Thursday, March 10, 2016

RAHMAN DAHLAN PUN NAK DAH TAK SABAR NAK GANTI AHMAD MASLAN KE DALAM BAB BONGOK CAM NI?



Pengumuman Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional, Abdul Rahman Dahlan bahawa BN telah menubuhkan sepasukan peguam untuk mengendalikan kes-kes fitnah dan tohmahan yang dibuat oleh portal serta media sosial, sebenarnya tidak lebih bijak berbanding pengumuman lebih awal Ahmad Maslan tentang 10 kumpulan ‘Keyboard Warrior’ yang akan membantu menjawab dan menyanggah fitnah pihak musuh.

Kata Abdul Rahman Dahlan, BN memang telah ada pasukan peguam untuk tujuan tersebut tetapi sehingga ke saat artikel ini ditulis, yang lebih popular dan lebih diingati adalah kes-kes saman fitnah yang dibuat oleh para pemimpin pembangkang dengan jumlah kemenangan menyebelahi mereka, manakala peguam-peguam UMNO pula kekal dengan rekod ‘penyelesaian luar mahkamah’.

Beberapa nama peguam UMNO, seringkali dijadikan bahan jenaka, malah ada juga yang membuat taruhan, kes-kes yang dikendalikan oleh peguam-peguam UMNO tersebut akan diselesaikan di luar mahkamah dengan permohonan maaf semata-mata dan selepas itu, jikalau pihak pembangkang memutarbelitkan cerita sebenar, mereka sekadar mendiamkan diri dan berpura-pura pekak badak.

‘Walk the talk’, sepatutnya cogankata tersebut menjadi pegangan kalau benar sudah wujud pasukan peguam yang bertindak segera ke atas sebarang tohmahan dan fitnah yang dibuat oleh portal-portal berita serta media sosial yang lain.

Kenyataan lemah-lembut bahawa tindakan undang-undang akan diambil sekiranya pihak portal berita dan media sosial enggan mengubah kandungan fitnah mereka, sebenarnya menggalakkan lebih banyak fitnah dan tohmahan dibuat dan kemudian, ‘pembetulan’ dilakukan bagi mengelakkan disaman fitnah.

UMNO dan Barisan Nasional serta beberapa orang pemimpin utama seperti Perdana Menteri, seringkali menjadi mangsa fitnah dan tohmahan portal-portal pro-pembangkang seperti Malaysiakini, The Malaysian Insider, FMT dan sebagainya. Namun sehingga kini, tindakan ke atas portalportal yang kuat menfitnah tersebut, tersangat minima walaupun hampir setiap masa, mereka menyiarkan fitnah dan tohmahan serta berita yang diputarbelitkan.

Berbanding dengan pihak pembangkang yang sangat gemar menyaman Utusan Malaysia dan kemudian menang, iltizam dari pihak UMNO-BN untuk mempertahankan diri daripada fitnah dan tohmahan yang dibuat oleh portal-portal berita pula sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Dek kerana itulah, walaupun portal-portal berita pro-pembangkang menyiarkan berita-berita fitnah dan putar belit pada setiap masa, termasuklah pengamal media sosial lain, mereka jarang malah tidak pernah diambil sebarang tindakan. Sekaligus fakta tersebut digunakan oleh pembangkang untuk menekankan bahawa media UMNO-BN seperti Utusan adalah raja fitnah kerana bukan sahaja kerap disaman, tetapi juga kerap kalah di mahkamah.

Sepatutnya usaha mengambil tindakan keras ke atas para penfitnah terutama sekali ke atas portal-portal berita dalam talian dan media sosial, dilakukan secara aktif dan lebih kerap sepertimana tindakan yang diambil oleh Lim Guan Eng dan barisan pembangkang ke atas Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar pro-kerajaan.

Kita tidak mahu media dan portal berita dalam talian terus terlepas seperti sekarang selepas mereka dengan bebasnya membuat fitnah, tohmahan dan memutarbelitkan berita.

Abdul Rahman Dahlan sepatutnya membuktikan cakap-cakapnya bahawa memang wujud pasukan peguam, bukan sekadar bercakap tetapi tiada tindakan seperti yang lepas-lepas. Kita mahu pasukan peguam yang dikatakan dan didedahkan oleh Abdul Rahman Dahlan ini mengambil tindakan pantas, bukannya tindakan teragak-agak yang kemudiannya berakhir dengan ‘PENYELESAIAN DI LUAR MAHKAMAH’!



No comments:

top