

top