Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, March 25, 2016

RAHMAN DAHLAN BERAKSI LAGI... BULLDOG DIBELASAHNYA DENGAN FAKTA KHIR TOYO HANYA DOKTOR GIGI!!!



Di sebalik desakan Guan Eng agar Abdul Rahman Dahlan meminta maaf kepadanya kerana menggelarkannya sebagai PEMBOHONG di dalam Dewan Rakyat, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu tetap aktif beraksi dan membalun semula kepala Guan Eng dan konco-konconya.

Kalau sebelah pagi tadi Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik atau gelaran yang banyak diberikan, bulldog kerana layanan serta air muka yang ditunjukkan tatkala mengangkut tong gas seorang peniaga reatoran muslim yang bukan sahaja dihalau tetapi restorannya cuba disita pada tahun 2010, memberikan alasan dan hujah bangang, sebelah petang pula, kebangangan si bulldog disindir Abdul Rahman Dahlan yang kini dijadikan sasaran serangan Guan Eng kerana pendedahan dan serahan bukti kepada SPRM bukan sahaja bakal memanaskan punggung Guan Eng malah bakal membuka pintu penjara buat kali kedua untuk anak lelaki Lim Kit Siang itu.

Alasan 'terbaik' yang mampu diberikan oleh Wei Aik adalah mengulangi bahawa Guan Eng tidak mengetahui nilai hartanah yang dibelinya kerana dia hanyalah akauntan dan Ketua Menteri bukannya agen hartanah. Fakta tentang jawatan Exco Tanah yang disandangnya tidak disebut langsung.

Kata Abdul Rahman Dahlan, sepatutnya Khir Toyo juga tidak didapati bersalah kerana Khir Toyo hanyalah seorang doktor gigi serta Menteri Besar malah Khir Toyo juga bukanlah Exco Tanah seoerri Guan Eng.

Awal hari ini, Ng Wei Aik menggesa rakyat Pulau Pinang agar berdiri teguh menyokong Lim Guan Eng dan tidak mempercayai segala yang didedahkan oleh Barisan Nasional yang dianggap sebagai propaganda tidak berasas.

Rahman Dahlan menolak hujah Ng Wei Aik dan merujuk kepada kes bekas Menteri Besar Selangor yang sedang menjalani hukuman penjara selama setahun oleh Mahkamah Persekutuan pada September tahun lepas kerana membeli dua lot tanah dan banglo di Shah Alam dengan harga RM3.5 juta pada tahun 2004 daripada sebuah syarikat yang telah membayar RM6.5 juta untuk hartanah berkenaan.

"Menurut AP Tanjung, LGE adalah seorng akauntan bukannya penilai atau agen hartanah. Menariknya Ketua Menteri seperti tahu nilai semua tanah-tanah yang lain kecuali rumahnya!

"Saya mahu bertanya kepada AP Tanjung, bolehkah Khir Toyo kita katakan tidak tahu nilai sebenar rumahnya memandangkan dia hanyalah seorang doktor gigi?" Tanya Rahman Dahlan lagi.

"AP Tanjong seharusnya mengingatkan LGE tentang salahlaku. Malah dia juga seharusnya  memberitahu LGE agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan nama rakyat Pulau Pinang (untuk menutup perbuatan curangnya)," katanya lagi.


4 comments:

Anonymous said...

Aku pun nak cari bungalow murah di Penang. Di KL ini harga dah merapu-rapu jika 10,000 kaki persegi seperti rumah KM Penang tu jika tak ada harta Qarun bernilai lebih 10 juta, jangan mimpi nak berumah bungalow.

Anonymous said...

Untuk pengetahuan kes Khir Toyo. Nilai 3.5juta itu adalah daripada jurunilai penal yg dilantik oleh HSBC Bank . adalah menjadi amalan pihak bank yg member pinjaman melantik penal mereka menilai sesuatu hartanah yg hendak dicagarkan kepada mereka walaupun sudah ADA valuation daripada jurunilai peminjam. Memang betul harga 3.5 juta itu sebagaimana yg disahkan oleh Jurunilai.

Anonymous said...

lebih setengah jam LGE bertekak dgn menteri di parlimen .. bukan sebab isu banglo tapi isu perkataan "pembohong" yang menteri ucapkan
kalo tak faham bahasa kebangsaan tak payah LGE tunjuk pandai
PEMBOHONG itu merujuk pada individu yang bercakap bohong ... siapa ?
yang kata kerajaan pusat lah yang menetapkan harga untuk rumah diPP tu siapa ?
tak payah la apek nak cari alasan supaya diusir dari parlimen sebab itu sahaja cara untuk elak diasak ahli parlimen lain ....
kantoi la lu pek .... big time

Anonymous said...

lim guan eng buat dan jual rumah di pulau pinang paling murah rm400,000 faham2lah rakyat kebanyakan mana mampu, itu taktikal namanya, bila ditanya kenapa dia jawab kerajaan yang tentukan, nak lepaskan diri...jangan pusing2 lagi..mengaku saja

 
Blogger Templates