Tuesday, March 8, 2016

SENGAJA HINA DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG, LIM KIT SIANG, WAN AZIZAH, MAT SABU DAN MALAYSIAKINI MEMANG CARI FASAL!!!



Belum reda dengan isu Deklarasi dan Mahathir dipermain-mainkan oleh DAP-PKR-PAN, kini Lim Kit Siang, Wan Azizah dan Mat Sabu dengan bantuan Malaysiakini, cuba mengalihkan perhatian kepada sesuatu yang lebih sensitif.

PENGHINAAN KEPADA DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG!

Semalam, Malaysiakini melaporkan yang Lim Kit Siang dalam komennya berhubung titah DYMM Yang Di-Pertuan Agung bagi sesi Parlimen tahun ini berkata, "Teks ucapan Agong adalah (disediakan) oleh kerajaan."

Sama ada si dinosaur tua itu terlalu bodoh, tidak faham sistem atau sebenarnya sengaja mencari jalan provokasi mencabar Perlembagaan Persekutuan khususnya Artikel 32 dan Artikel 40. Sekaligus melakukan DAHAGI ke atas institusi Raja-Raja Melayu dengan kenyataan 'buat-buat bodoh' menerusi media.


Sudah pastilah, teks titah diraja disediakan oleh kerajaan. Parlimen sistem kita adalah berdasarkan kepada model Westminster (RUJUK SINI). Malahan upacara perasmian pembukaan Sidang DUN juga dilakukan oleh Sultan setiap negeri atau Gabenor yang ucapan-ucapan mereka disediakan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.

Namun gambaran yang diberikan oleh Lim Kit Siang dengan bantuan portal Malaysiakini ialah, DYMM Yang Di-Pertuan Agong terlalu 'bodoh' dan tidak berkemampuan untuk menyemak, mengedit atau berkemampuan untuk membetulkan fakta-fakta dalam teks titah baginda itu sedangkan dalam proses penyediaan teks ucapan, proses seperti itu berlaku walaupun ianya sekadar membabitkan seorang Pengarah Urusan sebuah firma kecil.

Apa motif Lim Kit Siang cuba memberikan gambaran bodoh kepada Ketua Agama Islam, Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia dan Pelindung Hak Keistimewaan Orang Melayu-Bumiputera itu?

Adakah kerana Deklarasi Rakyat Anti Najib, maka Lim Kit Siang berasa lidahnya sekarang bebas menuturkan sesuatu terutama sekali pada ketika pemimpin kecil DAP begitu bebas mengutuk, menghina, memperlekehkan dan memperkecil-kecilkan Perlembagaan Malaysia?

Sampai bila pihak berkuasa Malaysia akan terus bertoleransi dengan kebiadapan, kurang ajar dan provokasi sebegini?




10 comments:

Anonymous said...

Panggil si tua terkutuk ini ka balai polis. Dakwa atas apa jua kesalahannya. Pastikan dia di hukum mengikut undag2 sedia ada secara maksima. Hajar du siapa melayu sebenarnya.

Anonymous said...

jangan nak gunakan terma "melayu" tu kalo lu sendiri x pertahankan hak kita yang diratah oleh najib tu...skang yang mengkhianat kita bukan cina, bukan pembangkang tetapi pemimpin MELAYU didalam UMNO sendiri...

juragan 69 said...

Hahaha...klu tk kerana kit sial tulis atau komen camtu pun adakh brmkna rakyat jelata tidak tahu adakh titah baginda benar2 dari hati tuanku..bhai aku tk mnhina dymm yg dipertuan Agung..ttp itu yg rakyat nmpk bhai...
sedih bhai smpi camtu sekali terdesak nya najib utk kekal brkuasa hngga mnheret agung utk mnyokong jawatan pm utk dia..utk isu ini aku bkn mnyokong kit sial dan tk mnkin aku mnyokong dia dgn ideologi politik beliau atau parti dap..ttp aku rasa dia cuma mnyatakn apa yg rakyat mmpu berfikir..
agak2 le bhai yg mana betul dan yg mana salah...sbb tu jarang kita dengar pemimpin umno saman atau menang saman sbb hnya rakyat saja dimomokkn itu salah ini salah sdngkn ahli politik umno sedar itu kebenaran dan jika diteruskn lbh bnyk keburukkn dan kebobokkn mereka terserlah. Sbb itu bhai salleh keruak atau nazri cuma berani atau garang dgn bekas ahli umno atau sesama melayu..ptuii salleh ngan nazri rasa nk loya bila terpksa sebut atau tulis nama mamat ni...hmmm

Anonymous said...

Susah betul kalau rakyat tak faham sistem pengurusan... dah bertahun-tahun ucapan DYMM YDP Agung disediakan oleh kerajaan. YDP Agung bukannya tidak tahu apa yang berlaku tetapi YDP Agung faham apa dia sistem demokrasi yang diamalkan. Ramai yang berkata tentang demokrasi seolah-olah mereka lah pendokong demokrasi tulen tapi secara mendalamnya tak tahu apa benda pun.
Ramai si kitul berkeliaran sekarang... bangsa Melayu terus berpecah oleh kerana perbuatan sikitul.... disokong oleh mereka yang berfikiran liberal dan sosialis.

Anonymous said...

Habis melayu yg sign deklarasi tu baru nak blajo makan pagi ke??? Cakap biar cakap orang bertelur..yea telur yg bergayut bukan telor di dalam

Anonymous said...

Bicarakanlah mereka2 yg berkenaan tu kerana menghasut dan menghina Agung. Ada undang2 eluk dikuatkuasakan.

Anonymous said...

Sedih sampai macamtu sekali geng mahataik dan pakatan haprak heret musuh2 asing, wsj segala bala utk jatuhkan Najib tanpa sebab.

Kalau Najib nak pertahankan pentadbirannya ada sebab. Sebabnya ialah pentadbirannya di khianati oleh pemakan dedak2 tamak. Yang keduanya kena pertahankan lah sebab dia dipilih oleh rakyat melalui undi

Semasa gerakan Reformasi Anwar 1998 dulu beratus ribu rakyat berhimpun memaksa Mahathaik letak jawatan.. kenapa tak letak?

Mahataik guna Raja-Raja Melayu yang di hina pada tahun 1994 tu untuk pertahankan pemerintahannya.

Apa pusing biawak Juragan Dedak, sampai tahap akal ngok sangat bila berhujah. Takkan lah seorang pemimpin nak biarkan syaitan dan parasit ganggu pentadbirannya. Mesti kena pertahan dan lawan lah.. apa yg pelik?

Cai mahataik jilat lim kit siang amat terdesak!

Anonymous said...

Bro ada beza kerajaan dan government bro. Kita tak ikut sepenuhnya cam uk. Di malaysia kerajaan maksudnya monarchy. Kerajaan kata akar ialah raja= omputihnya monarch maka kerajaan ialah monarchy. Government kata akar govern = melayunya ialah tadbir maka government ialah pentadbiran. Ucapan queen di sediakan oleh pihak pentadbir=government. Persoalannya di sini di malaysia adakah ucapan sepatutnya di sediakan oleh monarch aka kerajaan atau di sediakan oleh government aka pentadbir? Jika meunurut pemerhatian saya di negeri perak ucapan sultan perak datang dari pejabat sultan aka ucapan dari monarch atau sememangnya dari raja aka kerajaan bukannya dari pentadbiran aka government yang di pimpin oleh zambri sekarang.

Anonymous said...

Nak kata bodo karang marah. Ini isu lks menghina institusi raja melayu. Tak ada kaitan dengan kes najib. Ko ni sakit apa sebenarnya. Otak ko yg sakit, lutut pulak ko sapu minyak. Fokuskan pada satu isu beb, jangan main sondol semua jadi satu.

juragan 69 said...

Hahaha...bhai klu lh yg jd pemimpin tu yg syaitan..adakh lu ttp pertahankn???1994 tun guna sultan utk pertahan pemerintahannya yg mana tu tk perasan lak??? Syabas kerana snggup pertahan kn najib smpi mngeluarkn nama yg hina pd gua...hahaha good job bhai..ini yg najib perlukn..

top