Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 22, 2016

SELEPAS DISAMAN PMB, KINI RAFIZI RAMLI BAKAL DISAMAN OLEH LTAT PULA!!!



Rafizi Ramli  sememangnya RAJA PENIPU di Malaysia menggantikan kedudukan Anwar Ibrahim. Apa-apa sahaja yang keluar dari mulutnya, semuanya adalah penipuan semata-mata. Dia akan menghiaskan penipuannya dengan fakta-fakta dan angka-angka yang akan membuatkan ramai kagum dengan pendedahannya.

Bagi golongan bodoh tongong, mereka tidak akan teragak-agak untuk menyokong setiap pembohongan Rafizi Ramli yang berlandaskan angka dan fakta.

Pembohongan dan fitnah terbaru Rafizi Ramli adalah berkenaan ketidakmampuan LTAT membayar pencen pesara tentera kerana 1MDB tidak membayar hutang, tidaklah begitu menarik dan kurang mendapat perhatian. Barangkali ramai yang sudah tahu, kalau mereka percaya, mereka akan terpedaya seperti dalam isu-isu yang ditimbulkan oleh Rafizi Ramli sebelum ini.

Hari ini, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengesahkan semua pembayaran kepada Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM) di bawah kontrak pembinaan penempatan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur adalah terkini dan tiada jumlah tertunggak.


Dalam kenyataan, 1MDB berkata ia telah menyelesaikan semua faedah hutang kewangan dan bayaran prinsipal apabila tiba masanya walaupun melalui tempoh yang mencabar pada 2015.

Syarikat itu berkata demikian bagi mengulas dakwaan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkaitan kontrak antara 1MDB dan PPHM, anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

"Kami menggesa Rafizi supaya menghentikan usaha tidak bertanggungjawab, terdesak dan bermotifkan politik itu yang secara salah mengaitkan 1MDB dalam perkara sedemikian," katanya.

PPHM dan LTAT tidak sepatutnya meminta dan mendesak agar Rafizi berhenti daripada berbohong kerana dia memang tidak dapat membezakan antara realiti dan fantasi otak cacatnya lagi. Sebaliknya, orang seperti Rafizi Ramli hanya perlu diajar dengan saman kerana saman tidak sahaja memperbetulkan persepsi sebaliknya amat menakutkan Rafizi Ramli.

Dan kena pastikan serta beri arahan kepada peguam yang bakal mewakil PPHM dan LTAT juga agar tidak menyelesaikan kes saman fitnah itu dengan permohonan maaf atau penyelesaian di luar mahkamah. Jangan ulangi kesilapan seperti yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO dan UMNO sendiri!!!


No comments:

 
Blogger Templates