Sunday, March 6, 2016

SELAMAT JALAN MUHYIDDIN YASSIN... SELAMAT JALAN MUKHRIZ MAHATHIR... SELAMAT JALAN SHAFIE APDAL!!!



Desakan agar UMNO mengambil tindakan ke atas Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Shafie Apdal agar ditendang keluar dari UMNO semakin kuat. Dan ianya tidak sahaja berlaku di dalam Majlis Tertinggi UMNO tetapi juga di kalangan akar umbi.

Persekongkolan dengan Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim serta NGO-NGO anti Kerajaan, adalah satu langkah yang Allah Taala tunjukkan siapa sebenarnya Mahathir dan konco-konconya.

Walaupun pelbagai alasan diberikan demi menyelamatkan pemimpin-pemimpin UMNO yang pernah dijulang itu selama ini, namun 'dosa' mereka dalam satu barisan dengan Lim Kit Siang (DAP) dan PKR, tidak boleh diterima sama sekali.

Sehari sebelum terkangkang dan tersengih bersama-sama Lim Kit Siang, Muhyiddin Yassin berkata, dia tidak terlibat dalam gerakan menggulingkan Perdana Menteri. Mukhriz Mahathir yang cuba menyelamatkan jawatan Menteri Besar Kedahnya juga berkata, dia tidak pernah terlibat dalam gerakan menggulingkan Najib Abdul Razak.

Tetapi apabila mereka bersama-sama dengan DAP dan PKR yang matlamat mereka adalah menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional dengan sebarang cara, termasuklah fitnah dan tohmahan, Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir BUKAN LAGI SEBAHAGIAN DARIPADA UMNO dan Barisan Nasional.

Ketiga-tiganya perlu ditendang keluar dari UMNO. Walaupun mungkin rugi kerana kehilangan tiga kerusi Parlimen, tetapi UMNO akan mendapat keuntungan pada jangka panjang. UMNO sudah boleh mengintai dan merekrut pemimpin-pemimpin baru yang barangkali boleh dijadikan ikonik bagi golongan muda dan Generasi Y yang dikatakan menolak UMNO kerana ketandusan pemimpin kesan daripada dasar dan polisi Mahathir yang masih diteruskan oleh Najib.

Masa sudah tiba untuk UMNO mereformasikan semuanya... bermula dari dalam parti sehingga kepada GLC dengan menendang semua pengkhianat yang mahukan UMNO dan BN kehilangan kuasa di negara ini dan menyedekahkan kepada DAP dan PKR menerusi sabotaj dalaman.

Rombakan, tapisan, pembuangan dan pemecatan perlu dilakukan dengan segera...

Generasi X, Y dan Z sedang memerhatikan cara UMNO bertindak... sama ada untuk terus bergantung kepada dinosaur-dinosaur yang cenderung untuk mengkhianati atau barisan kepimpinan baru yang lebih rakyat dan memahami tuntutan serta keperluan rakyat!!!


14 comments:

Anonymous said...

3 orang ni dah jalan dah. Shafie je yg was2. Ramai org umno dah bosan. Media pro kerajaan je yg tak lapur

Anonymous said...

Rakyat hanya nampak depan depan tapi rakyat tak nampak apa di belakang walhal apa yang didepan mungkin tak sama di belakang. Justeru buatlah program jelajah dedah agar rakyat dapat maklumat apa yang di belakang.

juragan 69 said...

Alhamdulillah jika itu tkdir yg Allah tetapkn dan tk mustahil RAHMAN akan diakhiri oleh Najib.. semoga akar umbi yg lu katakn akan bangkit.. klu bkn sekrg mnkin pru yg pasti menjelma utk tntukn siapa yg Allah bukakn pintu rezekinya..
tahniah kpd pimpinan serta pencacai najib yg dulu kini dan selamanya mnetapkn melayu itu umno dan umno itu malaysia..dan gua pasti bhai umno akan menerima gelombang tntngan dari akar umbi khasnya dan rakyat amnya...jgn trlalu gembira bhai sbb bkn sokongan blogger atau pencacai najib yg tntukn umno yg diterajui oleh najib akan kekal..selamat tnggal umno sbb umno bkn lg umno 1946 ttp Untuk Mohd Najib Only bye2...

Anonymous said...

Dan juga selamat jalan Umno jika najib masih berada disitu...

Anonymous said...

Good riddance!! Selamat berambus!

Anonymous said...

minta admin tolong tukar gmbr mukris yg lain sbb tgk gmbr tu rasa mcm nak ludah je..

sunny said...

Tindakan MT menyepak keluar TSMY;DSSA dan DMTM "satu langkah" bijak bagi MT UMNO yang bercita2 tinggi untuk memegang jawatan tertinggi dalam MT. Akar umbi UMNO yang kerja kutip barang lusuh di tong-tong sampah pun faham tindakan MT MENYEPAK keluar mereka yang ingin menegakkan kebenaran adala tindakan yang tidak releven dan rediculous.Kenapa yang terang2 menyebabkan kehidupan rakyat menderita dipertahan. Tunggu bila Allah membayar tunai atas kemungkaran yang dilakukan oleh MT UMNO.

labi said...

semuga Allah permudahkan Najib Tun Razak.

Anonymous said...

org Melayu pro UMNO akan ingat pengkhianatan puak kerala ini sampai mati.. sudah lah mencabul demokrasi terang2an.. Najib bukan buat Ops Lalang pun mcm Madey taik ni buat sampai 156 org tangkapan politik.. awat anjing2 madey tak berani jawab kes itu??



jika jadi apa2 pada UMNO PRU14 ini.. tumbang org takkan akan nampak salah Najib.. org Melayu akan ingat muka mamak sial mahadey tu bergelak tawa deklarasi setan2 besar Malaya untuk jatuhkan UMNO!!


Najib safe skrg, isu Najib dgn sendirinya dipadam... jika UMNO jatuh deklarasi itulah puncanya dgn gabungan penjahat2!

UMNO belum jatuh tp celaka2 ini telah war2 kn UMNO sudah jatuh

tak cukup lagi gabung dgn musuh utk perjatuh betul2 jatuh!!


mmg sgt gila dan khianat siapa2 yg join mereka ini.

Mat Sabu dibenci krn dia pro DAP

Sbb itu dia ditendang dalam pemilihan muktamar PAS!!

semua Melayu yang waras yg berAqidah Islam ada rasa hati yg sama..iaitu takkan terima musuh nyata sebagai kawan.!!


memang syaitan yang dikenali dengan nyata telah menjelam!!

Tgklah sokongan pada Najib akan dtg secara sukarela sbb Tuhan nak balas keangkuhan Mahadey!!

dia dan 3 ekor sesumpah UMNO ini akan dikenang sebagai pengkhianat Melayu bukan sbg negarawan lagi!!

Ingtlah doa2 org2 yg menangis melihat pengkhianat terkutuk busuk, ini pasti Tuhan akan Makhbulkan!!

bijan jr said...

ramai org umno ingat depa dah kuat. pru13 pun only 49% sokongan. Pru 14 tinggal 20%. nantkan .bukan ketua bahagian yg akan undi.

Anonymous said...

Lepas tu DAP perintah. Kau ingat Cina ni nak perjuangkan Melayu? Tengok saja Perak, tak sampai setahun perintah, hak2 Cina dipertabatkan. Tanah rizab Cina dinaikan dari 66 tahun kepada 999 tahun, tanah rizab Melayu tak naik jugak. Sekolah menengah persendirian Cina semua dapat 1000 ekar setiap satu untuk menampung pendapatan, Sekolah tahfiz dapat? Jangan mimpilah. Itu pun dapat sokongan dari Melayu PAS dan PKR. Alhamdulillah, nasib kerajaan pembangkang dapat ditumbangkan. Sekiranya tidak, jadilah macam Melayu Pulau Pinang. Satu persatu kampung dihapuskan dan orang Melayu dihalau secara halus dari pulau.

Itu pun orang Melayu buta, termakan fitnah yang teruk terhadap Najib.

Anonymous said...

Pengkhianat perlu disingkirkan. Madey, mugyiddin, mukhriz dan semua,penyokong pembangkang dlm kerajaan.

Anonymous said...

Selamat Jalan UMNO.. UMNO terjun dengan Labu-Najibnya. Kalau UMNO peka dan ikhlas, buat undian secara ONLINE dengan no keahlian UMNO, berapa ramai ahli yang masih mahu Najib sebagai Presiden dan PM?
UMNO masih syok sendiri, kononnya untuk agama, bangsa dan negara. Sedangkan untuk menjadi Imam untuk jemaah Solat ada syarat2nya dan antaranya mesti bersih daripada hadas dan kekotoran. Najib?.. Jadi fikir2lah ya Wahai Ahli UMNO.. Kali ini jangan salahkan Rakyat bila tumbang di PRU 14 nanti, rakyat dah beri peluang, rakyat dah ingatkan dan rakyat dah suarakan.. Hanya UMNO yang pekakkan telinga, butakan hati sedangkan rakyat menanggung sengsara.

Anonymous said...

3 abdul ni virus.. Dh x bguna!!!kasi buang.

top