Friday, March 11, 2016

RAFIZI SIBUK SURUH NAJIB LETAK JAWATAN, DIA YANG DIDESAK LETAK JAWATAN DI PANDAN, BUAT TAK PEDULI PUN!!!



Sebenarnya, kalau kita perhatikan dunia politik, kita boleh tergelak sakan kerana drama-drama lucu yang dimainkan, dilakonkan dan dilayarkan oleh pelakon-pelakonnya yang kita gelarkan sebagai ahli-ahli politik.

Rafizi Ramli dua hari lepas, memujuk Ahli-Ahli Parlimen BN agar bersama-sama dengan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang bersatu hati dalam usul undi tidak percaya kepada Najib Abdul Razak bagi memastikan Najib Abdul Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. (RUJUK SINI)

Dr. Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz juga bercakap dan mendesak agar Najib letak jawatan demi menyelamatkan UMNO dan BN, kata mereka.

Lim Kit Siang, Wan Azizah, Anwar Ibrahim dan para pemimpin pembangkang juga sama.

Tetapi Rafizi Ramli tidak pernah membayangkan atau memberanikan diri untuk meletak jawatan selepas dia kantoi menipu dalam banyak isu termasuklah menipu para pengundi konstituensinya iaitu Parlimen Pandan dengan janji-janji kosong, malah langsung tidak menampakkan muka bertemu para pengundi walaupun muka dan beritanya boleh dilihat serta dibaca hampir setiap masa.

Dr. Mahathir juga tidak meletakkan jawatan pada ketika jutaan orang berarak dan berdemonstrasi sehinggakan dia terpaksa mengadakan AKUJANJI dengan Suqui dan Dong Zhong pada 1999 yang mengukuhkan sekolah-sekolah vernakular sampai ke hari ini sekaligus merugikan Falsafah Pendidikan Negara dan sekolah satu aliran.

Wan Azizah, Lim Kit Siang, malah Mukhriz Mahathir yang lebih banyak masanya menjadi Menteri Besar Firefly berbanding Menteri Besar Kedah, turut enggan meletak jawatan walaupun akhirnya Mukhriz terpaksa juga berbuat begitu kerana tidak mampu menahan tekanan dan penarikan kembali perlantikannya oleh Presiden parti yang telah melantiknya sebelum itu.

Kesemua mereka mempunyai persamaan... enggan meletak jawatan walaupun sudah menjadi fosil dinosaur seperti Lim Kit Siang.

Anehnya, mereka ini giat menyuruh orang lain meletak jawatan sepertimana yang mereka lakukan ke atas Najib Abdul Razak.

Sepatutnya kesemua mereka meletak jawatan bagi membolehkan mereka yang benar-benar ambil tahu hal rakyat yang berada di Parlimen dan DUN, bukannya yang terlalu sibuk menonjolkan diri untuk berebut kuasa.




4 comments:

Anonymous said...

Mahathir tidak meletak kawatan sebab bukan dia yg salah laku menjubor orang..Berbeza dengan Najib sebab dia sendiri yg salah laku songlap duit rakyat

Anonymous said...

Rafizi Ramli sudah tidak relevan apabila telah menunjukkan kebodohan beliau beberapa kali. Beliau sebelum ini disaman tetapi menafikan tindakan sendirinya dengan mengakui sendiri membuat lawak.

Anonymous said...

Sapa pun jadi pm tpi klu rkyat yg bodo n malas, mne nk berduit. Tak yah lah nk salahkan sapa2. Manusia je yg zalim kt diri sendiri.

Anonymous said...

1.00
Buat dosa kering aja kau ni pada hari Jumaat mulia ni
Betul ke Najib songlap duit rakyat,kau sorang je ke rakyat,yang kami ini apa..
Ada bukti ke...2.6 bil dah dibuktikan Caix ProTun salah
1 MDB,duit rakyat mana diambil.....
Patutlah kita tengok Najib segar bugar buat kerja PM,mungkin telah menerima segala pahala orang yang memfitnah beliau.
3.03
Totally agreed with your comments

top