Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, March 6, 2016

RENGEK, MENGERANG DAN MENGELUH... ITULAH RAFIZI TAHU DAN DIA SALAHKAN NIK ABDUH SEBAB AHLI PAS TIDAK SUKAKAN SIKAPNYA!!!




Empat atau lima hari lepas, Netizen tergelak-gelak melihat gelagat Rafizi Ramli yang seperti budak-budak lapar susu dan puting getah. 

Semuanya bermula daripada printscreen WhatsApp yang menunjukkan bagaimana Rafizi Ramli terpaksa melarikan diri apabila diasak dan tidak mampu memberikan jawapan kepada isu yang dia sendiri timbulkan selama ini. 

Dan yang lebih menarik lagi ialah, kumpulan WhatsApp tersebut dikatakan dianggotai oleh ahli-ahli PAS terutama dari Parlimen Pandan yang telah menyokongnya selama ini. 

Rafizi Ramli merupakan antara pemimpin Pakatan Harapan yang cukup gentar, gemuruh dan takut sekiranya PAS bertindak menyebelahi UMNO dan Najib Abdul Razak sebagaimana yang ditunjukkan oleh beberapa orang pemimpin utama PAS seperti Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS sendiri. Malah Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Mat juga tidak lagi mengikut arus yang diinginkan oleh Rafizi Ramli dan Pakatan Harapan. 

Antara teori menarik Rafizi Ramli untuk membantai Kerajaan adalah tentang harga minyak. Rafizi Ramli sebelum ini dengan penuh yakin menyatakan bahawa harga rendah minyak akan menurunkan harga-harga serta kos-kos yang lain. Sekalipun hujahnya disanggah, Rafizi mengejek-ngejek sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya, malah melabelkan mereka sebagai 'PENJILAT NAJIB'.

Pertanyaan langsung kepada Rafizi di dalam WhatsApp tersebut, menyerlahkan sikap pengecut dan penakut Rafizi yang hanya berani menyalak dan melalak di luar. Seperti yang diketahui, Rafizi tidak berani berhadapan dengan sesiapa sahaja yang mahu berdebat dengannya. Kebanyakan yang bersikap kritikal dengannya, atau bertanyakan sebarang soalan kepada Rafizi tanpa dapat dijawabnya, akan disekat daripada semua Twitter dan Facebooknya.

Perkara itu kini diperkatakan secara meluas dan sudah ramai yang disekat oleh Rafizi kerana sikap pengecutnya!

Di dalam kumpulan WhatsApp tersebut, seseorang bertanya kepada Rafizi mengapa teorinya yang menyatakan harga minyak turun akan menurunkan harga barang-barang, memandangkan sekarang ini harga minyak berada pada paras paling rendah, tidak berlaku. 

Rafizi menjawab dengan penuh angkuh sekaligus menunjukkan sikap tidak bertanggungjawabnya, menyebabkan seorang ahli WhatsApp tersebut naik angin. Rafizi seperti biasa melarikan diri dan mula menyalak menyalahkan ahli-ahli WhatsApp tersebut kononnya kurang ajar dan tidak PAS tidak menjaga 'akhlak' ahli-ahlinya. 

Paling menarik ialah apabila dia menyalahkan Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang berada dalam kumpulan tersebut. Sedangkan yang tidak menjaga akhlak selama ini adalah Rafizi Ramli sendiri. Dia tidak diserang pun di dalam kumpulan WhatsApp berkenaan sebagaimana yang cuba dibohonginya tetapi menagih simpati dengan cerita adalah lumrah bagi seseorang yang bernama Rafizi Ramli membuatkan kita dihidangkan dengan cerita karutnya yang dia rasakan, tidak akan bocor dan mendedahkan tembelangnya. 

Baca apa yang dirungutnya walaupun yang menimbulkan masalah adalah dia sendiri: 

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menasihati PAS menjaga 'akhlak' ahlinya setelah beliau mendakwa diserang oleh sebuah kumpulan Whatsapp. 

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata kumpulan berkenaan memasukkan nama beliau tanpa persetujuannya lalu untuk memaki hamunnya.

Menurutnya kumpulan Whatsapp itu turut disertai ahli PAS termasuklah ketua pemuda parti itu, Nik Mohamad Abduh Nik Mat.


Beliau bertindak meninggalkan kumpulan tersebut namun namanya dimasukkan semula - juga tanpa kebenarannya.

"Dalam Whatsapp yang maki hamun itu ada juga pimpinan PAS seperti @nikabduh (merujuk kepada Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh), Razman PJ Perak dan lain-lain. Tolong nasihat akhlak ahli.

"Selepas diserang di media sosial oleh penyokong PAS, kini mereka sibuk add (masukkan) saya dalam Whatsapp untuk dimaki hamun. Bila keluar 'add' balik #getalife," tulis beliau dalam entri Twitternya.

"Dengan YB PH (Pakatan Harapan) lain boleh diorg buli macam ini. Saya akan kongsi akhlak penyokong PAS ini sambil diperhati pimpinan mereka," jelas Rafizi lagi.

Rafizi mengambil langkah itu ekoran nasihat rakan Twitternya yang mahu beliau mendedahkan kandungan mesej berkenaan kepada umum.

Antaranya Mamalia/Joni @_joni_joni_joni yang mahu Ahli Parlimen Pandan itu supaya berbuat demikian.

"Printscreen la sikit. Biar orang tengok akhlak orang parti (jaja) Islam," katanya.

Status berkenaan menerima komen daripada netizen.

Luqman Suharni @mlms_0711 turut menulis "Maaf YB, saya pun tak bersetuju dengan kenyataan YB, tapi tindakan daiorg (mereka) itu tidak patut sebenarnya, agree to disagree,no maki hamun," katanya.

4 comments:

juragan 69 said...

Kah kah kah...bhai lu nyer ayat 'takut pas sokong umno'cam tk blh belah je...tp alhamdulillah sekiranya pas sokong umno asalkn pas tidak sokong ketua wali umno iaitu najib..

Anonymous said...

Nama pon lapiji pondan.. dia je bole hentam org bila dia kena #getalife ... hahahahahahaha ... ni hashtag ko #lanjioooooo

Anonymous said...

Bila seorang YB yg tak mahu bertanggungjawap ke atas teori yg dia keluarkan memang patut kena maki... cara jawap pun macam budak Tingkatan Satu MCKK... YOU DESERVE IT

Anonymous said...

What come around gostan seround. Dulu penyokong sendiri tunjuk kurang didikan di laman orang, sekarang nak komplen bilamana orang sendiri buat benda sama di laman sendiri? Ha ha. Nasi dah jadi bubur.

 
Blogger Templates