Tuesday, March 22, 2016

RASUAH DI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN... BUKAN KHAIRY JAMALUDDIN YANG PERLU DIDESAK LETAK JAWATAN TETAPI KSU DAN KSN!!!



Apabila seorang Setiausaha Bahagian sebuah kementerian yang kemudiannya disahkan sebagai Kementerian Belia dan Sukan oleh Menterinya sendiri dan SPRM, ditahan bersama-sama lapan individu lain kerana menerima suapan RM20 juta selain menggelapkan dana kerajaan sebanyak RM100 juta, maka berkokoklah sekalian pembenci agar Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan kerana gagal mengetahui ada aktiviti rasuah besar yang telah berlaku di dalam Kementeriannya.

Tidak sahaja dari kalangan pemimpin DAP dan PKR yang mendesak agar Khairy Jamaluddin meletak jawatan, sebaliknya dari kelompok UMNO-BN juga ada yang mendesak agar Khairy Jamaluddin berbuat begitu dengan alasan, Khairy telah gagal menjalankan tugasnya.


Siasatan mendapati SUB tersebut memulakan khidmat di Kementerian berkenaan pada tahun 2010, tiga tahun sebelum Khairy Jamaluddin menjadi Menteri Belia dan Sukan. Jumlah RM100 juta yang digelapkan, tidak dilakukan dalam tempoh yang singkat. Sebaliknya memakan masa yang agak panjang.

Sekaligus si perasuah berkenaan dan konco-konconya memang telah lama buat kerja terkutuk itu.

Seperkara yang lain, si perasuah itu dan konco-konconya terletak di bawah kuasa Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Setiausaha Negara. Kesemua penjawat awam berada di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam, bukannya Menteri dan Timbalan Menteri.

Justeru, sepatutnya yang didesak meletakkan jawatan adalah KSU dan KSN serta mereka yang berada dalam JPA dan SPA. Mereka itu yang lebih layak untuk didesak bukannya Khairy Jamaluddin.


Masalah rasuah dan ketirisan yang berlaku dalam perkhidmatan awam seringkali kita boleh temui dalam Laporan Ketua Audit Negara. Hampir semua Kementerian dan Jabatan berhadapan dengan masalah yang sama, di mana ketirisan berlaku tetapi seperti tiada apa-apa tindakan yang diambil untuk memperbetulkan masalah berkenaan.

Mendesak mana-mana menteri atau timbalannya untuk meletak jawatan kerana penjawat awam dalam kementeriannya melakukan rasuah, ketirisan atau merompak dalam senyap, merupakan perbuatan bodoh kerana yang perlu diperangi adalah di dalam sistem kakitangan awam itu sendiri, bukannya Menteri atau Timbalan Menteri.

Cuma Khairy Jamaluddin tidak sepatutnya melatah seperti yang dilakukannya sekarang. Dia tidak perlu menjadi seorang lagi Lim Guan Eng dengan meroyan dan melocak-locak menerusi Twitter. Sebaliknya dia perlu menjadikan Najib Abdul Razak sebagai contoh untuk terus kekal tenang sekiranya benar-benar dia tidak bersalah.

Gelagatnya sekarang, memperlihatkan seolah-olah dia bersalah pulak... sama macam Lim Guan Eng!!!

Atau barangkali, Khairy boleh memulakannya dengan mengurangkan kadar SELFIE dan mengajak Pemuda UMNO juga mengurangkan SELFIE....


4 comments:

Anonymous said...

Sekadar buat bising suruh KJ letak jawatan ...bukanlah hero namanya.

Cuba lihat cth anak kita nakal dan buat kesalahan, mahu ke kita biar orang luar mengata kita ibubapa yg tak tau mengajar anak2?

Kita sendiri pon tak mampu mengawas anak2 yg membesar depan mata,  inikan Menteri2 nak mengawas kakitangan jabatan2 yg dibawah kementeriannya.

Elok kita  berfikir dengan waras sebelum beri pandangan...dan beri cadangan yg bernas untuk perbaiki.

Kita rakyat malaysia sejak akhir2 lebih banyak komen2 demi berpolitik.

Anonymous said...

Soalan saya kepada Auditor General (AG), kenapa sebelum ni AG tak jumpa apa-apa diKBS ?

Anonymous said...

Saya setuju Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) yg sepatutnya didesak letak jawatan krana itu adalah pegawai bawah jagaannya, menteri membuat polisi penjawat awam pelaksananya. Berlaku penyelewangan bertahun2 depan mata KSU Kementerian tak tahu pelik,tidur ke dia atau tahu beri arahan aja tak pernah pantau, sy bekas peg. awam tahu cara kerja pegawai2 tinggi kerajaan ini.

Anonymous said...

Aku setuju tukar PM USD1 Billion!!!

Habis cerita!!

top